Wanita bekas guru KAFA cuba terjun Sungai Kelantan diselamatkan 2 remaja. Tindakan pantas dua remaja berjaya menyelamatkan bekas guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) daripada terjatuh Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra, di Tumpat, Kelantan.
Wanita Bekas Guru KAFA Cuba Terjun Sungai Kelantan Diselamatkan 2 Remaja
WANITA ITU DIPERCAYAI MENGALAMI TEKANAN. IBU TUNGGAL BERUSIA 43 TAHUN DILIHAT CUBA MEMANJAT PENGHADANG JALAN JAMBATAN PADA PUKUL 11 PAGI TADI.
Seorang saksi dikenali sebagai Hafiz berkata, dia dan rakannya terpaksa bergelut dengan wanita itu selain meminta pertolongan orang ramai.
Katanya, dalam keadaan cemas, seorang anggota polis yang kebetulan melalui lokasi berhenti dan membantu mangsa.
“Anggota polis turut memujuk wanita itu dan memaklumkan akibat yang akan ditanggung keluarga sekiranya nekad terjun dalam Sungai Kelantan.
“Wanita itu meronta-ronta minta dilepaskan. Tidak lama kemudian, dia melupakan hasratnya untuk terjun dari jambatan tersebut,” katanya.
Hafiz memberitahu, wanita itu dipercayai berasal dari Kampung Kok Pasir, Kota Bharu dan menetap di Kampung Padang Tembesu selepas berpisah dengan suaminya setahun lalu.
MENURUTNYA, WANITA ITU MEMAKLUMKAN DIA MENGALAMI TEKANAN PERASAAN KERANA TIADA PEKERJAAN TETAP UNTUK MENYARA ANAKNYA.
“Wanita itu turut berpesan kepada anaknya mengenai wang simpanan dan kelengkapan penting menerusi WhatsApp,” katanya yang memberitahu mangsa dibawa ke Balai Polis Wakaf Bharu untuk tindakan lanjut.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ads
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dua wanita di wilayah Sulawesi Barat tular selepas menikahi lelaki lain tanpa pengetahuan suami masing-masing, memetik laporan akhbar Tribunnews. Kedua-dua wanita tersebut merupakan warga Kota Mamuju di Sulbar dan mempunyai status sudah berkahwin.
Biasanya kebanyakan suami menikahi wanita lain tanpa izin isteri, namun perkara sebaliknya berlaku dalam kejadian tersebut.
Kedua-dua wanita terbabit ditahan polis dan siasatan telah dilakukan.
Dua wanita ditahan dan disiasat polis selepas menikah lagi tanpa pengetahuan suami masing-masing. – TRIBUNNEWS
“Pasangan suami isteri dilarang berselingkuh atau berkahwin dengan orang lain tanpa izin,” kata pegawai polis, H Muhtar.
“Jika hal tersebut terjadi dan pasangannya membuat laporan di balai polis, maka pelaku boleh dihukum atas kesalahan zina.
“Saya minta warga Mamuju dapat memahami hukum perkahwinan dan agama agar tidak terjadi lagi seorang isteri menikah yang lain tanpa izin suami,” kata Muhtar. – AGENSI
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seharian mak buat kerja rumah, penatnya membawa ke malam. Mak yang ada anak kecil lagilah penatnya berganda. Kena pula berjaga malam, menyusukan anaknya dengan susu badan. Kadang tak sedar, mak boleh terlelap sama.
Rupanya dalam pada mak terlelap sekejap, macam-macam boleh berlaku. Dan inilah yang dialami oleh ibu ini, Cik Puan Ammy yang alami pengalaman anak tersedak susu. Mujurlah ibunya tersedar awal dan anaknya dapat diselamatkan.
Beliau berkongsi ingatan untuk dirinya agar kelak tiada lagi kejadian yang sama berlaku kepada dirinya lagi. Kejadian menakutkan ini juga mungkin pernah mak-mak alami. Lagi-lagi bila tubuh penat seharian bekerja, dalam masa sama tuntutan menyusukan anak perlu dilunaskan. Moga diberi kekuatan untuk ibu-ibu yang berhadapan situasi ini.
Tengok-tengok Anak Terbatuk-batuk Dan Bernafas Laju
Jam 3 pagi, Ammy dikejutkan dengan bunyi seperti sudu terjatuh di atas simen. Mungkin ianya satu mimpi kerana dapur jauh berada di belakang dan pintu bilik tertutup rapat.
Tidak mungkin kedengarannya jelas seolah-olah berada di hujung telinga. Seperti biasa bila terkejut daripada tidur, perkara pertama yang Ammy perhatikan adalah Mahsuri. Allahu rabbi…
Kelihatan Mahsuri seperti terbatuk-batuk dan nafasnya laju. Tangan dan kakinya sejuk. Tiba-tiba Ammy teringat yang dia baru lepas menyusu (brestfeeding) dan mungkin Ammy tertidur sehingga tidak tahu bila masa dia berhenti.
Ammy segera mengangkat Mahsuri dan memangkunya di bahu, suami Ammy pun turut sama membantu menepuk-nepuk dan mengosok-gosok belakang Mahsuri. Tiba-tiba…. Burppp!
Mahsuri sendawa diikuti dengan muntah susu yang berketul-ketul. Tersedak susu rupanya anak Ammy. Bila sahaja muntah itu keluar, suhu badan Mahsuri mendadak naik. Tidak lagi sejuk seperti sebelumnya. Sebelum ini Ammy selalu dengar tentang bayi tersedak susu serta risikonya. Allahu Akbar..
Terima kasih Ya Allah kerana lindungi anak Ammy dan mengejutkan Ammy dari tidur.
4 Tip Hati-hati Semasa Menyusukan Anak
Satu pengajaran buat Ammy. Selepas ini Ammy akan berhati-hati dan pastikan:
1. Temani anak menyusu walau bagaimana penatnya seharian bekerja.
2. Jangan tidur sebelum anak habis menyusu.
3. Pastikan anak dalam keadaan selesa, susu yang diminum atau makanan yang dimakan telah dihadam sebelum mereka tidur.
4. Pastikan situasi anak nyaman sebelum kita melelapkan mata, tidak kiralah anak kita masih bayi ataupun telah dewasa.
Ini Pengajaran Yang Ammy Dapat
Sesungguhnya bagi kita sebagai seorang ibu, walaupun anak kita sudah punyai keluarga sendiri dan pandai jaga diri, namun mereka masih anak-anak kecil dimata kita. Masih perlukan kasih sayang kita, perhatian kita dan yang lebih penting doa restu daripada kita.
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi anak-anak kita. Amin.
Lanjut usia dan memasuki fasa warga emas bukanlah penghalang dalam mengejar cita-cita dan impian. Sambutan hari jadi pula mampu diraikan dalam pelbagai cara yang boleh memberikan kelaianan dan kepuasan tersendiri buat diri sendiri.
Terjunan Udara Pada Usia Ke-100
Seorang jururawat yang berkhidmat sebagai barisan hadapan ketika era Perang Dunia Kedua meraikan sambutan hari jadinya yang ke-100 dengan melakukan terjunan udara buat pertama kali.
Raymonde Sullivan melakukan aksi tersebut dengan terjun dari pesawat di Sky Dive Sebastian pada minggu lalu.
“Saya tidak pernah melakukan terjunan udara walaupun sudah berdepan dengan pelbagai perkara dalam tempoh 100 tahun. Oleh hal yang demikian, saya nekad mahu melakukannya selagi ada peluang,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail.