Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja lebih daripada kemampuan dengan mengukur baju di badan sendiri.
Ilmu yang ada pada mereka juga membuktikan wanita mampu menguruskan kewangan keluarga dan sendiri dengan baik. Jadi tidak hairanlah golongan ini mampu merancang dan membuat tabungan masa depan berhemah untuk ahli keluarga kesayangan mereka.
Wanita Kena Pandai Uruskan Kewangan Keluarga
Wanita yang bergelar isteri dan ibu juga dianggap sebagai pengurus kewangan keluarga kerana peranan mereka membantu dalam menguruskan segala perbelanjaan dapur serta hal ehwal kewangan rumahtangga.
Bukan sekadar memikirkan tentang kewangan keluarga malah wanita juga sering berfikiran ke hadapan terutamanya buat simpanan anak-anak tercinta. Bila punya kewangan yang baik, keyakinan wanita turut meningkat terutamanya dalam menghadapi apa saja cabaran yang mendatang. Jika perbelanjaan tidak dikawal dan melebihi bajet pasti akan memeningkan kepala. Jadi wanita perlu bijak dalam menguruskan kewangan keluarga dan sentiasa beringat untuk menyimpan.
Bukan sekadar terapkan pada diri sendiri malah mak-mak juga memainkan peranan penting dalam mengajar anak berbelanja dan menabung. Ajarkan juga kepada anak-anak menabung walau RM1 sehari.
Imbangi Keperluan & Kehendak
Bagi wanita yang masih bujang, jangan boros tau dalam berbelanja apatah lagi bila membeli barangan mewah janganlah mudah terikut-ikut ‘trend’ terkini dan terpengaruh dengan ‘influencer’. Berbelanja mengikut kemampuan bak kata pepatah ‘ukur baju di badan sendiri’.
Ads
Belajarlah untuk mengimbangi keperluan dan kehendak. Setiap dari kita mempunyai keperluan dan kehendak berbeza serta bergantung kepada perspektif dan pengurusan kewangan. Jika keperluan tersebut sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau dikurangkan, cuba kurangkan kehendak anda.
Awas ya! Jika berbelanja lebih dari pendapatan, memandangkan kos hidup semakin tinggi tolonglah jauhkan diri daripada membuat sebarang pinjaman. Sebabnya, apabila terjerat dengan hutang, kehidupan akan menjadi kucar kacir bila hutang berlipat ganda. Elakkan stress dalam hidup dan rancang kewangan dengan bijak agar hidup tenang tanpa hutang jahat.
Wanita Bijak Menyimpan Sambil Melabur
Selain penting untuk ada simpanan kecemasan, penting juga ada tabung untuk keperluan lain.
Untuk permulaan rancanglah untuk tabungan kecemasan dahulu kemudian buatlah simpanan untuk tujuan lain seperti simpanan percutian keluarga, memiliki rumah atau kenderaan yang lebih selesa, menunaikan umrah dan haji, pendidikan anak-anak dan persaraan.
Ads
Nak memilih tempat simpanan juga perlu bijak. Antara ciri-ciri yang perlu ada untuk anda menyimpan ialah selamat dan tidak rugi di masa hadapan. Sudah semestinya wanita yang bijak sentiasa nampak peluang baik yang datang, iaitu simpan sambil melabur.
Melabur Senang dengan ASNB
Melabur dalam unit amanah seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) banyak manfaatnya terutama untuk simpanan masa hadapan seperti pendidikan anak anak atau simpanan jangka masa sederhana seperti percutian, haji atau umrah dan renovasi rumah.
ASB/ ASB 2 merupakan simpanan berbentuk pelaburan. Selain berharga unit amanah tetap RM1, melabur dalam ASB/ASB 2 juga berpeluang menikmati dividen dengan risiko rendah.
Malah kini lebih mudah dengan adanya platform online seperti myASNB app, Perbankan Internet atau e-Dompet yang disediakan oleh ejen-ejen ASNB untuk penambahan pelaburan, semak dividen, semak baki akaun untuk diri sendiri dan anak-anak.
Ads
Sertai Kempen Simpan Vaganza
Bagi yang melabur dari sekarang hingga 29 Februari 2024, anda berpeluang untuk menyertai Kempen Simpan Vaganza dan berpeluang menang hadiah utama Toyota Yaris atau Toyota Corolla Cross.
Hanya perlu membuat pelaburan di dalam ASB atau ASB 2 dengan jumlah terkumpul minimum RM1,000 dalam fasa kempen melalui pelbagai platform pelaburan ASNB seperti di kaunter cawangan dan ejen ASNB, aplikasi myASNB, perbankan internet ejen dan sebagainya.
Jadi jangan ketinggalan untuk sertai kempen ini! Sememangnya berbaloi, jika wanita yang bergelar ibu bijak dalam merancang perancangan kewangan keluarga. Apabila keluarga bahagia anak-anak juga akan membesar dalam persekitaran yang sihat. Bagi wanita bujang jika simpanan bertambah hati akan sentiasa girang, impian pun boleh dicapai!
Tak rugi suka bercucuk tanam ni. Lebih-lebih lagi bila apa yang ditanam tu ‘menjadi’. Buat mak-mak yang permulaan nak belajar berkebun boleh cuba tanam sayur kangkung dulu guna 4 bahan je. Ikut cara dan langkah yang betul memang kangkung boleh hidup subur.
Boleh ikut panduan tanam kangkung oleh Encik Acan Ca ini yang dikongsikan didalam grup Berkebun Di Rumah.
“Boleh cuba-cuba tanam kangkung guna 4 bahan”
1.Benih kangkung
2.Raga dan besen (boleh cari kat Kedai Eco rm2.30 satu)
3.Kapas muka
4.Baja A+B (Ni baru nak start belajar-belajar juga..maaf sukatan baja A+B tak berapa cun lagi)
Caranya:
1. Pastikan biji benih terendam paras air cecah raga sahaja. Asalkan kapas basah dan jangan pula terendam tenggelam benih tersebut.
2. Selepas 5/6 hari akan jadi begini.
Campur baja A+B dalam air. Ikut umur pokok yang kita tanam contoh 5 hari kena 500/600ec sukatan baja A+B manakala 15/20hari 800/1.0ec ni sukatan yang saya guna. Untuk sukatan kena ada ec meter.
Info Ekstra!
Baja A+B boleh beli di shopee.Biasanya jenis cecair, campur dalam air goncang dan tuang.
Tabur je biji benih dalam penapis tu, pastikan terendam air. Tutup pastikan gelap, bila keluar akar, dedahkan cahaya matahari dan baru guna air baja.
Tak letak tisu pun tak pe, tabur je dalam penapis tapi jangan tabur banyak, nanti terbantut daunnya jadi kecil-kecil dan tak lebar. Bila dah bertunas cepat-cepat kena dedahkan kepada cahaya matahari.
Pastikan benih sentiasa lembab boleh guna spray air lagi mudah spray pagi sekali petang sekali pun da ok. Masa semai jangan kena sinaran matahari, kalau dah keluar daun boleh la kena sinaran matahari 1/2jam pun boleh matahari pagi.
Setiap makanan yang diberikan pada ada bulus berbeza-beza, lebih-lebih lagi kucing kacukan. Bagi anak bulus yang dah biasa makan isi ikan, semestinya pemilik akan beli stok makanan untuk kucing kesayangan.
Sudah pasti setiap orang yang membeli anak bulus ini mahu melihat kucing yang dipelihara itu sihat, gebu dan paling penting gemuk. Kadang-kadang ada yang pelik apabila melihat anak bulus yang dijaganya sama saja, tidak gemuk dan sama saja. Sedangkan sudah pelbagai cara dilakukan untuk memastikan kucing kesayangan itu gemuk dan sihat.
Sebenarnya, untuk gemukkan kucing mudah sahaja terutamanya kucing yang sudah biasa makan ikan yang dijadikan makanannya setiap hari.
Campurkan isi ikan dengan roti yang kita makan ini dan berikan kepada kucing kesayangan Gerenti akan bertambah debab kucing itu nanti. Itulah yang dikongsikan oleh Sara Fini dalam nak gemukkan kucing peliharaan.
Rasanya, cukup mudah bahan yang digunakan untuk menggemukkan kucing peliharaan. Hanya dua bahan sahaja sudah cukup. Apa yang boleh dikatakan, ikan itu perlulah direbuskan dahulu dan gantikan nasi dengan roti yang telah digunting.
Ingat! Pastikan ikan yang direbus itu tidak masin. Sebab ini boleh menyebabkan bulu kucing anda akan gugur. Mengikut kesesuaian kucing anda.
Resepi:
1. Roti gardenia digunting
2. Isi Ikan rebus
Ikan yang biasa berikan pada anak bulus.
Inilah bahan-bahannya.
Gunting roti tersebut.
Pastikan asingkan isi ikan dan tulang terlebih dahulu.
Gaul sebati isi ikan dan roti yang telah digunting tadi.
#kaksarasharing
MW: Nanti boleh cuba di rumah. Gantikan nasi yang biasa kita bagi dengan roti. Nanti lihatlah hasilnya.
Masalah sakit lutut bukan setakat orang tua saja, orang muda pun tidak terkecuali. Lebih-lebih lagi bila ada masalah berat badan. Malah, sebenarnya banyak penyebab kepada masalah ini.
Cara paling mudah dan cepat untuk hilangkan rasa sakit lutut adalah dengan mengambil ubat tahan sakit. Masalahnya, ia hanya membantu melegakan seketika saja.
Tak mustahil juga ada pelbagai cara telah dilakukan untuk merawat sakit lutut. Jika keadaan ini berterusan dan masih tidak membantu melegakan, apa kata cuba cara semulajadi.
Mungkin dengan cara ini boleh membantu. Petua dengan hanya menggunakan lemon dan minyak bijan saja. Bukan untuk diminum tapi untuk sapu. Ini antara perkongsian daripada Leha Yusuf.
Hari ni Kak Ya share petua paling simple. Tak perlu minum Cuma letak pada lutut yang sakit itu.
Bahan utamanya ialah lemon. Ini kerana asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal urid yang menjadi punya kepada beberapa jenis arthritis.
Bahan-bahannya: 1 biji lemon Kain kapas Minyak bijan
Caranya:
1. Potong buah lemon kepada Memula korang potong 1 biji lemon kepada potongan kecil.
.
2. Selepas itu, bungkus potongan lemon tadi ke dalam kain kapas.
.
3. Celupkan bungkusan potongan tadi ke ke dalam minyak bijan. Agak-agak basah.
.
4. Lepas itu, letak bungkusan itu pada lutut yang sakit selama 5-10 minit. Boleh buat 2 kali sehari hingga hilang sakitnya.
Info: Ini untuk sapuan luaran saja.
Mingguan Wanita : Bolehlah cuba untuk mak-mak yang selalu ada masalah ini. Sekadar mencuba.
Usahawan tudung yang tidak lekang kontroversi, Haliza Maysuri menyambut ulang tahunnya yang ke-48 dengan suasana meriah disaksikan 150 tetamu terdiri dari insan-insan yang sentiasa...