cantik

Tak sangka rupanya ada 9 cara untuk golongan wanita mencantikkan diri secara semulajadi hanya menggunakan serbuk kopi dan minyak kelapa dara je. Bahan-bahan yang cukup mudah didapati didapur dan tak perlu gunakan produk-produk kecantikan yang mahal pun.

Berikut perkongsian ilmu kecantikan oleh Cikgu Sarifa Redzuan II sebagai rujukan kaum wanita yang nak cantik.

“Bila dah 2 minggu tidur sehari 2-3 jam, mata panda pun muncul. Kulit muka pun mula nak kusam. Cikgu pun buat ramuan paling mudah. Hanya 2 bahan saja.”

1. Serbuk kopi
2. Minyak kelapa dara

Kenapa kopi?

  • Kopi mengandungi kafein yang membantu melindungi sel-sel terhadap radiasi UV dan melambatkan proses penuaan sebab ia mengurangkan kedutan awal.
  • Kafein dalam kopi boleh mengetatkan / menegangkan kulit, melawan radikal bebas, dan mengurangkan gelap di bawah lingkaran mata dan kedutan di sekeliling mata.
  • Kopi juga mempunyai ciri-ciri anti-radang yang boleh membantu mengurangkan kemerahan dan menegangkan kulit.
  • Kafein menggalakkan peredaran yang sihat dan mengurangkan keradangan yang mengakibatkan lingkaran hitam dan di bawah mata.

Cantik Cara Semula Jadi Hanya Gunakan Serbuk Kopi & Minyak Kelapa Dara!

Kenapa minyak kelapa dara?

  • Minyak kelapa dara melembapkan bahagian bawah mata dan menjadikannya lembut dan licin.
  • Ia menghalang bahagian bawah mata daripada kering disamping mengurangkan kedutan. Kulit yang kering terdedah kepada kedutan awal maka minyak kelapa dara dapat menghalangnya.

Cantik Cara Semula Jadi Hanya Gunakan Serbuk Kopi & Minyak Kelapa Dara!

Jom buat mask bawah mata ni. Sangat mudah dibuat dengan bahan-bahan yang tersedia di rumah.

IKLAN

Banyak lagi kegunaan campuran 2 bahan ni.

1. Selesai masalah mata panda
2. Boleh scrub kulit wajah
3. Boleh jadikan masker muka
4. Boleh scrub bibir
5. Boleh scrub kaki yang kasar
6. Boleh cerahkan celah celah peha, belakang
tengkuk dan ketiak yang gelap
7. Lembutkan dan lembapkan siku, buku lali
dan lutut
8. Boleh juga scrub satu badan dan hilangkan
bau badan
9. Boleh tepek dan balut dengan plastik wrap
di tempat ada selulit

Sesuai di gunakan oleh kanak kanak umur 8 tahun ke atas termasuk warga emas

RAHSIA HILANGKAN MATA PANDA

Bahan yang anda perlukan:

1. 1 sudu kecil serbuk kopi
2. 1 sudu besar minyak kelapa dara

IKLAN

Cantik Cara Semula Jadi Hanya Gunakan Serbuk Kopi & Minyak Kelapa Dara!

Kaedahnya:

1. Campur kedua bahan hingga sebati
2. Bersihkan wajah dahulu dan lap kering
3. Sapu campuran di bawah mata
4. Biarkan selama 15 minit
5. Selepas 15 minit urut sedikit bawah mata
perlahan lahan dengan jari manis
6. Cuci dengan air biasa

IKLAN

Cantik Cara Semula Jadi Hanya Gunakan Serbuk Kopi & Minyak Kelapa Dara!

Amalkan setiap hari untuk kesan yang bagus.
Setiap malam sebelum tidur boleh sapu amalkan untuk kesan yang lebih baik.

Cubalah! Jangan lupa niat baik baik.

Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat!

Sumber: Sarifa Redzuan II

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI