Kalau nak curang tak kira paras rupa. Kadang-kadang terfikir, isteri dah cantik tapi apa lagi yang tak cukup? Bukan itu saja, ada saja cakap-cakap, dah cantik pun pasangan tetap nak curang juga.
Begitulah, tak pernah nak bersyukur apa yang ada dan miliki. Sudah ada zuriat, tanggungjawab tak pernah lupa dan sentiasa di sisi susah dan senang. Namun, tetap pandang orang lain yang rasa lebih hebat dari pasangan
Curang, jangan fikir sebab paras rupa tapi ada juga yang curang dengan orang lain yang mana tidaklah secantik dan sehebat pasangan sebelum ini. Sedihnya. Apa lagi yang dia nak dan tak cukup.
Sebagai wanita, jangan salahkan diri sendiri. Cantik dan hebat skealipun, kalau pasangan nak curang semua boleh jadi. Sayangilah diri sendiri.
Behati Prinsloo adalah di antara wanita tercantik di dunia. Kalau letak sebaris dengan model, Behati Prinsloo tak kalah.
Ye lah… Beliau salah seorang model Victoria Secret. Cantik, bijak, kaya malah telah melahirkan dua anak untuk suami tercinta, Adam Levine.
Kiranya, wanita ini lengkap pakej. Tidak ada yang kurang. Malah, Behati Prinsloo sedang hamil anak ketiga.
Seribu kali sayang.
Suami nya kantoi curang.
Menduakan malah mahu menamakan anak yang dikandung dengan nama skandal.
Jammed!
Usah Salahkan Diri
Bila pasangan curang, berhenti salahkan diri.
Aku tak bijak.
Aku tak cantik.
Aku tak kaya.
Aku gemuk.
Aku kurus.
Aku buruk.
No! No! No!
Stop blaming yourself.
Ads
Curang tak mengenal paras rupa.
Montel serupa Doraemon ke, cantik serupa model ke.. Sama je!
Curang bukan takdir dan curang adalah keputusan.
Keputusan yang model dan ratu cantik pun tak mampu halang. Apa lagi kita?
Pelakor di mana-mana. Keputusan di tangan pasangan. Mahu setia? Atau mahu menduatiga?
Memang ada benarnya ada sebab, sebaiknya isteri sewakanlah rumah sendiri kepada bakal suami nanti selepas memulakan kehidupan bersama.
Zaman sekarang tak dinafikan ramai golongan isteri yang berpendapatan lebih besar daripada suami. Ada yang telah memiliki rumah dan kereta sendiri sebelum mendirikan rumahtangga.Bukan kata nak berkira namun, janganlah pula isteri menanggung suami di rumah sendiri.
Ini kerana urusan tanggungjawab nafkah kewangan sangat penting dalam rumahtangga dan perlu suami patut tunaikan walaupun berpendapatan kecil.
Soalan daripada wanita ini sangat bijak. *Baca screenshot dulu sebelum baca post ini.
Jawapan ringkas telah saya jawab dalam mesej kepada beliau. Jawapan terperinci ingin saya lanjutkan di ruangan ini untuk diambil manfaat buat wanita lain (jika ada manfaatnya).
Mengapa perlu sewakan rumah sendiri kepada bakal suami?
Antaranya,
– Soal kegagalan suami menafkahi tempat tinggal buat isteri.
– Isteri akan terdorong untuk merasakan pengorbanan dia selama ini sia-sia dan mula mengungkit bantuannya yang menyediakan rumah buat suami.
– Suami akan merasa selesa kerana perbelanjaan paling utama dan mahal (rumah) adalah terletak di bahu isteri. Sedangkan belanja dapur dan utiliti adalah lebih kecil berbanding perbelanjaan tempat tinggal.
– Ketaatan isteri akan sukar dimiliki di saat isteri yang terlebih memberi dalam soal nafkah. Jangan dicabar soal ini.
Mula-mula ikhlas, tapi kalau isteri terlebih berhempas pulas sebab dari awal menanggung beban ini, buat segala macam dropship dan jadi ejen cookies, tupperware bagai demi melunaskan bayaran – dan suami merasa bahagiannya telah ‘setel’ – maka di sini akan retak bergoyahnya sebuah rumahtangga.
Pesan saya sekali lagi, jangan dicabar soal ini. Isteri yang terlebih memberi dalam rumahtangga akan sukar memberi ketaatan pada suami yang tetap ceria selamba berada di takuk lama, dibantu dan disuap segalanya.
Ini bakal menjadi permulaan kepada kisah-kisah ngerinya dalam rumahtangga. Tutup ruang ini serapatnya. Buat perjanjian bertulis dan persefahaman yang benar-benar jelas dalam hal ini. Isteri mesti membantu, tapi biar kena caranya.
Sebab kedua, mengapa perlu sewakan rumah kepada suami jika anda miliki rumah sendiri seperti dalam kisah ini;
– Ya, di saat seorang suami – dalam gaji kecilnya masih tetap saja berusaha menafkahi isteri yang lebih tinggi gajinya, ini adalah satu bentuk KEMULIAAN yang besar buat suami kerana menjunjung perintah ALLAH melebihi logik akal atau nafsu yang terdorong untuk memberontak. Wibawa atau haibah seorang lelaki sebegini di mata seorang isteri – adalah tinggi dan jauh dihormati – berbeza dengan wibawa seorang suami yang langsung tidak mencuba bahkan terus meminta bantuan dari isteri semata-mata.
– Allah berjanji, bahawa “rahmatNYA adalah begitu dekat dengan orang yang berbuat baik” (dalam konteks ini; si suami melaksanakan kewajipan dengan baik).
Maka, tindakan isteri memberi ruang suami menafkahi tempat tinggalnya membantu suami menjadi golongan MUHSININ yang akan mendekatkan seluruh keluarga kepada rahmat ALLAH inshaALLAH. Ianya tidak kejam, ianya adalah membantu suami berperanan mengikut acuan yang ALLAH ciptakan.
NYATAKAN secara jelas berapa jumlah yang sepatutnya ditanggung suami dalam bentuk sewaan. Dan bahagian lain yang ditanggung isteri itu, biarlah menjadi rahsia isteri sendiri dalam baktinya terhadap suami pula. Tapi secara hukumnya, suami TELAH TERSELAMAT. Isteri juga telah melakukan sesuatu perbuatan mulia dengan jalan yang juga selamat.
– Di saat rahmat ALLAH memasuki rumahtangga kita, ALLAH akan aturkan perjalanan rumahtangga kita dalam sakinah dan mawaddah. Isteri akan mudah mentaati suami, melayaninya dan menjadi isteri penyejuk mata, bukan jadian singa atau naga.
– Lama kelamaan, gaji suami yang lebih kecil – akan menjadi lebih besar dari sang isteri. Atau, jika tak besar pada angka di kertas, akan menjadi berkah dan cukup buat seisi keluarga. Soal rahmat ALLAH, bukan hal yang boleh dibicarakan dari sudut akal dan logik semata. Asas kepada menjemput rahmat ALLAH dalam rumahtangga, adalah taat perintahnya. Suami, taati kewajipan menafkahi. Isteri, taati suami yang telah berusaha menafkahi.
Jangan menanggung suami di rumah sendiri. Tetapi buatlah cara ini. Suami tidak terbeban. Isteri juga tidak boleh menuntut nafkah tertunggak atau membangkitkan bantuan ini sebagai pertikaian di kemudian hari.
Kerana ruang-ruang pertikaian dan keculasan tanggungjawab telah tertutup rapat dan masing-masing suami isteri memainkan peranan.
Isteri, telah memudahkan urusan suami. Membantunya dengan memberi sewa yang murah sesuai dengan kemampuan suami.
Suami, telah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. Tetap menafkahi walau isteri bergaji lebih tinggi.
Tentang berapa sewaan yang sepatutnya diletakkan, terpulang pada kita hendak menentukan setelah berbincang dengan pasangan. Hanya kita tahu berapa gaji suami, berapa perbelanjaan diperlukan dan sebagainya. Berbincanglah.
Yang penting, jangan sesekali ambil beban nafkah dari bahu suami secara mutlak. TETAPI RINGANKANLAH DENGAN JALAN YANG BIJAK DAN MENUTUP KEMUNKINAN-KEMUNGKINAN buruk di masa akan datang. Win win situation supaya suami tetap menjadi suami, kita sang isteri tetap menjadi seorang isteri.
Lakukan secara REAL BISNES. Bukan perjanjian asal boleh.
Semoga ALLAH memudahkan segala urusan kita.
Sharifah Zahidah
1 September 2022
#sebelumsenja
Lumrah wanita, suka dimanja-manja, ambil berat tentang dirinya dan menjadi pendengar yang setia. Isteri manja, begitu juga bila dah kahwin, lagilah menjadi-jadi manjanya.
Isteri manja, ada tahapnya. Kalau suami dah cakap terima kasih dan puji sedikit pun buat dia berbunga-bunga. Tapi, bayangkan kalau setiap hari semua urusan rumah langsung tak dibantu suami, yang manja pun boleh bertukar jadi tarzan atau singa.
Sebenarnya, setiap isteri manja kalau suami pandai memanjakannya, lebih-lebih lagi kalau ringan tulang bantu urusankan rumahtangga. Itu pun dah cukup.
Isteri yang manja datang dari suami yang memanjai. Tak adanya nak manja dah kalau hari-hari, isteri minta mandikan anak, tak buat.
Anak berak biarkan tunggu isteri buat. Pinggan kotor tinggal sahaja atas meja.
Baju kotor campak merata-rata. Tuala basah letak atas katil.
Solat ditinggal-tinggal. Tak pernah ambil tahu urusan anak-anak.
Tak masak dan tak tolong kemas juga.
Inilah puncanya isteri yang asalnya manja, lemah lembut gemalai pun boleh jadi singa.
Itu baru bab urusan kerja di rumah, kalau ditambah dengan campur tangan orang ketiga. Bukan singa dah, jadi dinosour hijau terus!
Isteri yang manja perlukan modal besar dari suami, sama juga dengan suami yang manja. Ia tak akan datang secara tiba-tiba, perlu dua-dua berusaha untuk mengekalkan kemanjaan masing-masing.
Kalau perasan isteri kalian dah kurang manja, cubalah para suami:
1. Sentiasa ambil tahu perihal anak, jangan letakkan tanggungjawab jaga anak di atas bahu isteri sahaja.
2. Hargai pengorbanan isteri, ucap “terima kasih” pun dah buat mereka berbunga-bunga.
3. Jadi pendengar yang baik, selalu dengar mereka bercerita.
4. Beri isteri ruang dan masa untuk cantikkan diri sendiri, jangan biarkan anak-anak ganggu ketika isteri mandi atau pakai “skincare”.
5. Jarang-jarang isteri jadi singa bila suami sedang basuh pinggan atau vacuum rumah.
Kalau dapat suami yang sentiasa memanjakan isteri, jangan isteri pula yang tidak hargai suami. Kena sama-sama berusaha barulah harmoni.
Setuju?
Semoga Allah kekalkan kemanjaan dalam rumahtangga kita semua.
Mingguan Wanita : Kurang kasih sayang pun boleh buat isteri jadi singa. Kena faham tu. Isteri dah penat buat kerja rumah, peluk dah ucap terima kasih pun dah bahagia.
Menerusi perkongsian ibu tunggal yang cukup tabah dan berjaya Puan Dzuriasikim Dzulkefli menerusi akaun Facebooknya cukup memberi manfaat buat golongan wanita di luar sana yang bergelar ibu tunggal.
Pengalaman yang dilalui selepas berpisah dengan suami cukup memberi pengajaran. Malah Puan Dzuriasikim juga memberikan inspirasi buat wanita yang senasib dengannya.
SOAL NAFKAH
Bertenanglah…
Kerana Allah memberikan tanggungjawab kepada kita.
Dan ujian kepada kita mengikut kekuatan kita sendiri.
Saya tidak pernah berharap kepada bekas pasangan untuk menyara anak-anak saya.
“Kamu telah bernikah selama 20 tahun dan dia telah melahirkan 5 orang anak buat mu. Tidakkah kamu ingin memberikan sedikit saguhati kepadanya?”….
“Tidak….” Jawab bekas suami saya.
Dan Tuan Hakim bertanya kepada saya jika ada apa-apa yang saya ingin tuntut….
Saya menjawab….
“Saya yakin dengan rezeki Allah…. Tak apalah Yang Arif jika saya tak dapat apa-apa pun….”.
Saya baru bekerja pada waktu itu.
Saya juga tidak punya harta.
Saya tidak punya simpanan melainkan hanya ada sedikit barang kemas dan wang yang tidak sampai seribu ringgit untuk bayar sewa rumah dan makan minum kami 6 beranak. Juga saya tidak tahu bilakah akan ada wang lagi kerana orang berniaga ini pendapatannya tidak menentu.
Datang ke mahkamah pun dengan menaiki teksi sahaja. Sepanjang perbicaraan yang sering ditangguhkan kerana bekas pasangan sering tidak hadir, saya terpaksa ambil cuti. Kemudian cuti separuh hari. Dan cuti lagi. Dan lagi.
Berhenti berharap kepada manusia.
Kerana tidak ada satupun yang sukar bagi Tuhan jika Dia mahu memberi.
Saya selalu menangis kerana sangat bahagia dengan ketentuan yang Allah berikan. Syukur.
Tuhan lebih tahu apa kemampuan mu…
Walaupun kita mungkin selalu berfikir bahawa kita tidak akan mampu untuk terus melangkah.
Trust Allah.
Trust Allah will never put us in the situation that we can’t handle.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dihempap blok konkrit tiba-tiba, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan intelektual atau autisme sempat memohon agar ibu tidak memarahinya sebelum maut.