Memang ramai yang mengeluh punyalah susah untuk dapatkan Kad Touch N Go e-wallet terbaru ini. Malah bila nak beli dekat shopee harganya bukan main mahal lagi.
Berbanding Kad Touch N Go yang biasa digunakan sebelum ini, kelebihan Kad Touch N Go e-wallet terbaru ini sangat memudahkan. Ia menjimatkan masa untuk membuat pembayaran secara online di app touch n go sahaja. Tak perlu beratur untuk tambah nilai di kaunter atau mana-mana kiosk, mahupun risau tak cukup baki kerana boleh ‘top up’ guna handphone di mana-mana.
Namun syarat utama, handphone yang digunakan kena ada teknologi NFC (Near Field Communication) dahulu, barulah ia boleh digunakan.
Boleh ikut panduan yang dikongsikan oleh Azrul Izzaham Rozak ini
Punyalah susah nak dapatkan sekeping kad ni nak berebut dalam apps Touch N Go e-wallet. Nak beli dekat shopee, harga bukan main cekik darah masing-masing markup.
Ada alternartif lain lebih mudah.
1. Buka website ni, https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/card/enhance-card-outlet/
2. Buat carian stesen minyak mana yang dekat dengan alamat sendiri.
3. Buat carian nombor telefon stesen minyak dekat google.
4. Call tanyakan ada stok ke tak.
5. Kalau ada, start motor / kereta, terus pergi sana beli.Harga RM10. Limit boleh beli seorang sekeping.
Info Ekstra!
- Namun boleh juga beli di Touch N Go e-wallet dengan harga RM15 sekali dengan kos penghantaran.
Mesti Baca:CARA MUDAH Nak ‘Renew’ Lesen Memandu Tamat Tempoh Secara Online!
Baca Lagi Di Sini:Nak Exit Tol Tiba-tiba Baki Touch N Go Tak Cukup, Ikut Cara Ini
Artikel Menarik:Ini Cara Semak Online Transaksi Kad Touch N Go, Untung-untung Ada Rebate Lebih
Mingguan Wanita:Boleh cuba cari dan dapatkan Touch N Go e-wallet seperti cara yang dikongsikan. Memang memudahkan, boleh ‘top up’ guna handphone je.
Sumber:Azrul Izzaham Rozak
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI