Perpisahan pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura pada awal Oktober tahun lalu sememangnya menjadi sorotan umum. Perpisahan mereka turut dan pastinya anak mereka, Nur Fatima Aisya turut terkena tempiasnya.
Ramai yang melahirkan rasa simpati dengan Fatima yang terpaksa melalui perpisahan orang tuanya pada usia yang masih muda.
Pelakon Fattah Amin menepis dakwaan segelintir pihak menuduhnya kurang meluangkan masa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya kerana mengutamakan kerjaya seni yang kini sedang meroket.
Jadual Kerja Bukan Halangan
Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, dia tidak pernah mengabaikan kewajipan sebagai bapa walaupun jadual kerjanya padat.
“Perkongsian Instagram baru-baru ini menunjukkan antara momen saya dapat berjumpa dengan Fatima tapi sudah tentu situasi tidak sama macam dulu.
“Kalau ada yang kata saya sibuk sehingga ketepikan Fatima, itu tidak benar. Jadual kerja saya sudah disusun awal dan tarikh melawat Fatima juga sudah dipersetujui. Dalam sebulan, saya dibenarkan melawat dan bermalam bersama Fatima beberapa kali.
Ads
“Saya sentiasa masukkan waktu melawat dan bermalam dengan Fatima dalam jadual saya. Tiada istilah saya sibuk dan tidak masa untuk Fatima,” katanya kepada Mingguan Wanita pada majlis pelancaran butik Amber baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, Fattah menegaskan sentiasa menghubungi dan mencari masa untuk Fatimah kerana itu tanggungjawabnya sebagai bapa.
“Alhamdulillah saya dan Fazura sudah bersetuju dalam perjanjian sebelum ini, jadi saya dan Fatima dapat berjumpa.
Ads
“Sudah tentu sekarang saya tinggal berasingan dengan anak tetapi tanggungjawab sebagai ayah tetap ada dan memang mahu meluangkan masa sebanyak mungkin bersama Fatima,” ujarnya.
Fattah turut menegaskan Fatima tetap memerlukan dirinya meskipun dia dan Fazura tidak lagi bersama.
“Kita kena faham situasi dan emosi anak kita, adakalanya mungkin dia mahu meluangkan masa dengan mommy dia. Walaupun mommy dan daddy tidak lagi bersama, dia tidak boleh rasa kehilangan.
“Saya tidak boleh salahkan situasi itu atau menghalang masa dia bersama mommy dia dan faham perkara itu.
“Kami ada berunding, macam ada masanya Fazura sibuk dan kadang-kadang dia mahu meluangkan masa dengan Fatima, jadi kita capai persefahaman tersebut.
“Fatima baru berusia empat tahun. Hanya ikut cakap apa yang dia faham. Dia pun kata sayang mommy dan daddy, jadi kita faham benda itu. Insya-Allah lama-kelamaan dia akan faham situasi sebenarnya,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Fattah memaklumkan dia tidak dapat menahan sebak apabila Fatima mengakui pernah bermimpi dirinya disebabkan terlalu rindu.
“Paling membuatkan saya sedih ialah apabila Fatima beritahu dia mimpi daddy.
“Beberapa malam dia mimpi dan ingin bertemu dengan saya. Itu membuatkan saya tersentuh,” jelasnya.
Baru-baru ini, Fattah mencuri tumpuan apabila memuat naik foto bersama Fatima dan meminta anak perempuannya itu untuk tidak bersedih kerana bertemu untuk tempoh singkat.
Dalam perkongsian foto tersebut turut kelihatan Fatima mencium pipi bapanya.
Terdahulu, Fattah dan Nur Fazura yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sah bercerai pada 7 Oktober lalu.
Luahan HATI Ayah BILAL “Banyak Benda Boleh Dipermain Tapi Anak Ni Rasa Dia Lain Sikit”. Perkongsian Haris Ismail yang terbaru menerusi akaun Instagramnya tentang anak kesayangan Bilal mendapat perhatian pengikutnya.
Terdahulu, seorang netizen telah mendedahkan gambar anak pasangan popular Neelofa dah Haris, Bilal hingga mencetuskan pelbagai kontroversi. Malah Neelofa juga meluahkan rasa terkilan apabila wajah anaknya disunting serta disebarkan tanpa keizinannya.
Apa yang membangkitkan kemarahan netizen, individu terbabit juga seperti tidak menghormati keputusan Neelofa yang mahu menunjukkan sendiri gambar anaknya.
“Bilal Sayang Semoga Menjadi Anak Yang Baik Dan Soleh” Komen Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan yang terbaik buat Bilal.
“Betul tu, bab anak jgn buat main, mmg sensitif sgt, semoga Bilal membesar menjadi anak soleh Dan dpt tarik ummi Dan abah ke syurga, Amin yrb” roselle_bakery
“Auto sebak …semoga sifat kasih dan sayang sesama manusia terus bertebaran ni bumi Malaysia dan seantero pelusuk dunia dan alam cakerawala,” cik_eeta
“Semoga diberikan kekuatan dan kebahagiaan dunia akhirat..buat Bilal sayang Semoga menjadi anak yg baik dan soleh kelak..Aamiinn” suesweet11
“Smg Muhammad Bilal syg terus membesar dgn sihat menjadi anak soleh dan dlm lindungan Allah selalu dari segala bahaya dan keburukan Allahumma aamiin Aamiin ya mujiib” _safiyyah8073
“sending love to Bilal n semua ank ank kesayangan kita semua” farhannamzf
“Alahai Bilal..moga bilal juga nanti sekuat dan setabah umi dan abahnya..ameen” irahrunny
Setiap orang pasti ada keistimewaan dan keunikan yang tersendiri yang dianugerahkan sama ada bentuk fizikal atau rupa paras. Sama ada kita kita menganggap kelebihan atau kekurangan terserah kepada diri masing-masing.
Seperti mana gadis ini, dia menganggap ketinggian sebagai satu keistimewaan, jadi dia terus positif dan wanita kaki terpanjang ini sering berkongsi inspirasi dan pernah malu.
Anggap Ketinggian Sebagai Satu Keistimewaan
Gadis dari Texas, Amerika Syarikat mencipta dua rekod sekaligus dalam Guiness World Record apabila diiktiraf menjadi wanita dan remaja yang memiliki kaki terpanjang.
CNN memetik kenyataan Guiness World Record, Maci Currin, 17, memiliki kaki kiri sepanjang 135 sentimeter (cm) manakala 134 cm pada sebelah kanan.
“Diharap semua wanita yang tinggi menganggap ketinggian dimiliki mereka sebagai satu keistimewaan.
“Kamu tidak seharusnya malu tetapi perlu berbangga dengan apa yang dimiliki.
“Saya sendiri tidak ambil peduli apa yang orang sekeliling fikir tentang saya,” katanya.
Menerusi satu perkongsian video di Youtube, ibu Currin memberitahu dia menyedari anaknya itu lebih tinggi daripada mereka seusia dengannya sejak kecil lagi.
“Mungkin ada gen yang menyebabkannya mempunyai ketinggian luar biasa,” katanya.
Keunikan Currin menjadikannya terkenal di laman sosial dan sehingga kini memiliki 1.7 juta pengikut di TikTok manakala 50,000 di Instagram (IG).
Memberi Inspirasi Tak Perlu Malu
Menerus platform itu, Currin berkongsi pelbagai video untuk memberi inspirasi dan meyakinkan pengikutnya untuk yakin dengan bentuk badan mereka.
Malah, setiap video dimuat naiknya di TikTok meraih jutaan tontonan.
Difahamkan ,Currin memiliki ketinggian 208 cm, bapanya 196 cm, abangnya 193 cm manakala ibunya 170 cm.
MW: Bila kita hargai setiap kelebihan atau anugerah yang diberikan pasti hidup bertambah bahagia dan positif. Malah setiap dugaan yang datang dapat dilalui dengan mudah.
Baru-baru ini viral beberapa jenama sardin dalam tin ditarik semula penjualannya dari pasaran kerana mempunyai cacing.Memang geli dan naik loya bila memikirkan semula. Terus rasa ragu-ragu dengan tahap kebersihan dan cara pembuatannya sardin dalam tin ini.
Sebenarnya, mak-mak boleh buat sendiri je sardin di rumah. Pastinya lebih terjamin kebersihannya, bebas daripada bahan pengawet, malah lebih menjimatkan! Ialah jika dulu sardin dianggap ‘menu bajet’ dan sering jadi pilihan kerana harganya yang agak murah, namun sekarang tidak lagi. Ramai yang mengeluh kerana satu tin sardin kian mahal dan boleh tahan harganya.
Kalau dah begitu, apakata mak-mak cuba buat sendiri sardin di rumah ikut resipi ini;
Bahan-Bahan:
1 kg ikan sardin (buang kepala dan ekor)
2-3 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 inci halia (dihiris)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar
2 keping asam keping
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan Air
Sedikit garam dan perasa
Cara Membuat:
1.Tumis bawang besar, bawang putih,halia sebentar didalam periuk tekanan tinggi (presurre cooker).
2.Masukkan tomato diikuti bahan-bahan sos cili, sos tomato, cili kisar dan tomato puri, kacau sebati.
3.Masukkan air setengah cawan dan gaul rata.
4.Tambahkan garam dan perasa.
5.Masukkan ikan dan tutup periuk. Set high pressure selama 60-90 minit.Masak sardin hingga betul-betul lembut (sampai tulang ikan rapuh).
Siap!Boleh dihidang.
Info Ekstra:
1. Lepaskan ‘pressure’ perlahan-lahan dan buka penutup.
2. Sekiranya terlalu berkuah, boleh reneh sebentar (tanpa bertutup) untuk lebih memekatkan kuah.
3. Boleh dimakan terus atau dimasak semula mengikut kegemaran.
4. Letakkan dalam bekas kering dan simpan di dalam petisejuk selama sebulan atau lebih tanpa bahan pengawet.
5. Jika guna periuk biasa pun boleh cuma kena selalu kacau supaya ikan tak melekat dan kena jaga api. Guna api yang tak terlalu besar. Masa memasaknya pun lebih kurang sejam lebih bergantung kepada kuantiti ikan.
Kredit Resipi: Junaidah Bujang
Foto:Chef Sue M.Arukin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selepas fenomena ‘Curang Tanpa Niat’, kini Astro mempersembahkan drama baharu ‘Dia Imamku’ yang pastinya bakal menggegarkan emosi penonton. Menampilkan Kamal Adli dan Siti Saleha...