Viral suami cukur rambut tanda sokong isteri kimo, “isteri janji tak nangis tapi air matanya tumpah lepas cukur.
Rambutnya yang melebat hingga hampir mencecah punggung dipegang satu persatu. Lebih banyak yang gugur hingga nampak kulit kepalanya saat pertama kali melakukan kimoterapi.
Sakit, itulah perasaan dirasainya. Jika dahulu rambut lebat ini adalah mahkotanya tetapi kini di balik setiap ketawanya, terpendam sejuta rahsia kesakitan yang hanya dirinya fahami.
Viral Suami Botak Rambut Tanda Sokong Isteri Kimo
Inilah yang dirasai oleh Norhaliza Yahya, 47 yang videonya viral sejak semalam bila mana suaminya mengambil keputusan membotakkan kepala sebagai memberi sokongan kepada dirinya yang terpaksa mencukur rambut selepas menjalani kimoterapi kali pertama.
Video yang dikongsi di akaun Tik Tok suaminya, Erol Azis menyaksikan suaminya turut sama membotakkan kepala bagi memberi sokongan kepadanya dan masa yang sama menangis sebak telah ditonton seramai 1.8 juta orang. Banyak kata-kata semangat ditiupkan buatnya selepas disahkan mengidap kanser ovari tahap satu type C (hampir ke stage 2).
MINGGUAN WANITA telah menghubungi pasangannya, Erol Asiz atau nama sebenarnya Mohd Fairul Mohd Asiz berkongsi kisah mengenai video isterinya yang tular. Dalam perbualan kami, isterinya tidak bersama kerana sedang melakukan kimoterapi.
Beginilah keadaan Liza ketika sihat sebelum disahkan mengidap kanser rahim tahap 1 (menuju ke 2)
Jelas Erol, hari ini isterinya menjalani kimoterapi buat kali kedua dan dirinya dalam perjalanan menuju ke Institut Kanser Nasional bagi mengambil isteri kesayanganya iaitu Norhaliza Yahya, 47 tahun.
Berkongsi kisahnya dengan lebih lanjut, jelas Erol sekitar awal tahun ini isterinya ada mengadu sakit perut dan terasa ada benjolan di bahagian tepi perut.
“Makin lama benjolan makin besar. Sebesar penutup botol. Masa kami ke klinik, doktor buat surat rujukan pergi ke pakar. Tapi lebih kurang 10 hari sebelum temujanji itu, benjolan itu pecah.
“Saya bawa isteri ke Columbia Hospital dan isteri segera jalani pembedahan. Selepas dua minggu, pihak hospital menelefon memaklumkan sampel yang diambil menunjukkan symptom kanser.
“Isteri sangat terperanjat mendengar hal ini. Ia satu ujiat buat kami kerana tiada ahli keluarganya didiagnos kanser. Doktor kemudian merujuk kes isteri ke IKN dan dari sini, baru tahu isteri mengidap kanser ovari tahap satu menuju ke stage 2. Isteri kemudian diberi pilihan sama ada buang rahim atau menjalani kimoterapi.
Ads
“Tapi disebabkan mendengar kimoterapi sakit dan lain-lain masalah, isteri mengambil keputusan membuang rahimnya dengan harapan kanser ini menghilang,”kata Erol ketika dihubungi.
Tambah bapa kepada 7 anak berusia 17-7 tahun ini (dari hasil perkahwinannya dan isteri sebelum ini), Erol memaklumkan walau rahim sudah dibuang tetapi semasa pembedahan itu, doktor berjaya mengesan satu lagi ketumbuhan di dinding usus yang tidak boleh dibuang begitu saja sebaliknya perlu makan ubat untuk mengecutkannya.
“Ambil masa juga, sekitar 4-5 bulan tapi malangnya isteri terus rasa sakit. Bila dirujuk ke hospital, katanya perlu jalani kimoterapi untuk mematikan ketumbuhan tersebut,” jelasnya yang berniaga pakaian terpakai.
Videonya membotakkan rambut bagi menyokong isteri tercinta menjadi viral dan ditonton seramai 1.8 juta orang.
“Isteri Janji Tak Nangis Tapi Air Matanya Tumpah Lepas Cukur
Rambut isteri panjang hampir ke punggung
Di sebalik mahkota Wanita ini, Erol menjelaskan rambut isterinya panjang melebat hingga hampir mencecah punggung.
“Tapi kali pertama buat kimoterapi rambutnya gugur dengan sangat banyak hingga nampak kulit kepala. Isteri kerap menangis dan kemurungan tentang ini selain kesakitan dilaluinya semasa kimo.
Ads
“Akhirnya isteri nekad untuk membotakkan rambutnya. Saya kata boleh dan saya siap berpesan, janji tak nangis lepas cukur. Tapi air matanya tumpah bila tengok rambutnya sudah tiada. Saya pula memang tak boleh tengok isteri menangis. Rasa nak bersama-sama menangis. Akhirnya saya ambil keputusan mencukur rambut bagi memberi sokongan kepada isteri,” katanya sama sekali tidak menyangka videonya ditonton seramai 1.7 juta orang itu.
Sejak sakit isteri agak sensitive
Tidak dinafikan, sejak mengidap kanser, isterinya kerap merajuk, sensitif dan mudah marah.
“Ada kalanya sampai tak bercakap tapi saya faham apa dirasai isteri. Kadang bila dirinya mulai marah, saya ajak jalan keluar makan-makan angin. Sayang kepadanya melebih apa yang isteri rasanya. Benarlah kata orang, bila isteri sakit, suami perlu mainkan peranan penting dalam memberi sokongan.
“Sebab itulah saya cukur kepala agar kami dapat merasai “kesakitan” ini,”katanya yang memaklumkan anak-anak belum memahami sepenuhnya ujian dihadapi ibu mereka kerana selepas video itu tular, mereka bertanya kenapa ayah dan ibu menangis.
Jelas peniaga ini lagi, apa yang membuatkan dirinya berasa bangga bila mana ramai pejuang-pejuang kanser yang menghubungi isterinya memberikan kata-kata semangat untuk melawan penyakit ini dan isteri juga menerimanya dengan positif untuk melawan kanser ini.
Ads
Didoakan agar mereka yang diuji dengan kanser cepat sembuh dan kembali sihat seperti sebelumnya, aamiin.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita dengar jeritan suara dari kubur, “saya akui gementar & takut sepanjang balik ke rumah. Tular di media sosial, seorang wanita, Najaw Mat Rasid berkongsi mendengar bunyi aneh di tanah perkuburan ketika menziarahi kubur emaknya baru ini.
Mengakui tidak hanya dirinya yang mendengar jeritan aneh itu tetapi juga kakak serta anaknya.
Wanita Dengar Jeritan Suara Dari Kubur
Memetik laporan Harian Metro, dirinya mengakui gementar dan takut sepanjang perjalanan pulang ke rumah kerana teringat apa yang didengarinya.
“Saya akui takut dan gementar sepanjang balik ke rumah.Bunyinya agak aneh”katanya.
Saat menceritakan kembali kejadian itu, dia mengakui bunyinya agak aneh, seolah suara jerita manusia di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab Luar.
Menurutnya, suara itu didengari pada waktu petang dan menghampiri senja, malah ketika itu dia hendak pulang ke rumah selepas menziarahi pusara ibunya.
“Saya Akui Gementar & Takut Sepanjang Balik Ke Rumah”
“Saya tidak berseorangan ke sana kerana bersama kakak serta anak kami. Ketika nak ke pagar kubur, saya dikejutkan dengan suara jeritan itu… ia tidaklah kuat… sayup saja.
“Bagi mendapat kepastian, saya tanya kakak dan dia (kakak) juga dengar suara itu,” katanya.
Menurut Najwa, dia sempat merakam video suasana tanah perkuburan ketika mendengar suara berkenaan.
Katanya, video itu dirakam untuk simpanan dan dikongsikan di TikTok baru-baru ini untuk melihat reaksi orang ramai selain pandangan mereka selepas menontonnya.
“Antara komen diterima adalah daripada mereka yang tinggal berdekatan tanah perkuburan, yang mengatakan pernah dengar suara seolah jeritan manusia, tak lama selepas jenazah dikebumikan.
“Ada juga yang tidak percaya dan kata mungkin betul apa saya dengar itu atau mungkin juga bukan suara manusia tapi haiwan.
“Terpulang kepada tafsiran mereka yang menonton, cuma secara peribadi, saya jadikan apa yang berlaku itu sebagai peringatan untuk lebih mengingati kematian,” katanya yang mana videonya menjadi viral di media sosial.
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dah nak raya ni selain hidangan wajib, ketupat, rendang dan kuih muih, kek juga antara yang menjadi pilihan penyeri di meja makan. Kek Milo 3 bahan ni antara kek paling senang yang mak-mak boleh buat, hanya guna tiga bahan je iaitu telur, milo dan susu pekat sebagai bahan utama. Menariknya ‘kek’ ini tak perlu guna tepung pun, tapi rasa nya sedap dan ‘chewy’ macam brownies!
Selepas lebih 30 jam ghaib, syukur remaja hilang dalam semak selamat ditemui. Mujur tiada perkara yang buruk menimpa remaja ini kerana tempoh 30 jam bukan satu tempoh yang singkat.
Tentu saja ahli keluarga remaja ini bersyukur tidak terhingga apabila anak yang dicari ditemui selamat. Alhamdulillah.
Selepas Lebih 30 Jam “Ghaib”
Seorang remaja lelaki yang dipercayai ‘ghaib’ selepas membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi ditemui selamat petang tadi selepas lebih 30 jam hilang.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, 13, ditemui pada pukul 5.30 petang dalam keadaan lemah kira-kira dua kilometer dari rumahnya.
Katanya, penduduk kampung menemui mangsa berhampiran sebuah jambatan di kampung itu selepas usaha mencari dilakukan pagi tadi.
“Mangsa ditemui lengkap memakai baju kemeja-t lengan pendek berwarna merah berlogo Mickey Mouse dan berseluar pendek warna hitam.
“Mangsa sudah diserahkan kepada ahli keluarga. Selain itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terus ditamatkan,” katanya.
Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang remaja lelaki tingkatan satu dilaporkan hilang selepas membuang air kecil di sebalik kawasan semak berhampiran rumahnya di Kampung Pasir Linggi di sini kelmarin.
Choon Foo berkata, mangsa, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Kuala Krai dipercayai keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam sebelum ibunya menyedari remaja itu tidak pulang kira-kira pukul 3 pagi semalam.
Katanya, sebelum itu mangsa dikatakan melepak bersama dua rakan baiknya di hadapan rumah sambil bermain telefon bimbit.
Mingguan Wanita : Remaja ini ditemui kebingungan selepas lebih 30 jam hilang. Entah ke manalah dia menghilang.
Salah seorang daripada tiga bayi kembar perempuan dilahirkan pramatang di Hospital Melaka berada dalam keadaan membimbangkan. Ketahui perkembangan terkini bayi kembar tiga pramatang kepada pasangan Mohd Fikry Amri dan Sabrina Hakiem.