Sungguh malang tidak berbau, apabila membeli lauk mahupun makanan dari luar perlu lebih berhati-hati. Bukan semua restoran, cukup teliti dalam proses penyediaan masakan dan kebersihannya.
Jumpa Mata Kail & Tali Pancing
Seorang wanita nyaris termakan mata kail selepas ia menemuinya dalam menu masakan ikan keli yang dipesan dari sebuah restoran di daerah Pak Kret, Nonthaburi, lapor Thaiger.
Wanita dikenali sebagai Jun, 31, melaporkan pada 27 Julai lalu dia dan rakannya memesan menu tersebut menerusi perkhidmatan penghantaran makanan di sebuah restoran yang tidak jauh dari kediamannya.
Katanya, pesanan itu termasuk dua ketul ikan keli masak pedas, nasi kosong dan nasi berlauk kambing.
Tambahnya, ketika mereka sedang menikmati makanan tengah hari itu, tiba-tiba dia menemui mata kail beserta tali pancing dalam potongan isi ikan tersebut.
“Masakan ikan keli ini adalah menu kegemaran saya, namun apabila saya menemui mata kail ini, ia sekali gus mencetuskan persoalan bagaimana restoran ini mengabaikan piawaian keselamatan dan kebersihan masakan mereka,” katanya.
Selepas penemuan itu, June menghubungi restoran itu dan menceritakan penemuan pelik itu dan mereka menegaskan pekerjanya telah membersihkan ikan itu dengan teliti.
Tawar Ganti Rugi Menu Sama
Katanya, pihak restoran menawarkan menu sama sebagai ganti rugi, namun June menyatakan dia menjadi trauma dan hanya meminta pemulangan semula wang tersebut.
Sanook melaporkan, restoran itu memulangkan semula wang kira-kira 120 baht (RM15) seperti diminta June dan menggesa semua di restoran supaya berhati-hati menghidangkan makanan berasaskan ikan kerana bimbang kejadian sama mungkin berlaku kepada pelanggan lain.
Mesti Baca:Goreng IKAN KELI Tak Meletup, Badannya Tak Bengkok, Rangup Krup Krap!
Baca Lagi Di Sini:Kena Buang Darah Beku, Barulah IKAN KELI Tak Hanyir & Berbau Selepas Dimasak!
Mingguan Wanita: Aduhai,naya sungguh ada mata kail siap pakej tali pancing dalam lauk yang dibeli. Nasib baik berhati-hati, buatnya terkait dalam mulut, memang bahaya.
Sumber: Sinar Harian,Thaiger
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI