Tak sangka rupanya ada 9 cara untuk golongan wanita mencantikkan diri secara semulajadi hanya menggunakan serbuk kopi dan minyak kelapa dara je. Bahan-bahan yang cukup mudah didapati didapur dan tak perlu gunakan produk-produk kecantikan yang mahal pun.
Berikut perkongsian ilmu kecantikan oleh Cikgu Sarifa Redzuan II sebagai rujukan kaum wanita yang nak cantik.
“Bila dah 2 minggu tidur sehari 2-3 jam, mata panda pun muncul. Kulit muka pun mula nak kusam. Cikgu pun buat ramuan paling mudah. Hanya 2 bahan saja.”
1. Serbuk kopi
2. Minyak kelapa dara
Jom buat mask bawah mata ni. Sangat mudah dibuat dengan bahan-bahan yang tersedia di rumah.
1. Selesai masalah mata panda
2. Boleh scrub kulit wajah
3. Boleh jadikan masker muka
4. Boleh scrub bibir
5. Boleh scrub kaki yang kasar
6. Boleh cerahkan celah celah peha, belakang
tengkuk dan ketiak yang gelap
7. Lembutkan dan lembapkan siku, buku lali
dan lutut
8. Boleh juga scrub satu badan dan hilangkan
bau badan
9. Boleh tepek dan balut dengan plastik wrap
di tempat ada selulit
Sesuai di gunakan oleh kanak kanak umur 8 tahun ke atas termasuk warga emas
Bahan yang anda perlukan:
1. 1 sudu kecil serbuk kopi
2. 1 sudu besar minyak kelapa dara
Kaedahnya:
1. Campur kedua bahan hingga sebati
2. Bersihkan wajah dahulu dan lap kering
3. Sapu campuran di bawah mata
4. Biarkan selama 15 minit
5. Selepas 15 minit urut sedikit bawah mata
perlahan lahan dengan jari manis
6. Cuci dengan air biasa
Amalkan setiap hari untuk kesan yang bagus.
Setiap malam sebelum tidur boleh sapu amalkan untuk kesan yang lebih baik.
Cubalah! Jangan lupa niat baik baik.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat!
Sumber: Sarifa Redzuan II