
Isi Kandungan
ToggleMudah je rupanya nak bersihkan kasut sekolah anak.Jika selama ini mak-mak perlu merendam, menyental dan menjemur kasut sekolah anak setelah dicuci, kini tidak perlu lagi berbuat demikian. Tapi ada jenis kasut tertentu yang sesuai dengan tips ini, iaitu kasut jenis getah bukan jenis kain.
Mengikut perkongsian tips oleh Puan Farah Ieyra, kasut sekolah anak jenis ini cukup mudah dibersihkan dengan hanya menggunakan pes ubat gigi.Bahkan, kotoran degil pada baju sekolah juga boleh dibersihkan dengan cara ini.
Berikut antara perkongsian menarik beliau;
“Alhamdulillah.
Nak share tips bersihkan kasut putih/sekolah (yang tak perlu kapur) tanpa perlu basahkan kasut (sesuai untuk hari lembap/hujan ni) tak payah jemur, tak perlu rendam seharian dengan clorox, tak perlu sental kuat-kuat.. hanya perlu..”
Bahan-Bahan:
Sebatang berus gigi lama
Ubat gigi (tak kisah jenama apa)
Tisu basah atau kain lembap
Cara membuat: (Rujuk video)
1.Letakkkan sedikit pes ubat gigi pada berus gigi.
2.Renjis sedikit air dan beruskan pada bahagian kasut yang kotor.
Maybe ada yang dah tau, tapi kita nak share balik untuk mereka-mereka yang tak tau lagi.
p/s : ubat gigi ni boleh letak kat baju sekolah anak yang kotorannya agak degil jugak.. letak ubat gigi dekat kawasan kotor, sental sikit dengan berus gigi, masukkan dalam mesin dan basuh macam biasa.. tengaklah hasilnya.. “Ada nampak mommy happy?” Pasti happy giler.

#tips #kasutsekolah #kasutputih #sharingiscaring #bilamommyxpuashati #cubasedayaupayaputihkankasut #akhirnyapuashati #Zalierafamily
Semoga bermanfaat & selamat mencuba!
Kredit : Farah Ieyra
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Medical Kit Anak, Ini Barang Wajib Mak-mak Bawa Balik Kampung Nak Beraya Nanti

Isi Kandungan
ToggleSepatutnya medical kit atau kotak first aid wajib ada di rumah sebab kalau berlaku kemalangan, mak-mak boleh kurangkan rasa sakit dulu sebelum bawa anak ke klinik. Orang kata, biar ada bantuan kecil dulu sebelum bawa jumpa doktor.
Kalau pun tak guna waktu di rumah, mak-mak boleh bawa medical kit ini sewaktu nak berjalan jauh, contoh mudah nak balik kampung beraya Aidilfitri nanti. Ya, ‘kotak ajaib’ ini sangat membantu bila berlaku kecemasan yang tak dijangka. Seperti yang Puan Hani Mynis kongsikan di laman Facebook miliknya, mak-mak boleh lengkapkan barang-barang dari awal sebelum nak balik kampung nanti.
Pentingnya Medical Kit
Kali ni hani kongsi dengan lebih detail penerangan dan kegunaan satu-satu item dalam kit Aqil ni.
Bagi hani, kalau ada anak kecil, medical kit memang wajib ada, lagi-lagi kalau nak pergi berjalan melancong atau balik kampung. Pendek cerita memang kena usung bawa pergi mana-mana dan barang-barang pun kalau boleh cuba untuk selengkap boleh sebab anak kecil ni kadang tak terduga bila dia nak demam, selsema atau tetiba main terjatuh luka pulak lutut.
Kalau boleh sediakan satu bekas khas untuk anak yang boleh dibawa travel, boleh bekas plastik atau bekas kain (pouch). Hani guna bekas plastik transparent senang nak simpan nampak lebih kemas dalam kabinet ubat hani. Jangan lupa label ya.
Boleh tengok ya apa item yang hani masukkan dalam kotak medical kit Aqil Miqail ni. Kalau ada idea nak tambah apa-apa boleh lah kongsi juga ya.
Semoga bermanfaat.
Barang Apa Yang Patut Ada Dalam Medical Kit
Masukkan semua dalam satu bekas. Semua hani sumbat dalam ni, pergi berjalan jauh memang wajib bawa.
Paling penting, Termometer. Ini senjata utama hani kiranya. Resah kalau takda termometer atau baterinya mati. Sepanjang empat tahun Aqil, dah macam-macam termometer hani cuba dan ini tips hani untuk pilih termometer.
✅untuk anak kecil, jangan pilih termometer yang kena measure suhu letak bawah lidah atau ketiak, bercintalah nak dapat kerjasama dia untuk ukur suhu bawah lidah dan ketiak dia lelama.
✅sebaiknya pilih yang jenis infrared tu. Tala kat dahi terus dapat suhu
✅sekurangnya yang sukat suhu kat dahi atau dalam / belakang telinga tu. Memadai.
✅beli yang jenis digital bukan yang tengok perubahan warna tu. Lebih yakin. Tapi hani ada juga satu incase of emergency bateri low ke apa.
✅beli yang ada lampu bila tekan (even waktu malam kita tengok suhu nampaklah nombornya) – yang hani guna skrg takda feature tu tapi dah terbeli guna jelah.
✅kalau boleh yang berbunyi amaran kalau suhu anak tinggi melebihi 37.5 (dah demam , low fever). Ataupun keluarkan cahaya amaran. Hani pernah pakai jenis ni sebelum ni – terbaik)
Nasal spray
Ni senjata kedua hani. Kalau Aqil selesema, pernafasan tak selesa sebab hidung tersumbat ke apa, hani sembur je dalam hidung dia. Sekarang dah jarang guna sbb dia dah pandai hembus hidung sendiri kalau selsema. Tapi sesekali kena sembur juga haha
Wajib ada kalau anak kecil 3 tahun ke bawah.
Paracetemol syrup
Untuk dia demam, sentiasa restock dalam medical kit Aqil. Sebab dia sejarah sawan semasa demam, bila dia demam hani jadi extra extra cautious. Wajib ada.
Kalau dah buka botol baru ni, mesti hani beli satu yg baru lain sebagai back up secpt mungkin.
Kebanyakan ubat syrup kat farmasi skrg dia dah bekalkan cawan dos sesiap, bawa sekali masuk dalam kit.
Semasa membeli kena tengok paracetemol yang dibeli berapa dos nya supaya kita boleh kira sendiri berapa ml nak bagi anak makan (bergantung kepada berapa berat badan anak)
Syringe
Untuk beri anak makan ubat. Ketiga-tiga volume hani adakan (10ml, 5 ml dan 3 ml)
Kat farmasi selalu ada jual dua jenis syringe. So nak beli syringe utk beri anak makan ubat kena ask for specific syringe ya: oral syringe ya. Yang jenis ni muncungnya tajam tanpa ada macam screw lock kat muncungnya macam yang lagi satu: hypodermic syringe tak silap namanya (Gambar kat komen). Guna oral syringe lebih mudah dan clean nak bersihkan pun senang.
Nappy cream
Walaupun macam-macam jenama, hani rasa ini yang terbaik guna sejak dia baby (masa tu dpt free gift dari hospital). Tak pernah nak tukar jenama lain.
Kalau punggung dia merah ke apa, letak ni tak sampai sehari dah hilang merahnya.
Antibacterial powder
Kalau dia gatal-gatal, miang-miang kat badan, ni wajib hani sapukan. As first treatment lah kiranya.
Botol spray
Untuk isikan air kosong, dan spray dan basahkan rambut dan kepala dia , ketiak, pelipat lutut dan peha masa dia demam. Bantu turunkan suhu. Sebab dia kadang-kadang rimas kalau letak kain kat dahi. Tapi kena paksa juga.
Nasal aspirator
Untuk kegunaan dia masa dia baby-1tahun lebih utk sedut hingus dia.
Tak digalakkan sedut hingus anak dengan mulut ya (walaupun sweet) sebab mulut kita orang dewasa ada macam-macam bakteria so its unhealthy and unhygienic.
Cara nak guna:
Sembur dulu hidung anak dengan nasal spray (sterimar) tu lepas tu baru sedut dengan nasal aspirator ni. Sekarang dah ada yg auto available kat pasaran hehe yang ni hani guna dah 3-4 tahun lepas masa aqil masih baby.
Calamine lotion
Ni second treatment lepas antibacterial powder tadi, kalau dia gatal lagi hani try duli sapu calamine lotion ni before bawa ke klinik jmpa doktor. At least bagi sikit kelegaan kat dia sbb lotion ni sejuk lagi-lagi masa dia kena ruam panas dulu.
Ubat selsema
Ni hani dapat dari klinik. Simpan satu yg belum buka sebagai back up. Sekali dengan cawan dos dia tu. Hani selalu tulis tarikh bila dapat ubat ni kat bawah botol ni.
Aloe vera gel
Yang ni , magical! Selepas magic span, ni benda kedua yang hani rasa magic haha. Sebab banyak kegunaan dia.
✅paling hani suka kegunaan dia ialah bila Aqil demam, hani sapukan gel ni kat tapak kaki dia, ketiak, pelipat peha dan bawah lutut, belakang leher (tengkok) dan paling penting kat ubun-ubun (dahi dia). Kesan dia cepat. Sekejap je suhu dia dari 37.9 jadi 37.1 dan turun lagi. Hani ada dua saiz kat rumah. Yang besar dan kecil ni (khas utk travel)
✅kalau masak-masak pastu tangan terkena kuali atau periuk panas, cepat-cepat hani sapu benda alah ni terus tak sakit, sejuk je rasa.
✅kalau kulit tangan kering pun hani guna ni nak lembapkan sikit kulit tangan. Banyak lah lagi.
Hani rasa setiap rumah wajib ada aloe vera gel ni. Untuk kecantikan pn hani guna. Seminggu sekali hani buat mask aloe vera guna gel ni. Best.
Paracetemol suppositories
Penyelamat!
Sebab aqil ada sejarah sawan masa demam, bila suhu dia 38.5 je hani terus guna ni masuk kat punggung dia. Fobia oit huhu tapi kena tahu juga pukul berapa last makan ubat paracetemol syrup tu.
Ni pun ada dua dos berbeza (120 dan 250mg)
Mosquito repellent patch
Benda wajib ada lagi-lagi kalau bercuti di resort-resort, bercamping dan kalau balik kampung.
Ini sejenis pelekat yang kita tampal je kat baju, dia keluarkan bau yang boleh repel nyamuk.

Berkesan bagi Aqil, untuk org dewasa pn boleh letak kat baju dia.
Kool fever
Selalu hani guna kalau keluar atau on the way nak ke klinik. Untuk maintain suhu rendah, hani letak kat dahi dan kalau dia ada tonsil hani tampal je kat leher. Cool down area situ supaya dia lega sikit (ini ada orang bagi petua kat hani kalau anak tonsilitis).
Haritu hani terbaca letak kat atas tulang punggung pun bagus juga utk cepatkan turun suhu. Hani try juga, ok juga.
So kalau dia demam, sekali dua hani letak, kat dahi dan atas tulang punggung.
Hani kalau Aqil demam memang over sikit paranoid dia.
Risau sejarah mungkin berulang pnya pasal.
Hansaplast
Bila ada anak kecil dah mula dapat kaki dan melasak memang kena adalah benda alah ni. Tetiba je main lari-lari lepas tu jatuh luka kat siku lah lutut lah.
Aloclair spray untuk ulser
Hani mula-mula dapat tahu kewujudan ni masa Aqil kena hfmd dulu. Ada yang suggest guna ni dan hani rasa berterima kasih siapa yang suggest ni. Sebelum ni kalau ulser hani sapukan gel glycerin tapi habis digigitnya jari hani. So ni pengganti gel glycerin untuk legakan ulser dalam mulut.
Pengetip kuku
Iv kids
Hani guna ni sejak dua tahun lepas bila hani dok cari minyak angin sesuai dan tak panas sngt untuk kembung perut Aqil. Tapi sbnrnya hani guna ni untuk macam-macam. Untuk spray kat mandian lemon Aqil (kalau dia selesema), untuk urut-urut badan dia lepas mandi, sapu kat perut dia kalau dia sembelit. Saiz dia yang baru ni comel lagi mudahkan nak bawak ke mana dan muat dlm bekas kit aqil ni.
Ni pun kawan hani Rashidah Ahmed suggestkan haha thank you Cda!
Minyak gamat
Normal saline
Untuk basuh luka sebelum hani tampal hansaplast kat luka tu.
Kalau takda ni kat rumah, option lain guna normal saline yang untuk mata dan lens tu. Sama je boleh guna untuk cuci luka sebelum tampal hansaplast.
Untuk iv kids dan minyak gamat ni hani masuk dalam ziplock kecil baru masuk dalam bekas just takut dia tumpah.
Oral rehydration salt.
Haa… lepas ini bukan nak balik kampung je mak-mak boleh bawa medical kit anak, nak pergi bercuti pun elok sangat masuk beg sekali. Oang kata, sediakn payung sebelum hujan.
Semoga bermanfaat!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Sebab Mak Kena Bagi Anak Main Origami, Sebelum Tu Ajar Dulu Lipat Baju Seawal 3 Tahun

Isi Kandungan
ToggleSeni melipat kertas atau Origami ini asalnya dari Jepun dan berkembang menjadi satu seni moden. Ada yang diperbuat dari kertas malah kain membentuk flora dan fauna yang bersegi-segi.
Ianya satu hasil kerja yang berseni, tapi ketika mak-mak bermain dengan anak-anak, kita layankan saja bentuk-bentuk yang anak hasilkan. Puan Hayati Nawawi berkongsi 9 kebaikan aktiviti Origami bersama anak-anak.
Bentuk Perkembangan Anak-anak
Origami adalah seni melipat kertas yang berasal dari negara Matahari Terbit. Seni origami sebenarnya banyak membantu perkembangan anak-anak. Membuat origami bersama anak -anak bukanlah kita mencari kesempurnaan. Tetapi asas kepada proses anak-anak melembut dan melakukan gerak-geri halus.
Sebagai permulaan membantu ibu bapa melipat kain baju juga adalah latihan awal sebelum di ajar origami. Biasakan anak-anak melipat kain baju seawal umur 3 tahun.

Kelebihan Origami
Ini antara kelebihan beraktiviti dengan anak dengan melakukan aktiviti origami
- Origami mengajar anak untuk mengendalikan bahan yang halus dan rumit dengan berhati-hati. Seni lipatan origami ini memahirkan tangan anak-anak untuk melipat dengan sabar dan berhati-hati bagi membolehkan lipatannya berhasil menjadi objek yang diingininya.
- Origami mengajar anak keseimbangan dan simetri. Lipatan-lipatan origami memerlukan latihan agar anak-anak mahir melipat dan memastikan lipatan tersebut betul-betul simetri bagi menghasilkan objek yang sem[urna.
- Origami meengajar anak ilmu matematik berkaitan geometri, setengah , seperempat bentuk dan saiz. Sambil kita menjalankan aktiviti ini bersama anak, ringan-ringankanlah mulut kita untuk bersembang dan menerangkan kepada anak-anak akan proses tersebut.
- Membuat origami adalah salah satu cara mendidik anak melaksanakan sesuatu tugasan itu dengan tertib dan sempurna. ‘Step by step’ cara lipatan tersebut harus di ikut sehingga sempurna terhasilnya objek tersebut.
- Walau macamana jua hasilnya hasil daripada lipatan mereka. Biasanya kita akan lihat keterujaan dan kesungguhan mereka. Hasil yang indah pada pandangan mereka hasil dari lipatan tersebut pasti menjadi keseronokan. Lebih-lebih lagi jika mendapat pujian dan kata-kata semangat darui ibu bapa.
- Prosedur, tahap demi tahap dalam membuat lipatan tersebut secara tak langsung mengajar anak disiplin dan mengikut peraturan.
- Kreativiti yang terhasil daripada aktiviti lipatan kertas origami ini mampu membentuk ketrampilan, kreativiti dan imaginasi anak-anak.
- Origami memiliki bahasa pendidikan yang menyeluruh @ universal, mudah di fahami dan disukai orang diseluruh dunia dari pelbagai budaya, agama dan status sosial.
- Origami juga boleh dijadikan aktiviti santai bersama keluarga atau kawan-kawan
Boleh Cari Origami Di..
- Aktiviti origami ini tidak memerlukan kos yang mahal.
- Saya biasa membeli kertas origami ini di kedai Mr DIY atai Daiso di AEON.
- Untuk tutorialnya pula saya biasa lihat di Youtube.
- Untuk anak-anak kita mulakan peringkat beginner dahulu dengan lipatan-lipatan yang mudah.
Sumber: Blog Hayati Nawawi via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Ayah Jangan Pilih Kasih & Bezakan Anak, Inilah Punca Cemburu Adik Beradik

Isi Kandungan
ToggleDalam keluarga mesti ada salah seorang adik beradik yang menjadi ‘kegemaran’ atau kesayangan mak ayah. Tak kiralah anak lelaki atau perempuan. Mungkin kerana pilih kasih dan bezakan anaklah menjadikan adik beradik ada perasaan cemburu antara satu sama lain.
Tidak dinafikan pilih kasih dan bezakan anak mesti ada, walaupun luaran nampak sama saja tapi mak ayah mesti ada yang ‘favourite’. Mungkin anak sulung atau anak bongsu. Hanya mereka yang tahu.
Kita sebagai mak ayah sebolehnya ingin berlaku adil pada anak-anak dan tik mahu timbul isu pilih kasih an bezakan anak, tapi mungkin dalam tidak sedar pasti berlaku juga. Inilah yang mungkin membuatkan anak-anak timbul perasaan cemburu dan mulalah ada pergaduhan kecil tidak kita sedari.
Mungkin ada anak yang mempunyai karakter tentu menyebabkan kita mula lebihkan anak. Mana anak yang tak berapa dengar kata, anak yang rajin, pandai dan sebagainya mula dibeza-bezakan.
Jangan begitu, anak-anak ini adalah darah daging kita sendiri, perangai dan karakter mereka sediki sebanyak adalah daripada acuan kita. Tak perlu pilih kasih atau bezakan. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Anayasmin tentang perkara ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah Cuma Ada Masa 13 Tahun Nak Bersama, Membentuk Anaknya
Dahulukan Anak, Ketepikan Keinginan, Punca Mak Rasa TAK DIHARGAI Bila Tiada ‘Self Care’
Info Lebih Menarik DI SINI
Pilih Kasih Dan Bezakan Anak Sebab Karakter
Hati-hati!!
Sebagai mak ayah kita kadangkala tak perasan yang kita suka lebihkan anak. Tak dinafikan, ada anak yang mempunyai persamaan karakter dengan kita,
Kita sayang..
Anak yang lain sikit karakternya, atau yang ada karakter kita tak suka sering jadi punching bag untuk kita lepaskan kemarahan, kekecewaan dan kepenatan kita..
Ada juga yang bezakan sebab,
Anak Kebanggaan
Sebab dia pandai atau jaguh sukan misalnya, atau dia lebih handsome atau comel dari yang lain misalnya atau ada anak sering buat salah
Kita sebenarnya kena bimbing mereka, sebab anak kecil ini mana tau apa..
Anak Yang Rajin
Bila ada yang rajin, yang lain nampak macam tak berguna
Rasa bersalah. Maksudnya mak ayah salahkan dirinya sebab kekurangan anak dan sekarang dia nak tebus semula hingga abaikan yang lain. Atau ada macam-macamlah kan sebab lain..
Be a conscious mak ayah,
hati-hati jangan sampai ada suasana ‘pilih kasih’ dalam keluarga.
Sebab apa tau, bila ada pilih kasih iaitu anak yang jadi pilihan mungkin rasa rimas atau rasa dia istimewa dan berkuasa buat apa saja.
Atau dia sendiri rasa serba salah dengan adik beradik lain..
Anak yang bukan pilihan pula akan rasa tidak disayangi, tiada keyakinan diri, makan hati..
Akhirnya membawa kepada cemburu antara adik beradik
Merajuk lalu tak mahu rapat dengan mak ayahnya,

Ada kajian percaya, perbezaan personaliti individu 75% adalah disebabkan bagaimana keluarga melayan mereka.
#drana
#parenting
MW: Setiap anak ada karakter masing-masing. Tanggungjawab kita adalah mendidik mereka dan tak perlu nak lebihkan salah seorang anak atau pilih kasih pun. Hati-hati.
Sumber: Anayasmin Azmi
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI