Sumber/Sumber Foto: Facebook Dzuriasikim Dzulkefli

Badan sihat dan cergas semestinya menjadi idaman setiap wanita apatah lagi apabila sudah menjangkau usia 50 tahun. Bukannya mudah mendapat berat badan ideal apatah lagi mengekalkan kecergasan.

Usia 52 Aktif Mendaki Bukit Walaupun Di Bulan Ramadan

Wanita Usia 52 Ini Kongsi Tip Badan Ringan, Mudah Solat & Lakukan Kerja-Kerja Rumah

Badan yang sihat sangatlah penting apatah lagi wanita merupakan penggerak utama dalam menjaga rumah tangga. Pada usia yang hampir mencecah 52 tahun Puan Dzuriasikim Dzulkefli yang aktif dalam melakukan aktiviti sukan lasak berkongsi 10 tip yang diamalkan. Ikuti perkongsian wanita ini.

“Pada usia yang hampir mencecah 52 tahun, alhamdulillah saya masih mampu untuk melakukan banyak aktiviti termasuk sukan lasak. Malah saya masih boleh melakukan aktiviti pendakian atau “hiking” di sepanjang bulan Ramadan ini tanpa berasa letih.

“Saya yakin semua wanita sangat inginkan untuk menjadi lebih sihat dan cergas. Apabila kita rajin bersukan dan bersenam, badan juga akan lebih mudah menyahkan toksin (detox) dan ianya sangat membantu untuk menjadikan kita menjadi lebih segar dan bermaya serta awet muda!

“Apa yang paling penting adalah kesihatan yang optimum. Dan jika dapat mengekalkan berat badan yang ideal ianya adalah bonus yang terbaik.

Wanita Usia 52 Ini Kongsi Tip Badan Ringan, Mudah Solat & Lakukan Kerja-Kerja Rumah Wanita Usia 52 Ini Kongsi Tip Badan Ringan, Mudah Solat & Lakukan Kerja-Kerja Rumah Wanita Usia 52 Ini Kongsi Tip Badan Ringan, Mudah Solat & Lakukan Kerja-Kerja Rumah

Mudah Lakukan Ibadah

“Berat badan yang tidak berlebihan juga akan membantu untuk memudahkan pergerakan termasuk melakukan ibadah. Jika tidak sihat sudah tentu kita masih boleh meneruskan ibadah dengan cara yang dibenarkan.akan memberikan kepuasan jiwa yang sangat optimum dalam beribadah. Namun, alangkah besar nikmatnya apabila kita masih mampu bangun pada malam hari dengan mudah, melakukan sujud dan rukuk dengan cara biasa, kerana ianya

“Kesihatan yang baik juga sangat penting dalam membahagiakan pasangan. Memudahkan wanita untuk menguruskan kerja-kerja rumah dengan lebih mudah dan cergas.

Ibu Idola Anak-Anak

“Wanita yang berstatus ibu pula adalah idola bagi anak-anak. Jadi, adalah sangat bagus jika seorang ibu dapat menunjukkan contoh yang baik dalam penjagaan kesihatan badan dan diri bagi anak-anak mereka.

“Memiliki badan yang sihat dan cergas juga dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri. Tidak kira samada di tempat kerja atau untuk berada di dalam “circle” apa pun.

“Dalam apa sahaja situasi samada kita bekerja makan gaji atau berkerja sendiri jika tidak sihat, banyak urusan akan tergendala dan menjejaskan prestasi kerja.

“Kecergasan juga adalah sebahagian dari keterampilan diri. Cara kita berjalan, melakukan tugasan, semuanya akan berubah apabila badan kita cergas. Malah “body language”, struktur badan, “body positioning” juga akan menjadi lebih baik. Dan ya, apabila badan cergas, otak akan lebih sihat juga dan kita akan lebih positif serta ceria.

IKLAN

10 Tip Badan Cergas

1. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal
Memang mencabar tetapi seboleh mungkin cuba usahakan. Jika badan kita terlalu berat atau melebihi berat yang ideal, kita mungkin sukar beribadah walaupun belum sakit. Kaki akan mudah lenguh kerana beban berat badan yang bertambah. Pergerakan akan terbatas. Jadi ini adalah tips yang paling utama untuk menjadi cergas.

2. Jaga Pemakanan
Tidak kira sebanyak mana aktiviti sukan yang kita lakukan dan suka jenis apa serta sebanyak mana kalori yang kita mampu bakar setiap hari, jika pengambilan makanan tidak dijaga kita susah untuk kurus. Jadi, mesti berhati-hati dengan jenis makanan yang diambil. Untuk permulaan, anda boleh elakkan pengambilan gula dan karbo. Ambil makanan seperti sayur, buah-buahan, ikan, tofu. Anda juga boleh memilih untuk berpuasa secara penuh (seperti orang Islam berpuasa) atau melakukan “intermittent fasting”.

3. Set Kan Target Dan Minda
Tetapkan dalam hati dan minda yang kita nak jadi lebih sihat, lebih cergas, lebih ringan badan, lebih bersemangat, nak ubah diri, supaya dapat menjalani hidup dengan lebih berkuali. Anda pasti boleh!

4. Lawan Rasa Malas
Mesti rajin dan mesti lawan segala perasaan malas dan suka bertangguh. Usah tangguhkan esok atau minggu depan untuk berdiet dan bersukan. Kerja bertangguh tidak akan menjadi.

5. Pilih Circle Yang Betul
Pilih rakan-rakan atau circle yang mementingkan penjagaan kesihatan, yang juga ingin turunkan berat badan, yang suka memilih makanan sihat, yang gemarkan bersukan. Jika tidak, diet anda akan “ke laut” nanti. Bayangkan jika kawan-kawan sering mengajak anda untuk mencuba menu baru di restoran atau minum teh tarik sambil lepak setiap malam atau memilih aiskrim bersalut cokelat yang manis setiap kali anda memesan makanan!

6. Pasangkan Niat Yang Betul
Niatkan untuk menjaga kesihatan diri kerana untuk memelihara anugerah kesihatan yang Allah pinjamkan. Untuk memudahkan kita beramal. Untuk suami supaya lebih disayangi dan dihargai. Untuk anak-anak. Untuk berikan yang terbaik kepada diri. Untuk kecapi hidup dengan lebih bermakna. Setiap kali rasa tidak bersemangat, ingatkan diri kita semula segala niat asal kita.

7. Mulakan Aktiviti Secara Berperingkat
Mulakan aktiviti anda dengan sesuatu yang lebih ringan. Jika perlu dan mampu anda boleh ambil khidmat tenaga pengajar. Jika tidak, memadai dengan membuat pendakian ringan, berjalan kaki atau menaiki tangga. Jangan mudah putus asa. Jangan cepat mengalah. Jangan buat separuh jalan. Lakukan dengan bersungguh dan berterusan.

8. Bangun Seawal Pagi Dan Terus Mandi
Usah sambung tidur walaupun pada hari minggu. Bangun awal pagi, mandi dan terus sarungkan pakaian sukan anda. Jujurnya, itulah yang saya lakukan hampir setiap hari kecuali jika ada mesyuarat formal. Apabila kita berada dalam keadaan siap (ready) kita akan lebih bersemangat. Cubalah…

IKLAN

9. Dapatkan Tidur Yang Berkualiti Dan Cukup
Ini sangat penting untuk persiapan minda, tenaga dan emosi bagi anda bersukan pada keesokan hari dan hari seterusnya. Jaga tidur anda dengan baik. Tidur yang baik tidak semestinya tidur pada waktu yang panjang. Tetapi cubalah dapatkan tidur yang berkualiti. Matikan telefon bimbit anda. Elakkan dari tidur di hadapan televisyen. Tutup mata. Dan tidurlah. Kekurangan tidur akan mengganggu mood anda, mengganggu kadar metabolism badan, kesihatan jantung, sistem imunisasi badan dan boleh menghasilkan hormon stress!

10. Minum Air Dengan Secukupnya
Minum air dengan cukup ini sangat penting kerana ia akan membantu badan kita agar kekal sihat. Air adalah “pencuci” semulajadi bagi organ badan dan sistem penghadaman. Air juga akan membantu untuk mengeluarkan toksin dari badan melalui peluh dan urine. Jika nak kan badan yang lebih cergas, minum air dengan cukup ya.

TIPS TAMBAHAN: KAWAL EMOSI DAN STRESS ANDA
Jika masalah tekanan emosi dan stress ianya akan sangat mengganggu minda. Cuba kawal emosi dan tangani stress dengan sebaik mungkin. Bila kita stress badan dan minda akan menjadi lesu dah tidak bermaya.

Wanita Usia 52 Ini Kongsi Tip Badan Ringan, Mudah Solat & Lakukan Kerja-Kerja Rumah

Ikutilah semua tips mudah ini dengan berdisiplin. Jika dilakukan dengan berterusan, anda boleh lihat hasilnya dalam masa dua minggu pertama. Ingat, umur bukanlah penghalang untuk kita kekal cergas dan sihat.

Sumber/Sumber Foto: Facebook
Dzuriasikim Dzulkefli

Baca Disini Juga:

IKLAN

Isteri Hamil 5 Bulan, Issey Bersyukur “Pergi Scan, Dapat Tengok Sendiri Baby Sihat, Bergerak”

Wanita Ada Penyakit Narkolepsi, Ketika Ketawa Boleh Tertidur!

Kekal Cantik & Sihat, Tya Ariffin Kongsi 4 Tip Kuruskan Badan Selepas Bersalin

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Wanita Usia 52 Ini Kongsi Tip Badan Ringan, Mudah Solat & Lakukan Kerja-Kerja Rumah

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Wanita Usia 52 Ini Kongsi Tip Badan Ringan, Mudah Solat & Lakukan Kerja-Kerja Rumah

Cookies Viral Legend 

Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.

Klik ini untuk mendaftar:  https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI