Selalu kita dengar, surirumah tidak ada peluang untuk mendapat hak jagaan anak kerana tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara anak. Inilah yang membuatkan surirumah sanggup bertahan demi anak-anak.

Jika berlaku sebarang kemungkinan terutamanya ditakdirkan suami isteri tidak mempunyai jodoh yang panjang, perkara yang menjadi persoalan tentulah tentang hak jagaan anak.

Ada yang cakap, sebab surirumah tidak ada pendapatan tetap, peluang untuk mendapat hak jagaan anak sangat tipis dan akan diserahkan pada ayahnya.

Walau bagaimanapun, jangan terus buat pengadilan sememangnya tanggungjawab memberi nafkah sudah tentulah di tangan seorang ayah. Waima, berpisah sekali pun nafkah tetap tanggungjawab ayah.

Kalau jodoh tak panjang dan sebagai surirumah, sudah tentu risau tentang perkara ini. Jadi, inilah jawapan yang harus ketahui tentang hak jagaan anak yang dikongsikan oleh peguam syarie, Tuan Khairul Fahmi Ramli.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ada Cara Untuk Mak Menang Kes Hak Penjagaan Anak Di Mahkamah

Nafkah Anak TETAP Tanggungjawab Ayah, Walaupun Isteri Jaga Selepas BERPISAH, Jangan Nak Culas

Info Lebih Menarik DI SINI

Surirumah Pun Layak Dapat Hak Jagaan Anak

“Puan, saya dah bercerai.Bekas husband saya sekarang ni sibuk nak dapatkan hak jagaan anak. Dia bagi alasan yang saya ni tak layak sebab saya ni sejak dari kahwin dulu lagi sampai sekarang tak bekerja.
Saya ni cuma surirumah saja. Tak mampu nak tampung perbelanjaan anak macam bekas suami saya tu. Tapi saya tak sanggup berpisah dengan anak saya. Dari kecil saya yang jaga. Apa yang bekas suami saya cakap tu betul ke puan?”

Nak tau tak? Ramai ibu kat luar sana masih mempersoalkan yang kalau ibu ni tak de kerja atau kerja biasa-biasa saja boleh ke dapat Hak Jagaan Anak ni?

Boleh ke sebab ibu ni tak berkemampuan hanya suri rumah, kerja biasa-biasa je dijadikan alasan untuk ibu ni hilang kelayakan sebagai penjaga?

Jawapannya ialah LAYAK.

Tak kisahlah ibu ini hanya surirumah saja ke atau mempunyai kerja lain yang pendapatannya tak banyak, ibu tu tetap layak mendapat Hak Jagaan Anak.

IKLAN

Sebab apa?
1. Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar yang berbunyi seperti berikut:

“Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah SAW, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaankulah rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku”. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah SAW bersabda, “Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain.” Riwayat Abu Daud.

2. Sebab nafkah anak ni adalah tanggungjawab mutlak bapa. Walaupun ibu tu surirumah, nafkah anak tu tetap akan dapat sebab bapa yang akan bagi, bukan ibu.

3. Sebab takde satu pun alasan di dalam Seksyen 84 Enakmen Keluarga Islam Negeri yang kata kan ibu hilang hak hadhanah kerana TIDAK BERKEMAMPUAN.

Jom kita tengok sama-sama apa yang ada dalam Seksyen 84 ni.

Seorang perempuan hilang hak hadhanah:

1. Jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;

IKLAN

2. Jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka atau fahisyah;

3. Jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;

4. Jika perempuan itu murtad; atau

5. Jika perempuan itu mengabaikan atau menzalimi kanak-kanak itu”.

Nampak tak sekarang? Alasan ibu ni tak berkemampuan dari segi wang bukanlah alasan yang boleh menghilangkan kelayakan ibu itu untuk dapat hak jagaan anak.

Jadi, ibu-ibu kat luar sana jangan takut dan jangan risau. Walaupun ibu ini sekadar surirumah, ibu tetap berhak tetap layak mendapat Hak Jagaan Anak.

Lagipun, zaman sekarang ni surirumah pun mampu jadikan anak-anak lebih berjaya.

IKLAN

Kasih ibu tiada bandingnya dengan apa pun.

Nuraffiqa Razak.

Mingguan Wanita : Apa pun tentang hak jagaan, jangan terus fikir tidak layak. Sebolehnya bertanyalah pada peguam, jika ada sebarang bermasalah. Jangan buat keputusan terburu-buru.

Sumber: Tuan Khairul Fahmi Ramli

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI