rutin

Menjelang bulan Julai, kita sudah pun memasuki pertengahan tahun. Setelah diburu kesibukan kerja, menguruskan keluarga dan cuba memaksimumkan peluang pada tahun tahun 2022, lantaran tidak dapat memenuhi pelbagai rancangan disebabkan pandemik sepanjang dua tahun yang lepas. Pastinya anda berasa letih dan perlu recharge dan rejuvenate.

Jadi, jom ambil masa untuk bercantik-cantik dan naikkan kembali seri wajah dan kecergasan tubuh demi memanfaatkan diri sendiri.

Tentunya me-time dan self care seperti ini akan memberi kebahagian emosi yang menyeluruh kepada anda.

Mencantikkan diri sendiri inilah salah satu caranya.

Bagi kaum Hawa, samada anda bekerja sepenuh masa, separuh masa atau jadi supermom yang mendidik anak-anak di rumah, pastinya kita ingin menjaga diri dan kecantikan.
Jom! Dapatkan tips dan idea rutin penjagaan diri yang boleh anda lakukan di kediaman masing-masing.

Inilah Masa Untuk Memanjakan Diri Dan Merawat Kulit Wajah

Kulit yang bersih, sihat dan cantik akan memancarkan seri wajah. Jadi, mari manjakanlah diri dan serikan wajah dengan produk penjagaan kulit yang terbukti berkesan.

Amalan mencuci muka dengan face wash yang sesuai dengan jenis kulit, memakai pelembab wajah menyapu toner yang sesuai amat perlu dititik beratkan.

Sekarang, kalau nak dapatkan produk penjagaan kulit juga sangat mudah, tak perlu bersusah payah pergi ke kedai, hanya beli secara online di Lazada dan yang bestnya boleh nikmati diskaun Jualan 7.7.

Jika anda sudah biasa melazimi cucian wajah di rumah sendiri. Apa kata cuba set cucian wajah bak sentuhan profesional dari AsterSpring.

AsterSpring merupakan jenama antarabangsa yang terkenal dengan rangkaian kiosk dan salun kecantikan profesional di serata negara ASEAN dan Hong Kong di mana mereka menawarkan set percubaan perawatan wajah.

Untungnya, pakej kecantikan AsterSpring juga boleh didapati di Lazada. Terdapat beraneka produk untuk pelbagai jenis kulit ada di flagship store AsterSpring ada di Lazada, termasuklah set percubaan rawatan wajah.

IKLAN

Perlu anda fahami, wajah yang sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar, bakteria dan sinar ultraviolet berpotensi untuk menjadi kusam. Malah, ia boleh menyebabkan kulit wajah bermasalah.

Jagalah dan sayangi kulit wajah anda suaya jelita bak seorang ratu!

Cara Segarkan Diri Dengan Rutin Bercantik-Cantik Julai Ini, Hasilnya Pasti Lebih Berseri Dan Awet Muda

Naikkan Seri Wajah Dengan Solekan

Setelah mendapatkan rawatan kulit wajah bak bantuan profesional. Serikan lagi aura wajah dengan sentuhan solekan menawan. Bagi mendapatkan alat solekan yang anda mahukan dengan mudah dan cepat, anda sudah pasti dapat mencarinya di Lazada.

Misalnya, Maybelline serta Innisfree, jenama yang diminati ramai dari Korea.

Pilihlah alat solek yang bersesuaian dengan kulit dan rona ton kulit anda. Fahamkan keterangan yang dikongsikan pada setiap item kecantikan yang anda mahukan di wadah dalam talian Lazada.

Menariknya Lazada ada menawarkan Jualan Mega Pertengahan Tahun 7.7 dari 7 hingga 9 Julai ini. Jangan lupa untuk rebut peluang keemasan ini!

Cara Segarkan Diri Dengan Rutin Bercantik-Cantik Julai Ini, Hasilnya Pasti Lebih Berseri Dan Awet Muda

IKLAN

Jom! Sihatkan Tubuh Badan

Jika mahu cergaskan diri dan bersenam di rumah, anda boleh saja membuka saluran YouTube. Carilah teknik senaman yang bersesuaian dengan anda. Sekiranya anda dapat melakukannya dalam masa 30 minit sahaja pun sudah mencukupi.

Sebelum itu, untuk melakukan rutin senaman ini sebaiknya pilihlah pakaian senaman yang bersesuaian. Baju yang sesuai ini akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan ketika bersenam.

Mencari pakaian senaman kini lebih mudah. Misalnya seluar yoga, T-Shirt senaman, kasut senaman dan seumpamanya lebih mudah diperoleh secara online di Lazada.

Cara Segarkan Diri Dengan Rutin Bercantik-Cantik Julai Ini, Hasilnya Pasti Lebih Berseri Dan Awet Muda

Kekal Langsing Dengan Pemakanan Sihat

Kecantikan itu bukan juga semata terlihat pada wajah yang berseri. Tubuh yang sihat dan kekal aktif juga bonus kepada diri anda. Bagi mencapai kesihatan optimum yang menyeluruh, anda perlukan sentiasa menjaga dan mengawal pemakanan harian.

Sekarang ini, ramai yang mengamalkan diet eat clean. Konsepnya tetap dapat menikmati makanan yang enak dengan kadar makanan yang seimbang. Bermakna anda tidak perlu menyeksa tubuh.

Sesekali bolehlah cuba nikmati menu salad yang berkhasiat di Salad Atelier. Tentunya hidangan yang disajikan amat bersesuaian untuk mereka yang ingin menambah nutrisi dan makan dengan lebih sihat.

IKLAN

Cara Segarkan Diri Dengan Rutin Bercantik-Cantik Julai Ini, Hasilnya Pasti Lebih Berseri Dan Awet Muda

Rutin Penjagaan Diri Dengan Lazada

Haa.. bagi memenuhi keperluan rutin penjagaan diri, kecergasan dan kecantikan, Lazada menawarkan beraneka pilihan produk berkualiti pada harga yang berbaloi.

Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7 menjanjikan pelbagai tawaran hebat, ganjaran dan shoppertainment bermula 7 hingga 9 Julai 2022.

Menariknya diskaun yang ditawarkan sehingga 70 peratus dan ada potongan RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan dengan pengumpulan dan penebusan Lazada Bonus.

Pelanggan Lazada juga bakal dihujani 15 juta LazCoins untuk ditebus setiap hari.

Tiada syarat perbelanjaan minimum bagi melayakkan anda menikmati pulangan tunai dengan insentif sehingga 77 peratus dalam bentuk LazCoins.

Untuk lebih penjimatan, hanya perlu kenalpasti produk dalam aplikasi Lazada yang menawarkan LazCoins untuk penjimatan sehingga 20 peratus.

Layari : Lazada sekarang untuk mendapatkan item pada harga diskaun terhangat!

Informasi mengenai Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7 ini juga boleh didapati di sini :



Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI