Setiap wanita yang berkahwin tentunya ada perasaan untuk bergelar ibu, rasai mengandung dan mempunyai anak. Namun, semua ini atas kuasaNya.
Rezeki tak salah alamat, atas usaha dan naluri wanita, akhirnya dia dapat rasai mengandung selepas beberapa kali temui kegagalan.
Itulah yang dialami dan perjuangan Datuk Yasran Hussien, 52 tahun, dan isterinya Datin Mega Marissa Malek, 42 tahun selepas menanti kelahiran cahaya mata pertama selama 12 tahun.
Dalam perkongsian video Datuk Yasran di intagram tentang pengorbanan isterinya yang ingin merasai pengalaman hamil dan melahirkan anak.
Malah, Datuk Yasran hampir kehilangan isteri kerana faktor OHSS ketika percubaan ke 8 rawatan IVF.
Namun, naluri seorang wanita dan ibu yang tahu pasti mampu rasai pengalaman hamil dan bersalin. Akhirnya Datuk Yasran tewas pujuk rayu untuk izinkan cubaan mengandung melalui rawatan IVF kali ke 8.
Shiera terkejut keputusan SPM anak dapat A subjek Matematik dan cemerlang subjuk Bahasa Inggeris. Tahniah diucapkan buat pasangan pelakon Sharifah Shahirah dan Ijoy apabila anaknya Airell Zulkifly memperoleh keputusan cemerlang dalam dua subjek menerusi keputusan SPM.
Shiera yang juga penyampai radio Suria FM berasa bangga apabila anaknya memperolehi 2A dalam dua mata pelajaran pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan, pagi tadi.
Akui dirinya bukanlah seorang ibu yang gemar memaksa anak dalam pembelajaran dan sangat terbuka hati walau apa pun keputusan yang diperolehi oleh anaknya.
Namun bagaikan tidak percaya dan berasa sangat bangga, Shiera menerusi perkongsian di Berita Harian Online menyatakan walaupun mendapat dua A namun dia berbangga dengan anaknya.
“Saya tidak menekan anak-anak untuk cemerlang sebab saya tahu keturunan saya bagaimana.
“Walau apa keputusan yang diperoleh, saya tetap bangga,” luah Shiera.
Seronok bercerita kejayan anaknya, Shiera juga sangat bersyukur Airell turut cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
“Paling saya terkejut Matematik pun A. Saya ini, Matematik lemah. Alhamdulillah, dia tak contohi emaknya.
“Subjek lain semuanya lulus… Alhamdulillah,” kata Shiera yang turut menyatakan anaknya memberi tumpuan penuh dalam pelajaran sewaktu Pandemik Covid 19.
“Saya cakap pada anak, jangan tengok pada keputusan. Apabila membesar, jadilah insan yang membantu orang.
“Tidak kisahlah bawa Grab sekalipun, ia adalah pekerjaan yang membantu orang.
“Kalau tiada perkhidmatan Grab, kita tak dapat makanan yang dibeli.
“Jadi, walau gaji kecil macam mana pun, orang hina kita tak mengapa, janji kita kena hidup membantu orang. Maksudnya, jangan tidak bekerja langsung.
“Kalau dapat keputusan cemerlang pun tetapi berlagak dengan hidup awak, tak guna juga,” kongsi Shiera yang turut menyatakan Airell berminat dalam bidang muzik.
Pelajar cemerlang, sudah tentu menjadi idaman untuk setiap pelajar. Sanggup berusaha bersungguh untuk mencapai cita-cita dan tak semestinya untuk membanggakan orang tua.
Namun, tak semua dianugerahkan untuk jadi pelajar cemerlang. Usaha macam mana pun kalau itu bukan rezekinya, setakat itulah yang mampu dapat. Bahagianya, bila kejayaan dirai dan pelajar ke depan untuk diberi penghargaan.
Bangganya. Tapi bagaimana dengan pelajar yang kurang bernasib baik dan kurang cemerlang. Mereka yang tidak berjaya atau gagal bukan malas tapi bukan rezeki untuk dapat pelajar cemerlang.
Inilah yang dikupaskan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh dalam perkongsian tentang ada sesetengah pihak tidak mahu meraikan kejayaan pelajar cemerlang. Sedangkan pendapatnya berbeza.
Ada sesetengah pihak tak setuju pelajar cemerlang diraikan, diberi penghargaan atas pentas, bahkan ada yang tak setuju mereka pegang kad tertera bilangan A yang mereka perolehi.
Maka sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sambutan majlis kecemerlangan kurang disambut. Atau disambut dalam majlis tertutup.
Katanya untuk menjaga perasaan pelajar yang gagal dan dapat keputusan yang rendah.
Aku berbeza pendapat mengenai hal ini. Aku lebih suka pelajar cemerlang diraikan.
Kenapa bersungguh-sungguh tak nak raikan murid yang cemerlang ini?
Kenapa nak sekat hak mereka untuk bergembira atas kejayaan mereka? Kenapa?
Pada aku, murid cemerlang harus diraikan.
Itu usaha mereka. Itu titik peluh mereka. Itu pahit jerih mereka. Itu pengorbanan mereka. Dan bila mereka berjaya, kita nak nafikan hak mereka pula? Apa adil begitu?
Pelajar ini, usaha mereka berganda-ganda. Saat kawan-kawan mereka tidur, mereka bangun malam. Belajar, solat hajat dan berdoa.
Pelajar lain di waktu hujung minggu berseronok bersuka ria seolah tiada apa yang bakal berlaku sedangkan mereka ini menahan diri dan memilih untuk belajar dan belajar.
Pengorbanan Dibalas
Bukan pelajar cemerlang ini tak minat main, tapi demi sebuah kejayaan, pasti satu pengorbanan perlu dilakukan.
Mereka belajar, mereka minta tunjuk ajar, mereka usaha bersungguh-sungguh. Saat orang lain bersenang-lenang, mereka bertungkus lumus.
Sampai ketika keputusan diumumkan dan mereka berjaya, pengorbanan, pahit getir dan usaha mereka untuk dapat kejayaan tidak boleh diraikan pula. Hanya kerana nak jaga hati pelajar yang tidak banyak berusaha seperti mereka.
Hendak jaga hati murid yang malas sehingga tidak beri anugerah pada yang cemerlang dan melarang buat sambutan. Apa betul tindakan kita?
Pelajar Gagal Kurang Berusaha
Ya, aku tahu bukan semua murid yang yang gagal itu pemalas. Ada yang usahanya gigih, namun rezekinya setakat itu. Tapi lazimnya yang gagal itu kurang usaha mereka. Itu kelazimannya.
Dari dulu mereka yang cemerlang kita bagi anugerah secara terbuka. Aku ini bukan murid yang genius dan pintar. Tak pernah dapat naik pentas terima anugerah.
Namun setiap kali melihat rakan naik pentas terima anugerah, ia menjadi pendorong untuk mereka yang gagal berusaha lebih gigih. Itu satu motivasi yang baik.
Dari kecil aku tanam niat dan ibu bapa selalu cakap,
“Belajar sungguh-sungguh. Kalau cemerlang dapat naik
pentas terima hadiah.”
Itu pendorong dan pembakar semangat.
Patutnya bila keputusan sebenar keluar, yang cemerlang perlu diraikan atas kejayaan mereka. Biar semua menyaksikan agar menjadi pendorong pada adik-adik dan kawan-kawan yang lain.
Yang gagal, pastinya akan bersedih. Akan kecewa. Itu normal. Itu tanggungjawab guru di sekolah dan ibu bapa di rumah untuk mengubat kekecewaan itu.
Di sekolah, pihak guru tak pernah abaikan murid yang kecewa ini. Guru kelas, guru mata pelajaran, guru kaunseling terus menerus memberi kata dorongan dan semangat mereka. Menunjukkan laluan untuk sambung belajar yang sesuai dengan keputusan mereka.
Kekecewaan mereka jika kita pandai manipulasi akan jadi satu kekecewaan yang memberi pulangan tinggi di masa akan datang.
Kesedihan mereka ini bukannya berkekalan sampai mati. Tidak!
Namun semangat yang mereka perolehi disebabkan gagal bakal mengubah cara belajar mereka. Ini yang aku paling suka. Sejarah telah pun membuktikan ramai tokoh terkemuka yang berjaya asalnya pernah gagal suatu ketika.
Kecemerlangan Bukan Mudah DIcapai
Ramai murid gagal menjadikan tangisan sewaktu rakan lain melangkah naik pentas terima penghargaan atas kecemerlangan sebagai sumber dorongan dan semangat baru untuk mereka lebih rajin dan berusaha di masa akan datang.
Tangisan semalam menjadi punca senyuman akan datang.
Apa itu tidak bagus?
Kecemerlangan itu bukan mudah untuk dicapai. Tak kira dalam apa jua bidang sekali pun.
Anugerah ini bukan sekadar memberi penghargaan pada yang cemerlang, malah menjadi dorongan dan sumber inspirasi pada yang kurang cemerlang.
Pada aku, meraikan pelajar yang cemerlang adalah relevan sepanjang masa.
Pada aku-lah.
Mingguan Wanita : Raikan mereka sebab itu adalah hasil usaha mereka. Bagi semangat dan sokongan buat yang gagal dan kurang berjaya.
Sebak bila mana balu Allahyarham Abam, iaitu Noor Hidayah Mohd Ali ternampak kereta arwah suami di atas jalan raya.
Suatu ketika dahulu, kereta jenis Toyota Vellfire yang dilihat melintasi kenderaannya itu pernah menjadi milik mereka. Namun kini, selepas pemergian suami kenderaan itu hanya tinggal kenangan.
Kongsi Hidayah di media sosialnya, “Hanya tinggal kenangan, kereta arwah suami.”
Bila Hamzah dah besar, ini la kereta Ayah, Ayah pernah cakap kereta ni untuk kelesaan anaknya. In sha Allah doakan Bisness Ibu berjaya. Aamin..”
Biila mana arwah suami pernah maklumkan kenderaan sebegitu untuk keselesaan anak, Hidayah memasang tekad untuk lebih maju dalam perniagaan. Agar dia dapat memberikan keselesaan itu kepada satu-satu permata hatinya, Hamzah.
Dalam pada itu, Hidayah memohon agar anaknya Hamzah, mendoakan kejayaan perniagaan yang diusahakan.
“Ternampak kereta arwah suami BN 639 hanya tinggal kenangan Hanzah nanti doakan bisnes ibu berjaya boleh ibu beli kereta macam arwah ayah, ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya.”
Dalam mencari rezeki untuk keluarga, Hidayah mengusahakan bisnes Sabun Daun Sukun.
Perkongsian Hidayah itu mendapat simpati netizen yang turut merasai kesedihan ibu anak satu itu. Tak kurang juga, ada yang memberi kata-kata semangat kepadanya agar terus dimurahkan rezeki dan dapat membesarkan Hamzah menjadi anak yang baik.
Hidayah dan arwah Abam mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey.
Kini Hamzah berusia dua tahun.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 10 Februari 2020 ketika usianya 32 tahun.
Yang berpunca dari demam panas.
Mingguan Wanita : Semoga Hidayah terus kuat membesarkan sendirian anak lelakinya itu.
Kegembiraan mendaki bertukar menjadi detik cemas apabila seorang wanita mengalami patah kaki selepas tergelincir pada banir pokok ketika mendaki menuju Puncak Pine Tree, Bukit Fraser.