Tya ingat pesan ibu. Sememangnya dalam mengecapi kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah.
Berada di tahap hari ini, pelakon cantik yang juga menantu kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza ini akui banyak yang perlu ditempuhi.
Setiap detik dalam kehidupannya adalah pelajaran perjalanan sebenar yang dilalui.
Pelakon wanita yang berasal dari Indonesia kini bergelar usahawan terkenal yang juga pemilik nama sebenar sebenar Nurtria Wulandari ini pernah berkongsi di akaun Instagramnya tentang pelajaran hidup.
Malah isteri kepada Asyraf Khalid ini juga sentiasa mengingati kata-kata nasihat dari ibu tercinta agar sentiasa berjuang dalam hidup walau apa yang ditempuhi.
“Pelajaran hidup adalah bermula dari perjalanan sebenar yang dilalui.
“Sama seperti ibu, yang telah diajar nenek kamu menjalani hidup dengan melihat dan merasai sebenar kehidupan.
“Bahwa hidup ini kita harus sentiasa berjuang, tak kisah kita berada dimana hari ini.
“Kelak kamu akan belajar dari hari ini, Nak,” kongsi Tya.
Walaupun dirinya bergelar Pengasas Jamu Mutyara namun Tya tidak kisah dan bersikap rendah diri dengan membuat kejutan terhadap pelanggan produknya,.
Tya sendiri yang turun padang membuat penghantaran secara bayaran tunai atau ‘cash on delivery’ (COD).
“Memang seperti video yang ditularkan di TikTok, saya ada buat kejutan COD kepada pelanggan.
“Kenapa saya buat, sebab saya sudah lima tahun berniaga produk ini, banyak sebenarnya wanita yang amalkan produk ini dan menyokong saya.
“Saya bersama pasukan dan apa yang saya buat ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka.
Ads
“Sejujurnya, apabila sesekali dapat turun padang saya gembira dan sebak juga.
“Apatah lagi dapat mendengar secara langsung maklum balas mereka selepas mengamalkan jamu yang mana membantu menyelesaikan masalah dalaman mereka.
“Saya datang pun secara ‘random’ saja. Saya turun berjumpa sendiri mereka sebagai tanda penghargaan saya atas sokongan dan kesetiaan mereka,” kongsinya.
Paling membahagiakan Tya juga berkongsi momen di mana dia dapat membantu golongan ibu yang punya masalah kering susu badan dan juga wanita yang punya masalah kesihatan.
“Sudah tentu saya gembira bila ada pelanggan wanita yang selepas mengamalkan produk ini menambahkan lagi air susu.
Ads
“Begitu juga dengan seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun yang mengalami masalah kesukaran berjalan. Tetapi selepas amalkan jamu ini dah boleh aktif semula termasuk buat kerja-kerja rumah.
“Rasa tak puas sebenarnya berjumpa pelanggan dan berborak dengan mereka.
“Hinggakan ramai juga komen suruh saya datang ke rumah dan tempat mereka pula. InsyaAllah,” sambungnya.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Di saat ramai manusia yang semakin terhakis sikap kejujuran dan gemar mengambil kesempatan, siapa sangka dompet yang mengandung sejumlah wang tunai, dokumen penting yang disangka hilang tak dapat ditemui, selamat dipulangkan kembali.
Sungguh memiliki sikap terpuji dalam diri apabila gadis jujur Salina Sadik ini bertanggungjawab memulangkan semula dompet yang dijumpai menerusi kiriman bungkusan pos kepada alamat pemiliknya tanpa mengira agama dan bangsa.
Perkara ini dikongsikan oleh Traj TJ yang kehilangan dompetnya baru-baru ini.
Saya kehilangan dompet saya pada 3hb Okt. Saya berasa terkilan bukan kerana wang & kad di dalamnya, namun dompet itu sendiri mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.
Beberapa hari lalu, bungkusan telah dihantar ke rumah saya dan saya hanya sempat membukanya selepas 2 hari. Dan yang membuatkan saya terkejut, ia adalah dompet saya yang hilang!
Setiap benda berada di tempat yang sama seperti sebelum saya kehilangan dompet. Ia ditemui oleh seorang yang sangat baik hati kerana dia membelanjakan wangnya sendiri untuk memulangkan dompet tersebut menerusi pos kepada saya & juga dia memastikan bahawa saya menerimanya!!
Kemanusiaan masih wujud! Satu dalam sejuta manusia! Tiada perbuatan baik yang pernah disia-siakan.
Mingguan Wanita:Tahniah Cik Salina Sadik bersikap jujur dengan memulangkan kembali dompet yang dijumpai kepada pemiliknya.Semoga ramai lagi orang yang mencontohi sikap terpuji ini.
Semua orang boleh berniaga, tetapi tidak semua mampu mempertahan dan mengendalikan perniagaan yang menguntungkan saban tahun, dapat pula berkongsi rezeki dengan orang lain dan melahirkan ramai usahawan baharu.
Hari ini kita menyaksikan ramai usahawan Melayu yang dahulunya bukan siapa-siapa kini memiliki empayar perniagaan hebat setanding dengan usahawan bangsa Cina yang cukup handal dalam perniagaan.
Siapa tidak kenal jenama Chocodap’s, Faith Fleur, Masak-Masak Cekyana, Teh Ais Pyorr , Anggun Cotton Collection dan banyak lagi jenama tempatan lain. Acapkali kita mendengar iklan mereka di radio atau melihat di kaca televisyen, media sosial dan billboard.
Jutawan Milennial Agresif
Mereka ini adalah barisan usahawan millennial yang mempunyai pendekatan agresif dalam mengembangkan perniagaan. Dan hasilnya memang ramai yang telah mancapai taraf jutawan pada usia muda.
Kita yang melihat tumpang gembira dan berbangga namun hanya mereka dan keluarga terdekat sahaja yang tahu susah senang untuk mendaki puncak kejayaan. Ia bukan dicipta sehari dua sambil goyang kaki. Tentu banyak pengalaman berharga mereka kutip sepanjang pendakian.
Apa rahsia mereka? Apa yang mereka lakukan? Apa ilmu-ilmu yang diamalkan? Siapa yang susah senang bersama mereka? Apa dugaan dan keperitan yang dilalui? Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021, Jam 2 petang – 6 petang secara virtual.
Penganjuran julung kali ini menghimpunkan beberapa nama besar dalam dunia perniagaan bisnes viral. Mereka yang asalnya hanyalah manusia biasa tetapi mempunyai keazaman tinggi untuk ubah taraf hidup agar maju, kaya dan berjaya.
Pernah kah kita terfikir bahawa, dengan hanya berniaga minuman teh ais boleh menjana pendapatan ratusan ribu sebulan? Yang tidak terbayangkan itu lah telah direalisasikan oleh Muhamad Amle Rusbadrol, 37 pengasas Teh Ais Pyorr telah bertapak kukuh sebagai satu jenama minuman popular hari ini setelah berada di pasaran pada 2017. Anak kelahiran Teluk Intan, Perak ini, nekad bersama isteri berhenti kerja dan beniaga air di tapak pasar malam semata-mata untuk melangsaikan hutang yang menimbun.
Perniagaan menjual teh ais diusahakan mendapat sambutan luar biasa dan kini, dia sudah mampu tersenyum lebar apabila perniagaan kecil-kecilan berkembang maju dan mempunyai ramai peniaga kecil bernaung di bawah jenama Teh Ais Pyorr. Bukan sahaja dia mengembangkan bisnes namun dalam masa sama mencipta laluan rezeki kepada orang lain.
Dan sesungguhnya ini lah juga kunci keberkatan dalam perniagaan para CEO dan pengasas Chocodap’s, Masak-masak Cekyana yang terkenal dengan oden viral, Faith Fleur jenama penjagaan rambut wanita dan Anggun Cotton Collection jenama pakaian wanita daripada kain kapas premium pada harga mampu milik yang akan bersama-sama berkongsi pengalaman dalam Webinar Eksklusif CEO Bisnes Viral anjuran Mingguan Wanita.
Antara CEO dan pengasas bisnes viral yang akan berkongsi pengalaman menarik dan rahsia kejayaan mereka ialah ;
Encik Muhamad Amle Rusbadrol, pengasas Teh Ais Pyorr
Cekyana pengasas Masak-masak Cekyana
Encik Farhan Zainuddin, Ketua Eksekutif dan Pengasas Bersama Chocodap’s
Puan May Sarah, Pengasas Chocodap’s
Puan Noraini Hanipah dan puan Norafizah Hanipah, dua adik-beradik yang mengasaskan Anggun Cotton Collection
Puan Siti Mariam Abd. Samad, Pengasas Faith Fleur
Setiap mereka mempunyai kisah suka duka tersendiri. Namun mereka berkongsi prinsip perjuangan yang sama iaitu istiqomah untuk terus maju. Webinar turut dimeriahkan dengan kehadiran pengacara bersama iaitu Coach Zul dan Master Noorul, pengasas bersama IQP Solution yang telah berjaya melatih lebih 25,000 usahawan online.
Yuran penyertaan hanyalah RM25 bagi memberi peluang lebih ramai peserta mengenali mereka lebih dekat. Selain itu, peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah tajaan para CEO yang menyertai webinar ini. Dengarkan secara eksklusif perjalanan dan pengalaman hidup dan perniagaan mereka.
Daftar segera ke webinar ini. Perkongsian yang sangat berharga dan tidak ternilai dan eksklusif. Untuk pertanyaan sila hubungi sekretariat : 0196328758
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita :https://t.me/bangkitwanitaMW
Pelakon berbakat, Elisya Sandha, mengumumkan berita gembira beliau kini hamil anak kedua. Perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi laman media sosialnya, diiringi video penuh kasih bersama suami, Uzair Haqimy, serta anak sulung mereka, Bunga Elhaq.
Elisya, yang sering mencuri perhatian dengan watak-watak emosional dalam drama tempatan, menyatakan rasa syukur dan teruja dengan rezeki terbaru ini.
“Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah for another biggest Rizq in life ❤️ terima kasih atas doa kalian , @bungaelhaq nak jadi kakak dah” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Berita ini disambut dengan ucapan tahniah dan doa daripada peminat serta rakan selebriti, yang tidak sabar untuk melihat Elisya memikul sekali lagi peranan sebagai ibu kepada dua cahayamata.ucapan tahniah turut dikongsi oleh ibu mentua Elisya, Sheila Rusly yang memanjatkan rasa syukur di atas kurniaan ini.
Bagi Elisya, pengalaman menjadi ibu kepada Bunga Elhaq telah banyak mengubah perspektif hidupnya, menjadikannya lebih matang dan penyayang. Malah Elisya mengakui persoalan menambah zuriat pernah diajukan oleh ibu mentuanya dan ternyata doa ibu mentuanya dimakbulkan untuk menimang zuriat kedua tahun hadapan.
Uzair Haqimy Azman, suami kepada Elisya dan anak lelaki kepada penerbit terkenal Sheila Rusly, turut meluahkan rasa syukur atas berita bahagia ini. Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2021, sememangnya sering mendapat perhatian ramai kerana hubungan yang harmoni dan penuh kasih sayang.
Semoga perjalanan kehamilan kedua Elisya berjalan lancar dan keluarga kecil ini terus diberkati dengan kebahagiaan dan rezeki yang melimpah.
JAIP sahkan pernikahan Uqasha & Kamal Adli sah menurut syarak selepas pasangan selebriti itu dinikahkan secara rasmi pada 4 November 2021 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.