Jemaah hilang di Makkah, pencarian  anak berakhir sedih. Bapa ditemui  meninggal dunia. Kisah kehilangan seorang jemaah umrah, Rosli Salleh, 62 yang sepatutnya pulang ke tanah air pada 23 Mac 2023 berakhir dengan berita sedih.

Dalam perkongsian terkini dari anaknya Muhammad Farid Rosli yang meminta bantuan orang ramai mencari bapanya di Makkah menerusi facebook Group Umrah memaklumkan, bapanya disahkan sudah meninggal dunia.

Jemaah Hilang Di Makkah

“Assalamualaikum. Update terbaru, kami sekeluarga telah menjumpai Ayah kami. Beliau telah meninggal dunia di sana. Kami mohon tolong doakan untuk kesejahteraan ayah kami di sana, mohon kebaikntuk di akhirat dan semoga kami semua akan disatukan di syurga kelak. Amin InsyaAllah.

“Kami sekeluarga mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Kami juga ingin berterima kasih atas segala pertolongan dan doa yang diberikan sepanjang pencarian ini. Terima kasih. Mohon jangan tanya tentang detail. Cukup di sini sahaja. Terima kasih.Innalillah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tiada Insuran Perlu Jelaskan Bil RM11k, Jemaah Umrah Pengsan Dalam Pesawat Dirawat Hospital Di India

Lelaki Ini Terang Panduan Umrah Mudah, Untuk Jemaah Kali Pertama

IKLAN

Kanak-kanak 4 Tahun Meninggal Ketika Tunai Umrah Bersama Keluarga, Bertuahnya Anak Syurga

“Allah, Mak.. Mak” Wanita Rebah Saat Tunai BADAL UMRAH ARWAH IBU, Sarat Rindu Tak Terbendung

Asbab Jatuh Dalam Bilik Air Ketika Tunai Umrah, Fatin Dijangka Koma Seumur Hidup

Jemaah Hilang Di Makkah, Pencarian Anak Berakhir Sedih. Bapa Ditemui Meninggal Dunia

IKLAN

Pencarian Anak Berakhir Sedih. Bapa Ditemui Meninggal Dunia

Kisah bapanya mendapat perhatian media sebelum ini selepas dirinya membuat perkongsian di media sosial. Ini kerana bapanya mengerjakan umrah secara sendirian dan bukannya mengikuti rombongan jemaah dari agensi.

Berdasarkan perkongsian sebelum ini, 25 Mac lalu, Muhammad Farid memaklumkan,  bapanya dipercayai masih berada di Makkah.

“Assalamualaikum. Update terbaru 25/3/2023 : Ayah saya masih di Mekah insyaAllah even after date of flight yang sepatutnya dia pulang ke malaysia pada 23/3/2023.

“So mungkin boleh cari di area Mekah atau masjidil Haram. Kemungkinan boleh focus pada orang-orang yang  tidak memakai ihram sebab ibadah umrahnya sudah lama selesai.

IKLAN

“Maybe focus on pada lelaki dewasa yang pakai tshirt berkolar biasa saja. Kebiasaannya tawaf di tingkat 2. Mungkin boleh check orang-orang yang baring-baring di tepi. Maybe boleh cari juga dia mana-mana area balai polis atau di hospital berdekatan.

Terima kasih sesiapa yang sudi membantu dan semoga dapat terus berdoa untuk kami sekeluarga agar ayah kami sihat dan dapat dipertemukan kami semula insyaAllah. Jasa baik tuan puan hanya Allah yang dapat membalasnya dan semoga akan ada keajaiban daripada keberkatan ramdhan ini. InsyaAllah.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Hidup Ini Keras Demi Sesuap Nasi
DEMI SESUAP NASI, apa pun sanggup diredahi janji rezeki itu halal. Sakit dan perit biarlah sendiri menanggung. Itu luahan rasa puan Azian, ibu tunggal 9 anak yang menderita sakit saraf gigih menjual nasi lemak menyara keluarga.
Namun, bebanannya mampu kita kurangkan dengan menyalurkan sumbangan ke Tabung Skuad Sedekah Mingguan Wanita bersama Beras Era sempena kempen Sempurnakan Raya. Sumbangan ikhlas anda akan digandakan agar ia dapat disalurkan juga kepada keluarga asnaf lain.
Anda yang nak bantu kakak ini klik link ini untuk menyumbang : https://infak.peduliinsan.com/…/mingguanwanitaxpeduliinsan

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI