Kelahiran anak-anak kembar pastinya dinanti-nantikan bagi setiap pasangan suami isteri. Melihat keletah anak-anak yang comel, bergaya sedondon dan membesar bersama-sama. Kembar dua dan tiga mungkin perkara biasa, namun bagaimana jika ditakdirkan hamil dan bersalin kembar 10 sekaligus? Apatah lagi kehamilan tersebut secara semulajadi tanpa rawatan kesuburan. Memang tak dapat dibayangkan situasinya. Rezeki sungguh!
Guinness World Records
Seorang wanita dari Afrika Selatan selamat melahirkan bayi kembar 10 atau decuplets menerusi satu proses pembedahan, sekali gus dipercayai menjadikannya sebagai pemegang Guinness World Records baharu kerana melahirkan bayi paling ramai, lapor laman berita United Press International semalam.
Wanita tersebut, Gosiame Thamara Sithole, 37, melahirkan bayi-bayi tersebut di Hospital Pretoria selepas doktor pada asalnya menjangkakan dia bakal melahirkan bayi kembar lapan.
Lahir Bayi Kembar 10
Suaminya, Teboho Tsotetsi berkata, selepas menjalankan pembedahan, mereka terkejut apabila mendapati sebenarnya terdapat 10 orang bayi dalam kandungan Sithole.
“Bayi-bayi itu terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan. Isteri saya melahirkan mereka ketika kandungannya berusia tujuh bulan tujuh hari,” ujarnya.
Hamil Secara Semulajadi Tanpa Rawatan Kesuburan
Pasangan suami isteri itu sebelum ini mengaku bahawa Sithole hamil secara semula jadi tanpa menjalani sebarang rawatan kesuburan.
“Saya terkejut dengan kehamilan ini. Saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan supaya proses kelahiran berjalan dengan lancar, dan saya serta anak-anak selamat semuanya,” kata Sithole.
Keadaan Jarang Berlaku
Sementara itu, Timbalan Ketua Fakulti Perubatan di Universiti Sains Kesihatan Sefako Makgatho, Profesor Dini Mawela berkata, keadaan itu adalah sesuatu yang jarang berlaku untuk seorang wanita hamil dengan bilangan kembar yang ramai tanpa menjalani sebarang rawatan kesuburan.
“Apa yang menjadi bahaya kepada keadaan ini adalah keadaan di mana bayi-bayi tersebut tidak mempunyai ruang yang cukup di dalam rahim ibu, yang membawa kepada risiko mereka menjadi kecil.
Ads
“Disebabkan itu, para doktor terpaksa mengeluarkan bayi-bayi tersebut lebih awal kerana bimbang akan risiko tersebut jika mereka dibiarkan berada di dalam rahim lebih lama,” katanya.
Terdahulu, pada Mei lepas, seorang wanita dari Maghribi memegang rekod dunia selepas melahirkan bayi kembar sembilan.
Mingguan Wanita : Kebesaran tuhan.Hebatnya mampu mengandung dan bersalin anak kembar 10 dan hamil secara semulajadi tanpa rawatan kesuburan. Semoga ibunya kembali sihat dan anak-anak kembarnya dapat membesar dengan sempurna.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Fasha Sandha tak pernah terfikir gelaran Datuk. Pelakon cantik baru saja menerima Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.
Malah Fasha juga menerangkan pingat tersebut sebagai satu penghargaan tertinggi yang pernah diterimanya sejak bergelar anak seni lebih dua dekad lalu.
Fasha Sandha Tak Pernah Terfikir Gelaran Datuk
Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga sangat bersyukur dengan pengiktirafan yang terima. Seperti mana dipetik menerusi Kosmo! Online Fasha akui dirinya sangat dihargai.
“Anugerah ini tidak buat saya rasa terbeban sebaliknya dihargai.
“Kalau nak cakap tentang kemungkinan akan diangkat menjadi ikon atau dapat gelaran datuk, saya rasa perjalananan itu masih terlalu jauh sebab ramai lagi orang yang lebih layak.
“Gelaran datuk? Terlalu berat dan tak pernah terfikir, tiada komen tentang itu,” katanya.
Enggan Tabik Dada
Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan akui dirinya banyak kekurangan dan tidak mahu menabik dada.
“Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka dan anggap hadiah untuk perkahwinan serta anak-anak.
“Saya masih banyak kelemahan berbanding kelebihan tetapi apabila terpilih menerima pengiktirafan sebegitu, saya syukur.
“Pengiktirafan tersebut jarang diberikan oleh pihak istana Perlis, memang satu perkara yang tidak pernah dijangka, kurniaan yang paling tinggi saya pernah dapat,” ungkap Fasha.
Kongsi Fasha lagi dirinya juga tidak mahu dilihat keterlaluan dalam memberikan komen kerana tidak mahu dilabel sombong.
“Saya risau nak cakap sebab takut kedengaran seperti riak namun anggap itu satu hadiah yang diberikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail,” sambung Fasha.
Pada masa yang sama Fasha sangat berbesa hati dengan penganugerahan itu dan menyuntik semangat untuk dirinya menjadi orang lebih baik.
“Mungkin saya dapat sebab sebelum ini banyak menulis tentang Perlis Indera Kayangan selain dibesarkan di negeri itu walaupun saya dilahirkan di Johor. Ini satu kenangan yang manis, Alhamdulillah,” sambung Fasha.
Kebiasaannya setiap perkara baik dan gembira pasti akan dikongsikan bersama keluarga tersayang. Namun sebaliknya yang berlaku pada seorang lelaki di China ini yang merahsiakan kejayaannya memenangi loteri berjumlah 219 juta yuan (RM143 juta) daripada isteri dan anaknya kerana dia bimbang sekiranya mereka menjadi ‘malas’.
Pakai Kostum Kartun Ambil Hadiah
Bagi melindungi identitinya, lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Mr Li’ mengenakan kostum kartun berwarna kuning ketika menuntut hadiah kemenangannya di pejabat loteri, di sini pada minggu lalu.
Mahu Keluarga Hidup Seperti Biasa
Menurut Li, dia berasa seronok dengan kemenangan tersebut dan akan terus merahsiakan perkara itu daripada keluarganya.
“Saya tidak beritahu isteri dan anak kemenangan ini kerana tidak mahu mereka menjadi terlalu malas dan selesa kerana mengetahui kami mempunyai duit yang banyak.
“Sebaliknya, saya lebih selesa jika kami hidup seperti biasa dengan anak saya boleh mencari kerja untuk masa depannya,” katanya.
Seminggu Tinggal Hotel
Sebelum menuntut kemenangannya, Li tinggal selama seminggu di sebuah hotel kerana takut kehilangan tiket loteri.Katanya, dia langsung tidak keluar dari bilik dan hanya memesan makanan secara dalam talian.
Selepas membayar cukai, Li turut menyumbangkan sebahagian wang tersebut kepada badan kebajikan.
Tahniah diucapkan buat pelakon Balkisyh Semundur Khan. Selepas hampir setahun tertunda hasrat bernikah buat kali kedua, akhirnya pelakon ini selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Mohd Nazri Zakaria petang semalam.
Mereka bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menggunakan wali hakim kira kira jam 2.30 petang dan disaksikan sekitar 20 orang tetamu.
“Alhamdulillah akhirnya segala kesukaran saya untuk mencari bapa kandung (Semundur Khan Gulam Khan) sendiri sebagai wali diselesaikan dengan bantuan JAWI.
“Pada mulanya saya berdepan kesukaran menjejak lokasi sebenar bapa kandung untuk jadi wali.
“Namun selepas masalah ini mendapat liputan media, segala galanya dipermudahkan. Saya akhirnya sah bergelar isteri sekali lagi,” ujarnya yang diraikan di sebuah premis makanan popular di ibu kota dengan dihadiri sekitar 50 orang tetamu.
Balkisyh Nikah Wali Hakim
Terdahulu, kisah pelakon berkenaan berdepan kesukaran mencari bapanya untuk menjadi wali mendapat perhatian ramai.
“Saya berusaha mencari bapa termasuk membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, tetapi gagal.
“Saya buat carian di JPN membabitkan rekod kematian dan alamat terakhir. Selepas dua minggu saya diberitahu ayah masih hidup sebab tidak ada rekod kematian dan alamat terakhirnya di Tawau, Sabah.
“Malangnya, rumah itu sudah dijual sejak lima tahun lalu. Dalam semakan Jabatan Imigresen pun ayah tiada rekod keluar masuk negara sejak empat tahun lalu.
“Pihak JAWI akhirnya meminta saya menghantar permohonan untuk menggunakan wali hakim,” luahnya yang pernah lapan kali turun naik pejabat agama namun permohonan tetap ditolak.
Balkisyh mengenali suaminya yang juga seorang pekerja barisan hadapan sekitar tiga tahun lalu.
“Dia duda tak ada anak. Dan dia menjadi lelaki yang boleh menerima masalah dan pahit getir hidup ini. Malah lebih utama, dia dapat menerima dan serasi dengan dua anak saya.
“Dialah yang selama perkenalan begitu tabah dan melalui kesukaran dilalui bersama. Kebaikan dan peribadi dimilikinya juga mengatasi segala galanya,” kata Balkisyh yang pernah berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.