Ustaz Don ajar bacaan mudah tahnikkan anak, mak ayah boleh buat sendiri. Ramai di kalangan ibu bapa sering bertemu orang-orang alim meminta ditahnikkan anak mereka yang baru lahir.
Ia sempena mengambil keberkatan. Tahnik atau dalam bahasa mudahnya ialah membelah mulut bayi yang merupakan satu amalan sunnah Nabi saw yang sunat dikerjakan ketika seseorang anak itu baru lahir.
Jika menurut kebiasaannya mak ayah mencari orang-orang alim untuk mentahnikkan bayi mereka yang baru lahir, tapi sebenarnya lebih afdal sekiranya mak ayah yang melakukannya sendiri.
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang mempunyai empat orang anak lelaki hasil perkahwinan bersama isteri, Husna Mohd Zahry ada berkongsi bacaan mudah saat mentahnikkan anak baru lahir di instagramnya @ddaniyaldbiyajid sebagai panduan untuk kita semua.
Sayyidina Abu Musa al-Asy’ari menceritakan,
“Aku telah mendapat seorang anak lelaki, lalu aku membawanya kehadapan Nabi Muhammad ﷺ. Baginda ﷺ menamakannya dengan Ibrahim dan mentahnik (belah mulut) nya dengan sebiji kurma”. HR Imam Muslim
Kawan2, Berdasarkan hadis ni, sunnah bertahnik. Kaedah atau kaifiat saja berbeza.
Banyak kaedah tahnik ini. Maksudnya nak baca apa, nak mula mana dulu. Banyak dan semua betui إنْ شَآء الله. Apa yang saya buat ialah hasil dari perkongsian :-
1) Al-Marhun TG Dato Haron Din (saya tengok depan mata)
2) TG Ustaz Taufik Mat Husin FB : https://www.facebook.com/taufik.husin.35 (Saya call minta pandangan. Ni masa belajaq dulu la. Lama dah)
Ads
3) Habib Ali Zainal Abidin @habibalizaenalalhamid (Saya tengok depan mata dan Habib siap ulang habaq lagi)
4) Ustaz Muhadir Hj Joll
Jadi, dalam video ni saya buat, kawan-kawan boleh buat jugak.
Step 1 Sediakan kurma (ajwah terbaik) dan air zamzam (dapat macam dalam botoi eyemore tu syempoi. Tapi jangan silap pergi sumbat eyemore. Jahanam anak bang)
Step 2 Istighfar (agar Allah ampun dosa kita (bapak), dan nanit nk doa, mudah Allah kabul)
Step 3 Mula dengan Al-Fatihah
Step 4 Ayat Kursi (boleh mula بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم atau teruih baca saja. Betui dua-dua)
Ads
Step 5 -Selawat Syifa -Selawat Kamilah (nanti dengaq dalam video na)
Step 7 Amik Kurma. Kunyah-kunyah sampai lebik. Amik dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecik sikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut baby. Nanti tengok video macam mana nak masukkan dalam mulut anak na. Kena ada skill. Hahahahha.
Step 8 Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 3 Surah Ali Imran
Step 9 Cabut jari. Suap air zam-zam. Bacakan doa yang saya baca. Itu dari Arwah TG Dato Haron Din. Doa tu dalam video.
Step 10 Baca Doa. Bab ni boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang Bapak mendoakan anaknya.
Doalah dengan penuh – ikhlas – tawadhuq – berharap Allah dengaq dan perkenankan – sungguh-sungguh.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
Ads
Semoga Allah menerima perkongsian ini sebagai ganjaran kita & kebajikan kita.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meminjam duit, memang suatu perkara yang agak memalukan, lebih-lebih lagi bila nak berhutang dengan ahli keluarga atau kawan sekalipun. Itu pun bila sudah terdesak dan tak mampu berbuat apa-apa.
Sesetengah orang, hilang rasa malu bila nak meminjam duit, demi untuk kelangsungan hidup. Tapi, bila dah pinjam, janganlah terlalu lama. Ada duit lebih bayarlah hutang. Kadang-kadang orang yang bagi pinjam duit tidak sampai hati untuk minta bayar balik.
Kadang-kadang, kita yang beri hutang pun tak kisah untuk orang yang meminjam duit nak bayar bila-bila. Tapi janganlah sampai buat-buat lupa. Tak kiralah hutang banyak mana sekalipun, waima RM1 pun wajib kita bayar.
Boleh dikatakan kalau bab berhutang ini menyebabkan hilang kawan atau mungkin putus saudara. Semuanya gara-gara berhutang atau meminjam duit.
Kalau dah niat berhutang, kenalah bayar, jangan sampai orang yang beri pinjam duit itu seperti mengemis untuk minta duit sendiri. Seperti yang dikongsikan oleh Aziz Mohd ini. Moga ia memberi panduan buat semua.
Sekitar 4 tahun lalu, sahabat saya meminjam duit, tidak banyak sekitar RM1000.. Dengan alasan untuk mengubati anaknya dan berjanji akan dibayar bila dapat gaji.
Saya berikan dengan niat menolong. Sebulan kemudian, bila tiba waktu gaji, saya menunggu dengan harapan sahabat saya akan melunasinya.
Bulan pertama tak ada khabar hinggalah bulan ketiga. Sampai suatu saat, saya melihatnya menggunakan motor baru dan baru sahaja selesai membeli belah di sebuat pasar raya. Saya nampak, banyak barang keperluan yang dibelanjakan.
Keesokan harinya, saya cuba hubungi dengan niat bertanyakan khabar. Namun, telefon saya tidak di angkat. Saya wassap tetap tidak dibalas.
Hinggalah 5 hari kemudian. Ketika berada di satu tempat, dengan tidak sengaja berjumpa dengannya.
Seperti biasa, saya bertanyakan kabar dan akhirnya bertanya.
“Bro, aku nk guna duitlah, boleh tak bayar hutang aku,”
Dengan lemah lembut dan penuh senyuman. Namun, dia membentak saya dengan kasar sambil berkata:
“KALAU AKU ADA DUIT, AKU SUDAH BAYARLAH.. TAK PERCAYA SANGAT”
lalu dia berlalu pergi.
Sekitar 2 minggu kemudian, saya ke tempat kerja dan tak sengaja melihat dia sedang mengeluarkan duit dari mesin ATM dan duit yang dikeluarkan itu agak bantyak.
Sudah banyak kali saya melihat kehidupannya yang mewah tatapi tidak pula mampu untuk membayar hutang.
Sehingga sekarang, sudah 4 tahun lebih, saya pun sudah tidak berharap hutang itu akan dibayar. Sebabnya, setiap kali saya hubunginya, tidak ada jawapan dan dia selalu menggelak.
Saat itu, saya seperti pengemis yang meminta minta duit saya sendiri…
Jangan Kecewakan Orang
Saya hanya ingin semua yang pernah berhutang agar segeralah membayarnya. Ini kerana kekecewaan orang yang kita hutang itu sama seperti apa yang saya alami. Sentiasa menunda-nunda untuk membayar hutang.
Hiduplah dengan apa yang kalian miliki dan jangan memaksakan diri meraih kemewahan dengan cara menyusahkan orang lain.
SEDERHANA dengan HORMAT…
Jauh lebih MULIA…
Dari KEMEWAHAN sebuah PINJAMAN..
MW: Sebolehnya kita mahu menolong orang tapi kalau sudah terkena seperti ini, rasa serik pula untuk bagi hutang pada orang.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Hukum suami isteri berkongsi gambar/video bercumbu di media sosial. Apakah hukum sekiranya suami dan isteri bercumbu di khalayak ramai dan media sosial bagi menzahirkan kemesraan mereka?
Sejak kebelakangan ini semakin ramai suami isteri tanpa segan silu berkongsi gambar dan juga video bermesraan dengan pasangan masing-masing. Mungkin ada yang kata, “halah, tak apalah, bukan orang lain, suami dia sendiri, isteri dia sendiri,….”Persoalannya bolehkah sebenarnya kemesraan ini ‘dikongsi’ secara terbuka?
Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan. Ia adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki. Justeru, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa.
Walaubagaimanapun, Islam amat memberi perhatian terhadap isu kehormatan dan maruah suami dan isteri. Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: “Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang dari iman.” (Riwayat Muslim, no. 35)
Rasa malu menurut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah: “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya dari kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya.”
Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai. (Lihat Minhaj al-Talibin, m. 345)
Justeru, perbuatan suami isteri bercumbu hendaklah dielakkan di khalayak umum dan juga di media sosial kerana ia bukannya akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini.
Sabda Nabi SAW:
الحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلَّا بِخَيْرٍ
Maksudnya: ”Sesungguhnya sifat malu tidaklah mendatangkan apa-apa kecuali hanya kebaikan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6117)
Semoga kita semua berusaha menzahirkan akhlak dan adab yang mulia dalam kehidupan kita.
Ada benarnya setiap orang akan diberikan ujian yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuan mereka. Setiap ujian yang diberikan pula tak sama. Sama ada kita perasan atau tidak, seringkali kita duji dengan benda yang paling kita lemah. Ia untuk menguji keimanan kita untuk terus taat pada setiap perintah dan suruhannya.
Mungkin, ada sahabat ni, bab tutup aurat ni dia memang dah sempurna, pakai tudung labuh semua. Tapi, jangan sesekali ingat diri dia dah sempurna.Mungkin dia tak lemah bab aurat. Tapi, dia lemah bab “REDHA”. Maka di situ Allah uji, anak sakit, diri sakit, ipar duai problem, suami problem. Ujian ini pula datangnya berkali-kali pula.Ye, selagi dia belum BELAJAR REDHA.
Mungkin, ada sahabat ni, bab tutup aurat ni dia juga sempurna, pakai tudung labuh semua. Tapi, belum tentu semuanya dah sempurna. Mungkin dia tak lemah bab aurat. Tapi, dia lemah bab “BERBAHASA”. Bicaranya sering membuatkan insan sekeliling TERLUKA dan menjeruk rasa. Maka mungkin atas sebab itu dia diuji, sakit yang berulang-ulang, rumahtangga dirasakan tidak bahagia, sedih..resah gelisah.
Bersihkan Hati Dengan Zikir Dan Al quran
Sungguhpun kifarah itu penghapus dosa dan menaikkan darjat, tapi dosa yang sama jangan diulang lagi. Sahabat, apa yang diucap itu cerminan hati. Bersihkan hati dengan zikir dan al quran. InsyaAllah lidah terpelihara..hidup lebih sejahtera.
Mungkin, ada sahabat ni, bab akhlak semua dia okay. Akhlak baik, sopan, peramah.Tapi, bab tutup aurat pula dia lemah. Maka di situ Allah uji bila perhiasan dunia ini dinampakkan indah di matanya. Bertudung tapi pakai baju nampak bentuk badan…Bertudung tapi kadang-kadang pakai baju lengan pendek. Bertudung… tapi sering aurat lain terbuka.
Sayangnyaaaa….akhlak yang dah cantik itu tidak didakapi syariat Allah sepenuhnya. Semoga dia sedar, seindah perhiasan adalah wanita solehah. Semoga dalam ketetapan takdirnya dia akhirnya berubah menjadi wanita yang dicemburui bidadari syurga.
Saya yang bercakap ni pun takde lah sempurna mana. Saya juga ada kelemahan. Ada aib yang Allah tutup.
Tapi saya sedar, setiap orang ada kelemahan masing-masing. At one point, kita jangan rasa diri kita hebat dengan sesuatu perkara dan merendahkan orang lain. Kita mampu buat perkara tu kerana ITU bukan kelemahan kita!
Ingat, Allah akan uji kita dengan benda yang paling KITA LEMAH.
Saya sering berdoa dan mengharapkan, agar apa yang saya selalu sampaikan pada orang lain dapat saya amalkan dan perbetulkan diri.
Dan saya sangat-sangat berdoa dan mengharapkan, agar saya tidak diuji dengan kesempatan untuk dapat melakukan maksiat walaupun tanpa pengetahuan orang lain.
CikguShainiRazali
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Banyakkan berdoa agar kita diberikan kekuatan dan berjaya menangani setiap ujian yang diberikan.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...