Pelakon berbakat, Elisya Sandha, mengumumkan berita gembira beliau kini hamil anak kedua. Perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi laman media sosialnya, diiringi video penuh kasih bersama suami, Uzair Haqimy, serta anak sulung mereka, Bunga Elhaq.
Elisya, yang sering mencuri perhatian dengan watak-watak emosional dalam drama tempatan, menyatakan rasa syukur dan teruja dengan rezeki terbaru ini.
“Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah for another biggest Rizq in life ❤️ terima kasih atas doa kalian , @bungaelhaq nak jadi kakak dah” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Berita ini disambut dengan ucapan tahniah dan doa daripada peminat serta rakan selebriti, yang tidak sabar untuk melihat Elisya memikul sekali lagi peranan sebagai ibu kepada dua cahayamata.ucapan tahniah turut dikongsi oleh ibu mentua Elisya, Sheila Rusly yang memanjatkan rasa syukur di atas kurniaan ini.
Bagi Elisya, pengalaman menjadi ibu kepada Bunga Elhaq telah banyak mengubah perspektif hidupnya, menjadikannya lebih matang dan penyayang. Malah Elisya mengakui persoalan menambah zuriat pernah diajukan oleh ibu mentuanya dan ternyata doa ibu mentuanya dimakbulkan untuk menimang zuriat kedua tahun hadapan.
Ads
Uzair Haqimy Azman, suami kepada Elisya dan anak lelaki kepada penerbit terkenal Sheila Rusly, turut meluahkan rasa syukur atas berita bahagia ini. Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2021, sememangnya sering mendapat perhatian ramai kerana hubungan yang harmoni dan penuh kasih sayang.
Semoga perjalanan kehamilan kedua Elisya berjalan lancar dan keluarga kecil ini terus diberkati dengan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah.
“Mohon Doakan Diberi Kesembuhan”, merupakan harapan suami kepada pelakon Jasmin Hamid,49 yang kini dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Sungai Buluh akibat serangan jantung, jam 2 pagi tadi.
Suami Nafi Jasmin Keadaan Kritikal
Serangan jantung tidak mengira sesiapa sahaja, namun berita tular mengatakan pelakon ini sedang kritikal sama sekali tidak benar. Perkara ini disahkan sendiri oleh suami Jasmin sendiri.
Nazmir Abd Rahim yang menyatakan keadaan terkini isterinya adalah semakin baik dan bukannya kritikal seperti yang tular. Nazmir juga menyangkal isterinya rebah dan tidak sedarkan diri, sebaliknya Jasmin masih mampu bercakap dan boleh berjalan sendiri ketika dibawa ke hospital.
“Isteri dimasukkan ke wad CCU kerana doktor ingin memantau keadaan jantung. Keadaannya kini stabil selepas doktor memberikan ubat pencair darah.
“Sebelum ini, isteri tidak mempunyai sejarah penyakit jantung. Semalam, isteri mengadu dada seperti dihimpit dan tangannya tiba-tiba kejang.
“Rahang pula kebas dan menghadapi kesukaran untuk bernafas. Pada mulanya, isteri menyangka hanya sakit perut kerana baru pulih cirit birit.
“Jadi, isteri hanya makan ubat sakit perut dan tahan sakit. Kemudiannya, saya memberinya penyedut asma kerana dia ada penyakit semput, tetapi tidak berjaya.
“Ubat tahan sakit sedikit sebanyak mengurangkan kesakitan dialami, tetapi saya nampak isteri tidur dalam keadaan gelisah dan badannya mengeluarkan peluh dengan banyak,” katanya.
Petang semalam, kata Nazmir, dia membawa Jasmin melakukan pemeriksaan di klinik. Menerusi ujian elektrokardiogram (ECG) dilakukan, doktor mendapati bacaan jantung kurang baik dan minta Jasmin ke hospital untuk melakukan pemeriksaan penuh.
“Saya faham ramai yang risau apabila keadaan kesihatan isteri ditularkan teman artis. Lebih lagi, apabila ada yang mengatakan isteri dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Sebenarnya, isteri hanya dimasukkan ke Zon Kuning dan dipindahkan ke CCU, jam 2 pagi berikutan perlu menunggu giliran.
“Ini kerana ada 14 pesakit lain menanti giliran untuk dimasukkan ke unit berkenaan.
“Memang keadaannya ketika terkena serangan jantung amat merisaukan. Jantung bukanlah perkara boleh dibuat main-main, jadi saya minta kebenaran isteri memuat naik status menerusi Instagram (IG) memohon doa orang ramai,” katanya.
Namun, katanya, Jasmin kuat semangat, masih boleh bercakap dan berjalan sendiri.
“Saya boleh katakan keadaannya baik kerana sedar dan boleh memberikan respon kepada doktor.
“Tetapi doktor tetap menahan isteri ditahan di wad selama lima hari kerana mereka ingin memantau keadaan kesihatannya,” kata Nazmir.
Mohon Doakan Kesembuhan
Terdahulu, Nazmir dalam hantaran yang dimuat ke akaun IG milik Jasmin memohon orang ramai mendoakan isterinya dipanjangkan umur dan diberikan kesembuhan secepat mungkin.
Dalam hantaran itu, Nazmir berkata, tekanan darah dan degupan jantung pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 itu agak lemah. Justeru, doktor terpaksa memberikan bantuan ubat untuk mengepam darah ke jantung.
Syanie selamat bernikah kali ketiga, “Alhamdulillah majlis pagi tadi berjalan sempurna seadanya,” begitulah yang diungkap oleh pelakon ini selepas dua perkahwinan sebelum ini terlerai.
Genap setahun perkenalan, pelakon, pelawak dan ahli perniagaan, Syanie Hisham, 47, melangsungkan pernikahannya dengan perunding kewangan, Zahril Hafiz Mohammed Nor, 41, kira kira jam 9 pagi tadi.
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Menurut Syanie, majlis itu hanya disaksikan bapa, adik perempuannya dan abang kepada pengantin lelaki.
Tiada wang hantaran diserahkan, sebaliknya hanya mas kahwin dalam bentuk gelang emas. Syanie pula hanya menyarungkan cincin ke jari manis suaminya sebagai tanda termeterai ikatan.
“Alhamdulillah majlis pagi tadi berjalan sempurna seadanya. Sepatutnya kami merancang mengadakan majlis keraian pada 21 Februari ini, namun penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan mendorong kami menundanya dulu.
“Mungkin bulan depan majlis keraian itu akan dianjurkan,” katanya
Keikhlasan & Kejujuran
Menurut Syanie bukan mudah untuk dia membuka lagi hati selepas dua kali perkahwinan yang dibina terlerai.
“Namun keikhlasan dan kejujuran hatinya membuka hati saya untuk kembali menikmati kemanisan ini. Ikutkan dia mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir belum masanya cari pengganti.
“Pengajaran lalu, mematangkan saya. Tapi setahun lalu, dia bersungguh sungguh mahu memancing hati saya. Pada Jun tahun lalu, dia suarakan isi hati kepada ibu untuk memperisterikan saya.
“Sikap budimannya juga antara sebab yang buat saya tersentuh. Dia menjadi lelaki pertama yang berani cakap nak kahwin dengan saya dekat ibu,” ungkapnya lagi.
Syanie 5 Tahun Solo, Zahril Duda Tiada Anak
Kata Syanie yang sebelum ini sudah lima tahun hidup solo, suaminya juga bergelar duda tiada anak.
“Mungkin masing masing tahu kehidupan lampau bagaimana dilalui kami. Jadi mungkin itu yang buat kami jadi klik,” sambungnya.
Bekas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu mendirikan rumah tangga 1996 dan bercerai pada 2002. Seterusnya perkahwinan kedua pada 1 Mac 2014, namun berpisah pada 2016.
Sejak berbadan dua pelakon Mawar Rashid semakin ligat berniaga. Katanya, sampai satu tahap bila kesibukan datang melanda, terasa mahu saja berhenti dari semua usaha.
Lagi-lagi dalam perjalanannya itu, banyak yang terpaksa dikorbankan. Termasuklah rasa rindu pada anak lelakinya yang sedang membesar, Raden Muhammad Rafael. Tapi bila difikirkan kembali matlamat yang mahu dicapai, antaranya mahu bayar zakat RM1 juta, Mawar kembali kuat.
Katanya, “Kadang-kadang rasa nak give up everything sebab rindu anak @radenrafaelraf
CAREER sebagai CELEBRITY & USAHAWAN bukan mudah.. perlukan banyak masa untuk settle VIDEO SHOOT, LIVE DLL (thank you to my manager @beydatorashid banyak memudahkan kerja I) , perlukan banyak masa untuk meeting business @mawarosehq , kena perah otak untuk @mawarosehq lagi.. UNTUK my family mawarose squad lagi.. masa ngan suami ok lagi, sebab suami sentiasa setia menemani.. tapi.. Rafael ni.. rinduuu.. kadang-kadang pagi sampai malam tak dapat jumpa. I nak masuk anak ke-2 dah @mawarafjunior .. kadang-kadang terlampau busy sampai rasa nak give up.
TAPI…
Demi Nak Bayar Zakat RM1 Juta… – Mawar Rashid
I CANNOT GIVE UP!!!
Mawar tak boleh STOP! Mawar WAJIB TERUSKAN demi BIG Y MAWAR. DEMI FAMILY MAWAR. DEMI MAWAROSE SQUAD. DEMI CUSTOMER TERSAYANG MAWAR. DEMI NAK BAYAR ZAKAT SATU JUTA! DEMI NAK BINA MASJID BERSAMA-SAMA kalian semua!
Mawar faham ramai ibu bapa kat luar sana terpaksa korban rasa ‘RINDU’ kat anak-anak ni demi mencari rezeki dan demi membantu orang di luar sana, sama macam Mawar.. tapi YAKINLAH..
PENGORBANAN YANG PALING MENYAKITKAN NILAH YANG AKAN MENDATANGKAN HASIL & BEKALAN UNTUK KE AKHIRAT NANTI.. i’m with you.. be HAPPY, KEEP ON GOING, YOU ARE A GREAT MOM, A GREAT DAD, your kids are PROUD OF YOU! THEY LEARN A LOT FROM YOU! PROVE TO THEM! YOU ARE AMAZING!”
Ketika ini Mawar sedang hamil anak kedua dari perkahwinannya bersama Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob. Mawar juga mempunyai dua orang anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu selain melihat anak yang dikandung, dibesarkan dan disayangi dengan sepenuh jiwa, kembali dalam keadaan sudah tidak...