Untitled design (13)

‘White Chocolate Cornflakes’ SEDAP Hanya 3 Bahan, Ratakan Nipis Dalam Loyang Biarkan Keras! Meskipun hanya guna 3 bahan, namun dengan idea kreatif yang mudah membuatkan coklat putih cornflakes ini sangat sedap. Bukan apa, kadang kala ada bahan bakeri yang tak habis, bila diolah boleh menjadi lebih menarik untuk dinikmati.

Boleh cuba resipi kreatif mudah yang dikongsikan oleh Puan Zeeda Hasain ini.

Tempoh hari saya minta adik belikan sedikit white chocolate nak buat hiasan dekat kek. Tapi dia beli satu bar yang sangat besar . Tercari-cari resipi yang boleh habiskan white chocolate ni. Tadaa muncul pula satu resepi yang sangat mudah dekat reels.

Saya guna 3 bahan sahaja:

White Chocolate Bar/Coin
Satu sudu besar butter
Cornflakes (guna yang biasa, jangan guna honey terlampau manis nanti)

Mudah sangat caranya;

1. Cairkan white chocolate dengan butter. Boleh double boil atau masuk dalam microwave.

‘White Chocolate Cornflakes’ SEDAP Hanya 3 Bahan, Ratakan Nipis Dalam Loyang Biarkan Keras!

2. Campurkan cornflakes yang telah ditumbuk/kisar/ramas kasar.

‘White Chocolate Cornflakes’ SEDAP Hanya 3 Bahan, Ratakan Nipis Dalam Loyang Biarkan Keras!

 

‘White Chocolate Cornflakes’ SEDAP Hanya 3 Bahan, Ratakan Nipis Dalam Loyang Biarkan Keras!

3. Ratakan nipis dalam loyang dan biarkan keras seketika.

‘White Chocolate Cornflakes’ SEDAP Hanya 3 Bahan, Ratakan Nipis Dalam Loyang Biarkan Keras!

Saya rasa biar diluar sahaja pun dah ok. Kalau letak dalam peti nanti macam susah sikit nak potong cantik.

‘White Chocolate Cornflakes’ SEDAP Hanya 3 Bahan, Ratakan Nipis Dalam Loyang Biarkan Keras!

Sebenarnya saya buat untuk jamuan sekolah nephew saya, tapi sebab letak dalam peti ais, tak dapat nak potong terus pagi sebelum ke sekolah..keras .

Last-last beli cookies di 7-eleven bawa ke sekolah katanya.Tapi tak apa boleh makan-makan dirumah..dah berjaya potong lepas letak luar jap.. Menarik juga dibuat as juadah raya rasanya.

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Resipi Crunchy Cornflakes Chip Super Sedap, Senang Kacau Guna Senduk!
Baca Lagi Di Sini:Spicy Salted Egg Cornflakes, Kos RM20 Dapat 3 Balang, JIMAT!
Artikel Menarik:Cornflakes Coklat, Guna Tiga Bahan. Sekali Makan Tak Nak Berhenti

Mingguan Wanita: Menarik idea ‘White Chocolate Cornflakes’ ini. Memang sedap malah hanya guna 3 bahan. Sesuai juga buat untuk raya nanti.

Sumber: Zeeda Hasain

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI