Setiap pasangan yang berkahwin sebolehnya ingin sehidup semati. Pikul segala susah senang bersama dan ingin pertahankan rumahtangga yang dibina selama ini.
Kalau bab-bab pertahankan rumahtangga, kita lihat isterilah yang akan berkorban demi anak-anak dan perkahwinan. Apatah lagi kalau perkahwinan yang dibina itu bukannya setahun dua tapi lebih daripada dua dekad dan anak-anak pun sudah besar.
Begitulah yang dilakukan dan nekadnya madi pada Miera Leyana yang tidak terfikir untuk bercerai, memikirkan rumahtangga yang dibina sudah menjangkau 28 tahun.
Dalam perkongsian di media sosial, madu kepada pelakon Miera Leyana, Adibah Abdul Mutalib, 50 tahun, mahu terus mempertahankan rumah tangga bersama suami, Rosland Othman, 50 tahun, meskipun perkahwinan dilanda badai sejak dua tahun lalu.
Adibah berkata, dia tidak berhasrat memfailkan perceraian dan mengaku masih sayangkan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu, meskipun suaminya mengamalkan poligami selepas berkahwin dua dengan aktres, Miera Leyana pada Julai 2020.
“Sebagai seorang isteri, sudah tentu saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami.
“Sememangnya, saya tak pernah terfikir untuk bercerai. Saya cuma mahu suami lebih bertanggungjawab dan adil dalam soal pemberian nafkah.
“Nafkah adalah tanggungjawab suami, jadi saya tidak perlu meminta-minta,” katanya.
Ads
Adibah mendakwa, Rosland hanya memberi nafkah sekiranya dituntut dan diberikan melalui orang tengah.
“Kami sukar berkomunikasi disebabkan nombor saya disekat sejak 21 September tahun lalu. Justeru, Rosland hanya berhubung dan memberi nafkah melalui anak.
“Saya tiada masalah untuk selesai dan berbincang secara bersemuka berhubung soal ini dengan Rosland.
“Pulanglah ke rumah dan bincang secara baik untuk capai kata sepakat antara kedua pihak,” katanya selepas sebutan proses sulh di Mahkamah Syariah Putrajaya.
Ibu kepada lima anak itu ditemani peguamnya, Mohd Junid Ramli.
Prosiding itu disebut di hadapan Pendaftar Mahkamah Syariah Putrajaya Tuan Sara Waheeda Tuan Dir.
Ads
Bagaimanapun, Rosland tidak hadir dan diwakili peguamnya, Datuk Seri Amli Embung.
Rosland yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik sebelum ini gagal menghadiri prosiding kes nusyuz yang difailkan sendiri di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 31 Januari lalu.
Ads
Rosland kemudian diperintah membayar kos RM500 kepada peguam dan isteri pertamanya.
Sementara itu, Mohd Junid selaku peguam defendan hadir dan memohon satu tarikh untuk dimasukkan pembelaan terhadap tuntutan.
Pendaftar mahkamah menetapkan proses sulh akan disambung pada 14 April ini bagi menyelesaikan dokumentasi bagi menjawab pembelaan.
Mingguan Wanita : 28 tahun, jangka masa yang lama dan pelbagai suka duka dilalui bersama. Moga urusan pasangan ini dipermudahkan.
Jodoh masih kuat Datuk Ras Adiba berkahwin semula dengan bekas suami. Tahniah diucapkan buat bekas personaliti televisyen, Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang kini kembali bergelar isteri orang.
Ras Adiba, 54 menerusi portal berita Mstar mengakui berkahwin semula dengan bekas suami, Mohamed Azam Ali buat kali kedua.
Jodoh Masih Kuat
Untuk pengetahun Ras Adiba pernah berkahwin dengan Mohamed Azam Ali pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Majlis pernikahan kali kedua telah berlangsung pada 2 Jun itu diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur.
Wanita cekal yang juga Pengerusi Bernama mengenali suami sejak tahun 1986 ketika dirinya masih bertugas di stesen TV3 dan mengakui jodoh mereka masih kuat.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ras Adiba Radzi ada memuatnaik beberapa foto bersama jejaka di Instagramnya dengan menulis kapsyen;
Ras Adiba pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Hari ini secara rasminya bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau mesra dipanggil sebagai KJ bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM. Ramai sebenarnya yang ternanti-nanti cara penyampaian bekas Ahli Parlimen Rembau ini dalam mengendalikan radio pula.
KJ mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio popular pagi ini, bersama dua penyampai lain iaitu Johan dan AG. Cukup santai dan bersahaja, ternyata gandingan KJ bersama Johan dan AG cukup serasi di stesyen radio menghiburkan para pendengar pada pagi ini.
Tak Nak Dilupakan
Antara yang mencuri tumpuan ramai ialah KJ secara terbukanya mengakui dia masih ingin meneruskan cita-cita dalam landskap politik dan radio salah satu cara untuk membuat orang tidak melupakan dirinya.
“Saya join Bekpes Hot FM ini kerana Hot FM terbaik di pasaran. Saya pun masih lagi ada cita-cita politik, tak nak orang lupa saya. Jadi kita boleh berbincang dan bergurau setiap pagi.Bermula hari ini, 15 Februari 2023,” ujar beliau yang juga pemegang ijazah politik dan ekonomi dari Universiti Oxford.
Ketika ditanya, mengapa meminati cabang bidang politik, secara spontan KJ menjelaskan dirinya suka membantu orang ramai.
“Saya suka politik kerana suka bantu orang,” ujarnya.
Ramai yang bersemangat mendengarkan celoteh KJ sebagai penyampai radio pada pagi ini, serta turut mendoakan semoga bekas YB Rembau ini terus maju jaya.
Terdahulu, tawaran Hot FM kepada Khairy dibuat menerusi surat terbuka kepada KJ membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Terlalu cepat. Kluster Sivagangga dikatakan merebak lebih cepat berbanding sembilan kluster lain dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan kajian bagi mengenal pasti puncanya bagi mengekang sebaik mungkin kluster Sivagangga ini dari terus merebak.
Kluster Sivagangga Merebak Lebih Cepat
Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kluster Sivagangga merebak dengan lebih cepat berbanding sembilan lagi kluster yang dilaporkan dalam negara sebelum ini.
Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM kini sedang giat menjalankan kajian bagi mengenal pasti punca penyebaran lebih cepat itu.
“Kita lihat kluster ini merebak dengan cepat dibandingkan sembilan kluster lagi seperti di Sarawak.
“Kita sedang jalankan kajian adakah kita sedang menghadapi satu kluster Genom 614 iaitu kluster ‘Super Spreader’ seperti yang laporkan di Mesir dan Pakistan.
“Besar kemungkinan ini (kluster Sivagangga) adalah kluster Super Spreader tetapi kita kena laksanakan ujian teliti dan akan kulturkan virus itu di makmal.
“Jika bacaan ‘Rt’ adalah satu, ini bermakna 100 orang disahkan positif jadi akan menjangkiti 100 orang yang lain dan KKM perlu memastikan bacaan Rt kurang daripada satu, kita akan dapat kawal Covid-19 di Malaysia,” katanya ketika sidang media Covid-19 di Putrajaya dekat Kuala Lumpur hari ini.
Fokus Pelanggan, Kluster Sivagangga Merebak Cepat
Sementara itu, KKM akan terus menjalankan saringan bersasar bagi kluster Sivagangga dan kini fokus masih lagi tertumpu kepada pelanggan yang ke sebuah restoran nasi kandar di Napoh, Kedah.
Selain itu, saringan bersasar juga dilakukan untuk penduduk yang tinggal dalam radius satu kilometer dari lokasi restoran berkenaan tetapi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan perlu menjalankan saringan segera.
Dr Noor Hisham berkata, sehingga 12 tengah hari ini, enam kes baharu membabitkan kluster Sivagangga direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 30 kes.
Kes keenam adalah kontak rapat dengan individu positif kerana pernah mengunjungi premis itu dan dikesan mengalami gejala pernafasan pada 2 Ogos lalu dan disahkan positif semalam.
Bagi kes selebihnya, mereka mempunyai sejarah mengunjungi kawasan yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Kedah.
“Semua yang positif kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah dan mereka adalah generasi kedua dalam kluster Sivagangga,” katanya.
MW: Diharap seluruh penduduk yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Malahan tak lupa mengharapkan seluruh pembaca MW mendoakan keadaan di sana kembali pulih seperti sediakala.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...