Setiap kali melihat gelagat pelakon, penerbit dan pengarah terkenal, Sheila Rusly memuat naik video memasak, pasti ia membangkitkan selera dan keinginan membuak-buak untuk mencuba menu yang dimasaknya.

Sheila Rusly Kongsi Rahsia Jaga Hati Suami. 3 Tip Ini Je Yang Diamalkan!

Mana tidaknya, baik dari aspek penyediaan bahan hinggalah proses memasak nampak mudah dan menyelerakan. Tidak hairanlah mengapa Sheila Rusly diangkat sebagai Ikon Masakan dan Duta Jenama Maggi Cukup Rasa.

Air Tangan Jadi Taruhan

Sheila Rusly Kongsi Rahsia Jaga Hati Suami. 3 Tip Ini Je Yang Diamalkan!

Setiap kali isteri kepada Azman “Jinggo” Yahya memuat naik video masakan, pasti ianya mendapat jumlah tontonan yang tinggi dan pujian para netizen yang mengagumi masakan Sheila Rusly yang enak dan menyelerakan.

IKLAN

Apatah lagi apabila anak-anak berkumpul di kediamannya, pasti meja makannya akan dipenuhi dengan pelbagai menu kegemaran anak-anak hasil air tangannya yang menjadi salah satu rahsia mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Tidak kiralah sama ada masakan ala kampung mahupun hidangan barat, Ikon Masakan dan Duta Jenama Maggi Cukup Rasa ini tidak lokek berkongsi informasi mengenai hidangan yang dimasak untuk keluarga.

Malah, hidangan ringkas yang disediakan olehnya seperti mee segera juga tampil menyelerakan dengan olahannya yang tersendiri mengikut citarasa masyarakat Malaysia.

IKLAN

Meskipun meletakkan keluarga sebagai keutamaan bagi dirinya, Sheila yang juga bertindak sebagai Mentor Keusahawanan Program Mentor Wanita Cukup Berani Maggi ini meletakkan air tangan wanita bergelar ibu dan isteri sebagai acuan utama dalam kebahagiaan rumah tangga. Menurutnya, rajin memasak untuk ikat perut suami.

Sheila Rusly Kongsi Rahsia Jaga Hati Suami. 3 Tip Ini Je Yang Diamalkan!

Malah Sheila Rusly mendedahkan pernah memberi tiga tips untuk kekal bahagia dalam perkahwinan kepada menantu kesayangannya, pelakon Elisya Sandha.

“Tiga perkara itu sahaja. Jaga hati dia, jangan buat benda yang suami tak suka. Rajin memasak untuk ikat perut suami. Barulah buat hubungan intim sekali atau dua kali seminggu,” katanya dengan nada tegas namun sempat berseloroh.

IKLAN

Sheila Rusly Kongsi Rahsia Jaga Hati Suami. 3 Tip Ini Je Yang Diamalkan!

Sejak bergelar ibu mentua, Sheila Rusly sememangnya bersyukur mempunyai menantu seperti Elisya Sandha yang dilayan bagaikan anak sendiri. Malah Sheila berkata dia  memuji kerajinanmenantunya itu yang tidak henti mencuba menu baharu untuk menambat hati suaminya, Uzair Haqimy.

Jadi, tak salah lagilah rahsia kebahagiaan rumah tangga tetap terletak di air tangan seorang isteri dan ibu, setuju tak?

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI