anak anda tak merangkak

Biasanya bila bayi masuk usia 7 ke 10 bulan. Masa inilah mereka lalui detik perkembangan seorang bayi. Jika bayi anda tak melalui fasa merangkak dengan lengkap, dia sebenarnya kerugian 4 manfaat ini. Jangan tak tahu, kerana kegagalan melalui fasa inilah boleh buat anak hadapi masalah pembelajaran kelak.

Ikuti panduan dari perkongsian Puan Sery Shari ketika beliau mengikuti seminar bersama Puan Mahfuzah Zainol di Bangi beberapa bulan lepas.

‘Topup’ Untuk Anak Yang Terlepas Fasa Merangkak, Tak Payah Risau Sebab 7 Tip Ini Cukup Membantu

Pastikan Anak Anda Melalui Fasa Merangkak

Sedikit perkongsian saya utk ibu-ibu yang punyai anak masa kecil. Secara tak langsung, ada juga dibangkitkan sedikit topik ini semasa di seminar Eh Sabar bersama Pn Maznah di PPAS dulu.

“Anak saya merangkak tapi sekejap je” Inilah yang buat kebanyakan anak-anak sekarang ada masalah pembelajaran di masa akan datang.

Bukan masalah pembelajaran sahaja, perkembangan motor kasar dan motor halus juga boleh terbantut. Sebenarnya dalam aktiviti merangkak, banyak yang bayi boleh belajar termasuklah:

1. Deria Sentuhan (Tactile)

Apabila merangkak, bayi akan peka dengan segala benda-benda kecil di lantai dan akan cuba kutip habuk, cebisan kertas ataupun rambut. Kebanyakan mak ayah akan marah kalau nampak anak mengutip.

“Eh, eh jangan kutip, kotor,” tapi tak gantikan dengan benda selamat.

Tak perlu terlalu menjaga sampai anak tak develop habis deria sentuhan. Rangsangan deria sentuhan ini boleh diganti dengan main bersama anak sambil kutip bola-bola kapas semasa merangkak.

Tapi jangan terlepas pandang, takut si baby dah masukkan something dalam mulut. Deria sentuhan ini sangat penting untuk skill motor halus seperti memakai butang, zip, menulis, menjahit dan sebagainya.

2. Deria Sendi ( Propioception)

Melalui merangkak, anak akan belajar mengenal anggota badan sendiri terutamanya di tapak tangan. Sebabnya bila merangkak, akan ada “deep pressure” di tangan dan jari-jari yang penting untuk aktiviti menulis nanti.

Aktiviti menulis memerlukan anak memberikan tekanan yang betul di atas kertas, tak boleh terlalu menekan dan tidak terlalu menekan semasa menulis.

Kesan jangka panjang, selalunya tulisan anak akan tak berapa cantik, kerap lenguh dan penat semasa menulis dan tak pandai mengagak tekanan menulis pada kertas (tak nampak tulisan atau tulisan tembus di belakang).

Apabila tangan mudah lenguh semasa menulis, anak akan mengalami masalah menyalin nota atau menyiapkan kerja sekolah seterusnya stress untuk belajar.

Itulah yang berlaku pada QiffZara sekarang. Jadi jangan lakukan kesilapan yang sama macam saya. Please alert untuk anak lebih cepat merangkak. Merangkaklah berapa lama tak kisah dan itu yang lebih baik.

Sebagaimana saya sehingga sekarang pun saya paksa Qiff merangkak jika bermain sebab kesian Qiff; dia tak melalui proses merangkak langsung (maybe atas faktor hati dan limpanya yang besar tika itu dan sakit sebab tak dapat detect lagi dia sakit apa pada masa tu dan satu sebab lagi dari segi fizikal nampak perut dia besar.

Dia melalui proses mengesot selama 2 tahun.. Allahu betapa sedihnya saya dgn ketidak pandaian dan kekurangan ilmu pada masa itu). Ingat ya jangan lakukan kesilapan saya yang sama.

3. Deria Penglihatan (Visual)

Bayi yang baru lahir akan nampak semua samar-samar, tetapi lama kelamaan bayi akan belajar untuk fokus (visual tracking). Selepas itu, barulah bayi belajar untuk menguatkan tengkuk (head control).

Ada mak ayah yang biarkan sahaja anak baring sampailah dia belajar sendiri berguling dan meniarap. Sebenarnya salah, mak ayah yang kena bantu anak untuk kuatkan otot tengkuk seawal bayi dalam pantang.

Kerapkan “tummy time” Sebabnya posisi meniarap macam superman dan merangkak dengan kepala bayi mendongak ke atas sangat penting untuk aktiviti pembelajaran di masa akan datang.

Sebab itu kita boleh lihat, ada anak yang cepat penat bila duduk di atas kerusi, baru duduk sekejap dah baring di atas meja, duduk senget bersandar di kerusi dan dinding, tak dapat nak fokus pandang papan putih untuk menyalin karangan.

Akhirnya lagi sekali, anak hilang minat belajar, sebab apa? Sebab otot penting di belakang badan dan leher tak develop habis disebabkan skip merangkak.

4. Awareness Of Two Sides Of Body

Bila merangkak, bayi akan belajar gerakkan kaki kanan dan tangan kiri, kaki kiri dan tangan kanan untuk kehadapan. Aktiviti ini secara tak langsung akan hubungkan otak kanan dan kiri yang sangat penting dalam skip motor kasar.

Bila skip merangkak, anak akan cenderung untuk duduk bentuk “W” dan seterusnya ada masalah mengenal pasti kiri dan kanan.

Sebenarnya ada banyak lagi komponen penting terlibat semasa merangkak, tapi yang saya kongsikan ini yang paling utama. Untuk tahun pertama bayi, semua rangsangan sensori sangat penting untuk perkembangan otak.

Kalau kita tak gunakan setahun awal ini dengan baik, mungkin akan mengganggu tumbesan anak tak kiralah dari segi fizikal, akademik ataupun emosi.

‘Topup’ Untuk Anak Yang Terlepas Fasa Merangkak, Tak Payah Risau Sebab 7 Tip Ini Cukup Membantu

Jika Terlepas Fasa Merangkak, Mak Ayah Lakukan 7 Tip Ini

Purata anak mula merangkak adalah semasa umur 7-10 bulan dan mula berjalan pada umur 13 bulan.

Sekiranya mak ayah dapati dahulu anak skip merangkak dan kini mengalami masalah di atas, jangan risau cuma mak ayah perlu “topup” balik fasa merangkak dia walaupun anak dah masuk sekolah rendah. Mak ayah boleh cuba tips yg saya buat ni bersama QiffZara iaitu:

1. Selalu bawa pergi taman, galakkan anak main “monkey bar” untuk kuatkan otot tangan.

2. Buat “bumping/push up” setiap hari, mak ayah boleh juga main bersama anak dengan cara minta anak merangkak dan mak ayah pegang kaki minta ada berjalan menggunakan tangan.

3. Belikan tunnel mainan (boleh didapati di Ikea atau kat toys r us) untuk galakkan anak merangkak dalam rumah, buat jadual merangkak (10 kali pagi, 10 kali tengahari, 10 kali petang, 10 kali sebelum tidur).

4. Galakkan anak menari sambil lompat bintang atau apa sahaja gerakan yang boleh menghubungkan otak kanan dan kiri. Qiff suka berjoget. Buka CD lagu then join dia menari skali. Seronok.

5. Baling bola ke hadapan dengan posisi “superman”.

6. Aktiviti rock climbing (anak saya buat aktiviti ini setiap minggu)

7. Buat aktivit bermain bola tenis (sebab melantun). Leh lantunkan bola tu dan Qiff akan cekup bola. Bagus untuk teknik fokus. Sebab bila bola tenis melantun, daya cekapan tangan dan fokus mata menjadi satu. Aktiviti ini banyak sekali Qiff terskip bolanya. Selalu jadikan aktiviti harian sebab anak dyslex kurang daya fokus.

Ada banyak lagi aktiviti seperti ini. Silalah google ya ikut perkembangan usia anak kita. Itu antara usaha saya bersama Qiff untuk terapi dia di rumah yang saya buat sendiri untuknya.

Aktiviti ini juga sesuai untuk anak anak kita, anak yang kurang fokus, anak yang daya tumpuan lemah dan anak yang punyai fikiran yang lebih pada otak bersilang (jika tak faham kemudian nanti saya terangkan).

Sekadar perkongsian saya ya.. semoga bermanfaat ? untuk semua ibubapa cemerlang.

Sumber/Foto: FB Sery Shari – Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI