Wanita juga ada egonya, ibu tungal akui tak semua perceraian terjadi kerana lelaki teruk. Dalam perhubungan rumahtangga, agak sukar menjadi titik persefahaman antara suami dan juga isteri. Tapi tolak ansur sangat diperlukan kerana jika tiada tolak ansur, rumahtangga boleh hancur begitu saja.
Dalam satu perkongsian di facebook oleh Fazli bin Ismail yang memetik perkongsian di page In The Path Of Allah, wanita juga sebenarnya memiliki “ego” yang kadang kala sengaja disembunyikan berbanding lelaki yang terus menunjukkan sikap tersebut. Ia sebenarnya kebenaran pahit, di mana saat penyesalan itu datang selepas terjadinya perpisahan antara suami isteri.
Bacalah, ada kala kita sebenarnya perlu “mengubah” sedikit sikap kita demi memastikan rumahtangga itu kekal hingga ke jannah.
“SEORANG IBU TUNGGAL YANG TELAH BERCERAI MENULIS”.
Saya menulis kisah ini untuk membuat orang faham bahawa menghargai pasangan kita, walaupun dengan kekurangan mereka, adalah sesuatu yang penting. Saya berumur 32 tahun. Bekas suami saya dan saya bercinta selama 6 tahun.
Kami adalah kawan baik. Saya menunggu dia habis kolej dan mula bekerja. Keluarga saya dan keluarganya bertemu, kemudian kami berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki (sekarang berumur 7 tahun).
Wanita Juga Ada “Egonya”
Suami saya kadang-kadang panas baran, tetapi masalah sebenar bermula apabila saya cuba tunjukkan bahawa dia tidak boleh mengawal saya. Setiap kali kami bergaduh, saya akan kemas barang dan balik ke rumah keluarga saya untuk mengadu. Adik-beradik saya akan telefon suami saya dan marah dia.
Jika dia cuba mengawal saya, saya selalu cabar dia dengan mengatakan, “Kalau awak nak, ceraikan saya.” Hakikatnya, saya tidak pernah mahu bercerai.
Saya cuma ada rasa ego, dan saya tak mahu nampak seperti wanita yang lemah di matanya. Suatu hari, saya terlalu menekan dia sehingga buat pertama kali dia memukul saya dan mengunci saya di luar rumah.
Saya balik ke rumah keluarga saya, dan mereka membawa kes itu kepada polis. Setiap kali, saya kelihatan seperti mangsa yang dianiaya! Tapi sebenarnya, saya sering menganiaya suami saya secara emosi. Dia ditahan dan dipenjarakan.
Keluarganya meminta saya tarik balik laporan, dan saya mula sedar apa yang saya lakukan salah.
Ibu Tunggal Akui Tak Semua Perceraian Terjadi Kerana Lelaki Teruk
Suami saya bukanlah lelaki yang ganas. Dia lakukan itu sebab saya telah memaksanya ke dinding. Dia malah merendahkan diri dan memohon maaf secara terbuka.
Saya tarik balik laporan itu, dan kami berdamai. Selepas tiga bulan, kami bergaduh kecil, dan saya kemas barang lagi dan tinggalkan dia sendirian. Dua hari kemudian, saya dapat panggilan bahawa dia masuk hospital.
Keluarga saya melarang saya pergi kerana mereka kata saya akan nampak seperti meminta-minta. Adik-beradik saya percaya dia hanya berpura-pura sakit. Sepanjang masa ini, orang sentiasa bersimpati dengan saya, seolah-olah saya yang menjadi mangsa.
Dia berada di hospital selama seminggu, dan selepas dia keluar, saya menerima saman cerai. Saya sebenarnya tak mahu bercerai, tapi kerana ego, saya berharap dia akan ubah fikiran dan memujuk saya.
Saya telefon dia dan berkata dia boleh dapatkan cerai itu kerana saya hidup macam dalam neraka. Ketika di mahkamah, saya mahu buat dia ‘bayar’ dengan menuntut harta kami dibahagi. Namun, dia dengan tenang berkata kepada mahkamah bahawa semua yang kami miliki bersama boleh diberikan kepada saya. Dia hanya mahukan cerai.
Kami sah bercerai pada Julai 2009. Sekarang, suami saya sudah berkahwin semula, sementara saya di sini, hidup sia-sia. Keluarga saya kini mengumpat tentang saya. Saya bergantung sepenuhnya pada nafkah anak kami untuk hidup.
Saya tahu, saya telah merosakkan perkahwinan saya. Saya berkongsi cerita ini supaya para isteri berhati-hati. Jangan terlalu mudah terpengaruh dengan nasihat orang. Jangan biarkan keluarga campur tangan dalam perkahwinan anda.
Adik-adik saya sendiri kini lebih dihormati daripada saya. Mereka yang menggalakkan saya bercerai kini mengejek dan mengata tentang saya. Tolong, para wanita, berhati-hatilah dalam rumah tangga anda. Tidak ada faedahnya memiliki ego yang tidak perlu.
Kadang-kadang, masalahnya bukan salah suami sama sekali. Ia adalah ego anda sendiri dan orang-orang yang anda biarkan mempengaruhi anda. Jadi, bijaklah dalam rumah tangga anda.
Semoga Allah melindungi kita daripada kejahatan, orang jahat, dan mereka yang mengajak kepada kejahatan.Ameen
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Nahas jalan raya, Ayer Keroh, Melaka, dua beradik menangis, ibu bapa sudah tiada. Dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas, telah dibenarkan keluar dari hospital.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan Nur Sofea Humaira, 4, akan menerima rawatan susulan oleh pakar ortopedik dan psikiatri di Hospital Serdang.
“Kedua-dua beradik itu akan diiringi ahli keluarga untuk pulang ke kediaman mereka di Bangi, dengan menaiki ambulans lewat petang ini,” katanya ketika dihubungi media, di sini hari ini.
Rabu lepas, dua beradik itu masing-masing menjalani pembedahan pada bahagian paha kanan dan kiri yang cedera.
Sementara itu Hee Sem berkata, Muhammad Uwais dan Nur Sofea jelas tidak dapat menahan perasaan sedih semasa menerima berita mengenai kematian kedua-dua ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam nahas berkenaan.
Beliau berkata, kedua-dua mereka menangis selepas dimaklumkan mengenai perkara itu oleh ahli keluarga mereka, dengan bantuan pakar psikiatri Hospital Melaka.
Sementara itu Hee Sem berkata, pemandu treler Mohamad Shafiq Mohd Zuki, 27, yang sebelum ini kritikal dan dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU), dilaporkan sudah sedar dan dijadualkan menjalani pembedahan di paha kanannya, pada minggu pertama Januari 2025.
Media sebelum ini melaporkan kedua-dua beradik itu adalah antara yang terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa lima ahli keluarganya, iaitu ibu bapa mereka Khairul Ikhwan Mazupi, 32, dan Fadzlenna Ramli, 32, serta adik bongsu mereka Muhammad Umar, 2, serta datuk dan nenek Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69.
Dua lagi yang maut ialah pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56 dan penumpang warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kuatnya seorang wanita! Fasha Sandha berkongsi tentang kekuatannya ketika mengharungi fasa perceraian bersama bekas suaminya, Datuk Rizal Ashram Ramli pada 20 Januari 2016 melalui temubual eksklusif bersama Majalah NONA baru-baru ini.
Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia tetap meneruskan penggambaran seperti biasa pada hari yang sama perpisahannya bersama bekas suaminya itu. Dalam masa yang sama, Fasha turut meminta seluruh produksi drama tersebut untuk tidak meluahkan rasa simpati terhadap dirinya.
Hari saya bercerai, hari itu juga saya shooting drama dan saya tak minta cuti.
“Saya dah pesan kepada team produksi untuk tidak sesekali peluk saya dan buat seperti biasa sahaja.Macam hari yang normal. Jangan buat saya seperti saya mahukan simpati. Itulah kekuatan saya pada ketika itu,”ujarnya.
Malah aktres berusia 40 tahun itu turut menegaskan bahawa dia tidak menggalakkan perceraian terutamanya wanita yang tidak mempunyai pekerjaan dan simpanan wang. Fasha menasihati rakan-rakannya untuk mempertahankan rumah tangga andai ia tidak memudaratkan mereka.
“Ada beberapa orang teman yang minta nombor telefon peguam saya untuk memfailkan perceraian. Saya kata kepada mereka, tak semua orang kuat untuk menjadi ibu tunggal.
Pemikiran saya sedikit berbeza, saya kata mereka tidak boleh menjadi ibu tunggal kerana mereka tidak bekerja dan tiada simpanan,”ujarnya dalam temubual tersebut.
Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai.
Menerusi perkahwinan itu, Fasha mendapat dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 10, dan Putri Raysha Jemaima, 9 tahun. Fasha kini bahagia bergelar isteri kepada aktor Aidil Aziz yang dinikahinya pada Mac 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aisha Amaira.
Zahnita nekad fail cerai. Seperti yang diketahui umum, Zahnita mendakwa dirinya telah didera dan dipukul suami. Kisah tersebut begitu menggemparkan apatah lagi Zahnita telah memuat naik foto bahagian matanya lebam.
Malah Zahnita juga mendedahkan dirinya dipukul dek kerana bertanya tentang kehadiran orang ketiga. Malah ibu kepada empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden itu akui sudah tidak lagi mampu bertahan selepas 20 tahun hidup bersama suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Sebelum ini, selebriti berdarah campuran Melayu-New Zealand itu pernah memfailkan permohonan cerai dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013. Namun, perkahwinan itu berjaya diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih.
Terbaru menerusi laporan KOSMO! ONLINE Zahnita Wilson telah nekad memfailkan cerai terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang hari ini.
Keputusan tersebut dibuat dek kerana dirinya tidak mampu lagi bertahan selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu.
“Kekuatan saya untuk fail cerai hari ini ialah Allah SWT dan sokongan daripada ibu saya.
“Doa dia mengiringi perjalanan saya hari ini.
“Emosi saya juga ketika ini tidak begitu stabil dengan semua ujian ini.
“Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu,” ulas Zahnita.
Zahnita juga sangat bersyukur apabila pihak berkuasa telah menahan suaminya. Kini dia tak perlu lagi rasa bimbang kerana suaminya tidak boleh lakukan sebarang perkara lagi terhadapnya.
“Lega dan syukur dia sudah ditahan sebab boleh bergerak tanpa risau apa-apa. Dia sudah tak boleh lakukan sebarang perkara lagi pada saya.
“Sebelum ini saya takut nak ke mana-mana sebab risau diapa-apakan olehnya.
“Terima kasih dan sangat terharu apabila melihat sokongan daripada semua orang termasuk pihak polis yang sudah melakukan siasatan serta mengambil tindakan.
“Saya sudah lama bertahan, berhenti daripada karier seni dan menjadi isteri yang sempurna sebelum ini,” sambungnya.
Pada masa yang sama, Zahnita memberitahu dirinya tidak boleh memperincikan kejadian dipukul kerana masih dalam siasatan polis.
“Cuma yang saya boleh katakan ialah dia melakukan keganasan tersebut kerana tidak tahan dengan soalan saya tentang sesuata perkara,” luahnya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Derma lima organ, pemergian Allahyarham Normah Abdullah bukan sahaja mengundang rasa kehilangan dalam kalangan keluarga dan kenalan, malah turut meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat yang mengenalinya.