Buat biskut mahupun kek perlu ada ilmu dan caranya yang tersendiri. Kena tahu panduan asas barulah biskutnya elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.

Bagi mak-mak yang suka buat biskut baik untuk suka-suka makan sendiri mahupun buat bisnes jual biskut, baca perkongsian tip yang dikongsikan oleh Puan Maz Samad ini.

TIP BUAT BISKUT

1.Mentega Sejuk

Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.

2. Saiz Telur

Jangan gunakan telur saiz besar sebab kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.

3. Tempoh Pukul Telur

Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.

Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.

4. ‘Rehatkan’ Doh Seketika

Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.

IKLAN

5. Bahagikan Beberapa Bahagian

Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekali harung, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.

6. Oles Mentega/ Baking Paper

Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.

Untuk biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.

7. Panaskan Ketuhar

Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.

IKLAN

8. Guna Fungsi Kipas Pada Ketuhar

Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.

9. Pindahkan Atas ‘Cooling Rack’

Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.

10. Simpan Biskut Bila Benar-Benar Sejuk

Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.

11. Simpan Peti Sejuk Biskut ‘Peanut Butter’

Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.

IKLAN

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Sebelum Nak Beli Oven, PENTING Ambil Tahu Jenis & Fungsinya Dulu!

Cara Betul Bakar Kek, Tart, Biskut, Puding Roti, Guna Pemanggang Ajaib

MW: Semoga perkongsian tip buat biskut ini bermanfaat. Jadi bila nak buat biskut, ingat tip yang dikongsikan ini iya. Barulah buat biskut elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.

Sumber: Maz Samad

Jom rebut peluang buat bisnes sendiri dari rumah, DAFTAR secara PERCUMA pautan di bawah ini.

WEBINAR BANGKIT WANITA: SENANG-SENANG BUAT DUIT BISNES BAKERI DARI RUMAH
toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-senang-senang-buat-duit-bisnes-bakeri-dari-rumah/