Sumber Foto: @bynanaazmanstudio

Tahniah diucapkan buat pelakon Balkisyh Semundur Khan. Selepas hampir setahun tertunda hasrat bernikah buat kali kedua, akhirnya pelakon ini selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Mohd Nazri Zakaria petang semalam.

Tahniah Balkisyh, “Suami Serasi Dengan Dua Anak & Boleh Terima Pahit Getir Hidup Saya”

Mereka bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menggunakan wali hakim kira kira jam 2.30 petang dan disaksikan sekitar 20 orang tetamu.

“Alhamdulillah akhirnya segala kesukaran saya untuk mencari bapa kandung (Semundur Khan Gulam Khan) sendiri sebagai wali diselesaikan dengan bantuan JAWI.

“Pada mulanya saya berdepan kesukaran menjejak lokasi sebenar bapa kandung untuk jadi wali.

“Namun selepas masalah ini mendapat liputan media, segala galanya dipermudahkan. Saya akhirnya sah bergelar isteri sekali lagi,” ujarnya yang diraikan di sebuah premis makanan popular di ibu kota dengan dihadiri sekitar 50 orang tetamu.

Balkisyh Nikah Wali Hakim

Tahniah Balkisyh, “Suami Serasi Dengan Dua Anak & Boleh Terima Pahit Getir Hidup Saya”

Terdahulu, kisah pelakon berkenaan berdepan kesukaran mencari bapanya untuk menjadi wali mendapat perhatian ramai.

IKLAN

“Saya berusaha mencari bapa termasuk membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, tetapi gagal.

“Saya buat carian di JPN membabitkan rekod kematian dan alamat terakhir. Selepas dua minggu saya diberitahu ayah masih hidup sebab tidak ada rekod kematian dan alamat terakhirnya di Tawau, Sabah.

“Malangnya, rumah itu sudah dijual sejak lima tahun lalu. Dalam semakan Jabatan Imigresen pun ayah tiada rekod keluar masuk negara sejak empat tahun lalu.

“Pihak JAWI akhirnya meminta saya menghantar permohonan untuk menggunakan wali hakim,” luahnya yang pernah lapan kali turun naik pejabat agama namun permohonan tetap ditolak.

Baca Disini Juga: 

IKLAN

Dayana Roza Sah Bergelar Isteri Usahawan, “Tak Sangka Jodoh Depan Mata, Kahwin Teman Rapat”

“Nak Kahwin Punyalah Susah, Nak Kena Bukti, Tiba-Tiba Nak Bercerai Dimudahkan” Peguam Amirul Akmal

Che Ta Melaram Baju Pengantin Songket Hijau, Raikan Ulang Tahun Perkahwinan Ke 7

Duda Tak Ada Anak

Tahniah Balkisyh, “Suami Serasi Dengan Dua Anak & Boleh Terima Pahit Getir Hidup Saya”

IKLAN

Balkisyh mengenali suaminya yang juga seorang pekerja barisan hadapan sekitar tiga tahun lalu.

“Dia duda tak ada anak. Dan dia menjadi lelaki yang boleh menerima masalah dan pahit getir hidup ini. Malah lebih utama, dia dapat menerima dan serasi dengan dua anak saya.

“Dialah yang selama perkenalan begitu tabah dan melalui kesukaran dilalui bersama. Kebaikan dan peribadi dimilikinya juga mengatasi segala galanya,” kata Balkisyh yang pernah berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.

Tahniah Balkisyh, “Suami Serasi Dengan Dua Anak & Boleh Terima Pahit Getir Hidup Saya”

Sumber Foto: @bynanaazmanstudio

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI