“Biar Saya Sakit,Tidak Mahu Sekat Rezeki Orang Lain” begitulah antara pendirian yang membuktikan pelakon terkenal Fasha Sandha rela dirinya sakit namun tidak mahu menyekat rezeki orang lain.

Seperti yang diketahui ramai Fasha masih belum pulih dari kecederaan pada mata kirinya. Walau pun masih sakit namun dia sangat bersyukur kerana dapat menyempurnakan penggambaran telefilem Anak Tuan.

“Biar Saya Sakit, Tidak Mahu Sekat Rezeki Orang Lain”

Telefilem tersebut yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri ini diteruskan penggambaran. Menurut Fasha dirinya nekad untuk menyelesaikan penggambaran dek kerana tidak mahu menyusahkan syarikat produksi.

“Telefilem ini adalah untuk tayangan Aidilfitri kelak. Syarikat produksi ada bertanya sama ada hendak tunda tarikh tayangan.

“Namun, saya tidak sampai hati kerana membabitkan rezeki dan bayaran kru. Kalau saya tidak habiskan ‘shooting’, mereka tidak akan dapat baki bayaran.

“Saya akan fikir orang lain dahulu. Pada hari kejadian, dengan mata bengkak, saya mahu teruskan penggambaran tetapi ramai tidak mengizinkan.

“Saya selalu fikir untuk memudahkan kerja orang. Bagi saya, kalau saya permudahkan kerja orang lain, Allah mudahkan kerja saya,” kongsi Fasha.

20 Tahun Berlakon, Tak Pernah Buat Orang Lain Menunggu

Sikapnya yang sangat serius dalam bekerja membuatkan ramai yang kagum. Realitinya Fasha sememangnya seorang artis yang sangat berdisplin. Malah sepanjang 20 tahun bergelumang dalam seni dia tidak pernah buat orang lain menunggu.

IKLAN

Disebabkan itu, Fasha kembali ke lokasi penggambaran selepas 10 hari bercuti termasuk lapan hari menjalani rawatan di hospital.

“Saya putuskan untuk sambung ‘shooting’ biarpun masih bergelut dalam kesakitan. Biar saya sakit tetapi tidak mahu sekat rezeki orang lain.

“Sebelum ini, belum pernah ada kerja penggambaran tertangguh disebabkan saya. Sudah hampir 20 tahun saya berlakon, saya tidak pernah buat orang lain menunggu saya,” sambung Fasha.

“Biar Saya Sakit, Tidak Mahu Sekat Rezeki Orang Lain” Fasha Komited Walau Belum Pulih

 

IKLAN

Kena Jalani Pembedahan Buang Darah Beku  

Seperti yang dilaporkan Berita Harian Online, pelakon cantik itu bakal menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) untuk memutuskan sama ada perlu menjalani pembedahan untuk membuang darah beku dalam matanya.

“Doktor kata saya boleh teruskan kehidupan seperti biasa tapi saya kena jalani pembedahan untuk buang darah beku.

“Jadi, saya perlu buat CT Scan sekali lagi untuk memastikan mata sembuh sepenuhnya,” katanya.

Baca Disini : Fasha Tak Nak Orang Ramai Salahkan Azhan Rani “Abang Jangan Risau, Abang Tolak Tak Kuat Pun”

“Biar Saya Sakit, Tidak Mahu Sekat Rezeki Orang Lain” Fasha Komited Walau Belum Pulih

IKLAN

 

Baca Disini : “Setiap Hari Manjakan Anak, Tapi Kalau Buat Salah Kena Juga…” – Fasha Sandha

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Sumber :  Berita Harian 

 Sumber Foto : Instagram Fasha Sandha

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI