‘Wacky Cake’ Kek Coklat Lembap SEDAP, Senang Buat Tanpa Telur, Susu & Mentega! Sesekali tekak teringin nak makan kek coklat yang lembap, lembut dan sedap namun bahan-bahan seperti telur, susu dan mentega tiada di rumah, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang mudah!Musim cuti sekolah ni, boleh buat dengan anak-anak sekali.

Boleh cuba buat sendiri kek coklat mudah yang dikongsikan oleh Zai Nun Dasuki sebagai panduan;

Wacky Cake @ kek gila. Sangat popular jugak kek ni, dekat negeri mat saleh, kek ni lembut, lembap dan easy coklat kek. Kenapa gila kerana dibuat tanpa telur, susu atau mentega, sangat cepat dan senang disediakan.

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan minyak
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air suam
* 2 sudu kecil nescafe( ini saya letak lagi sedap)

Cara Membuat:

1.Gaul semua bahan kering, lepas tu campur dengan bahan basah. Gaul dengan sudu ke sudip ke boleh. Saya tak pakai mixer.
2. Bakar 180c /30minit.

‘Wacky Cake’ Kek Coklat Lembap SEDAP, Senang Buat Tanpa Telur, Susu & Mentega!

‘Wacky Cake’ Kek Coklat Lembap SEDAP, Senang Buat Tanpa Telur, Susu & Mentega!

IKLAN

Step by step takda, tak sempat nak ambik gambar, yang da siap je, yang ni buat muffin, nak buat style loyang pun boleh.

‘Wacky Cake’ Kek Coklat Lembap SEDAP, Senang Buat Tanpa Telur, Susu & Mentega!

 

IKLAN

‘Wacky Cake’ Kek Coklat Lembap SEDAP, Senang Buat Tanpa Telur, Susu & Mentega!

Selamat mencuba!.

Mesti Baca:Kek Coklat Cheese Sedap Lembap Adunan Sikit, Guna Loyang Kecil 4 Inci
Baca Lagi Di Sini:Basque Burnt Cheese Cake Ikut Sukatan Cawan, Lebih Sedap Dimakan Sejuk!
Artikel Menarik:Langkah Mudah Buat Kek Batik Sedap Tanpa Telur, Biskut Rangup Coklatnya Lembut!

IKLAN

Mingguan Wanita:Mudah sangat nak buat Wacky cake ni. Tak perlu letak telur, susu atau mentega pun.

Sumber: Zai Nun Dasuki

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI