Doh ni saya guna juga untuk buat pizza,donut & burger malaysia.
Saya buat memang macam ni, saya gaul semua sekali harung… nak cepat katanya. Jadi jugak, insyaAllah.
Ads
Biarkan sejam tapi kadang tu tak sampai sejam dia dah naik cantik. Tunggu doh kembang dulu… saya tak timbang sebab buat makan sendiri je. Kalau nak jual, kene timbang lah ya.
Lepas bulat bulatkan dia tunggu sekejap,dia akan naik lagi…dah naik tu baru celop telor dan breadcrumb.tapi hati hati sebab doh macam lembik gitu… nanti tak cantik laa kalau dia tak jadi bulat.
Salut telor dulu baru golek dalam breadcrumb pastu goreng.
Untuk inti:
Actually boleh je nak letak inti apa apa. Tapi yang kawan saya ajar ni lebih kurang macam ni la. Saya dah ubah sikit ikut citarasa saya.
Ads
1 tin sos carbonara
2 cawan atau lebih isi ayam potong dadu
1 biji bwg holand
3 ulas bawang putih
Setgh btg carrot
Setgh btg timun
Tumis bawang, masukkan ayam dan carrot. Bila ayam dah masak masukkan sos dan timun. Saya letak sedikit air. Kacau sehingga pekat yg kita inginkan.
Boleh juga buat inti ayam perisa apa apa pun, terpulang.
Ads
Untuk inti, pada pendapat saya, boleh je nak letak apa pun yang ni saya buat guna bahan bahan di bawah.
1tin sos carbonara
2cawan atau lebih isi ayam potong dadu
1labu bwg holand
3ulas bwg putih
Setgh btg carrot
Setgh btg timun jepun buang biji
Tumis bawang, ayam dan carrot. Kemudian masukkan sos carbonara dan timun. Saya letak sedikit air. Kemudian kacau hingga pekat.
Kalau nak share,share aje…sebab saya pun share dari kawan saya jugak ni.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ada sesetengah orang gigih diet garam dan tolak makanan yang jenis masin berlebihan sebab nak jaga kesihatan tetapi tahukah anda sebenarnya ada cara yang betul untuk ambil makanan yang jenis bergaram.
Untuk jaga tekanan darah, kena lakukan pelbagai cara. Bersenam, jaga makan, jaga stress level, kahwin cepat bagi yang dah wajib kahwin.
Jaga makan ni, senang cerita mesti korang selalu dengar doktor nasihatkan “kurang kan lah makan garam, makan daging merah”. Betul nasihat ni. Tapi tahukah anda, sebenarnya garam yg kita campur dalam masakan & garam yg terkandung dalam sumber semulajadi macam daging tu, hanya menyumbang kepada 25% sahaja sumber garam harian kita?
Lagi 75% garam ni, datang dari makanan yang di proses. Makanan ready-made. Tapi ramai antara kita tak sedar, sebab bila kita cakap garam, otak mesti automatik kaitkan dengan rasa masin, betul?Sedangkan makanan di proses ni rasanya manis, lemak berkrim, ataupun langsung takda rasa masin.
Bila kita sebut GARAM, makna nya ia merujuk kepada Sodium Chloride. Berat garam ni sebenarnya, 40% terdiri dari Sodium, lagi 60% ialah Chloride. Yang beri kesan pada kesihatan ( naik kan risiko Hypertension) ialah Sodium. Label nya dalam ilmu kimia ialah Na. Jadi, bila tengok label makanan, check lah perkataan Sodium, atau Na. Kalau makanan Malaysia, ada yg ditulis Natrium.
Jawapannya antara 1500mg ke 2400mg sahaja, dalam sehari.
Terlalu kurang pun tak boleh, sebab Sodium ni ada fungsi nya. Ber wasatiah lah.
Secara average nya, 2400mg Sodium tu bersamaan dengan 6 gram garam.
Bagi kanak kanak, terutamanya baby, lagi lah perlu kurang kan sodium intake. Baby bawah setahun tak boleh ambil lebih dari 1gram GARAM dalam sehari. Kat bawah ni cadangan berapa banyak sodium yg dibenarkan utk kanak kanak:
1 to 3 years – 2g of salt a day (0.8g sodium) 4 to 6 years – 3g of salt a day (1.2g sodium) 7 to 10 years – 5g of salt a day (2g sodium) 11 years and over – 6g of salt a day (2.4g sodium) OK, jom tengok makanan proses yg ada garam ( sodium).
Roti, biskut yg manis tu…pun ada garam.
Segala makanan dalam tin, dalam kotak…ada garam.
Hatta susu pekat manis yg rasa manis tu pun, ada garam ( kita belum cerita pasal GULA nya).
Tengok lah gambar-gambar yang aku attached dalam post ini.
Yang ini dari blog Susu Sejat. Dia bandingkan kandungan serat utk dua jenis roti Gardenia.Roti ” hijau” yg high fibre memang bagus utk diabetic,low GI.
Perhatikan kandungan NATRIUM nya,lebih kurang sama antara kedua jenis roti ni.
Kicap..of coz la ada sodium…hahaha…Tu dia setiap hidangan = 690mg.
Sos tomato yang manismasam…..pun ada sodium( garam)…
mayonis yang manis lemak….per srving ada 90mg Sodium
Bukti biskut Jacob yang kita tak rasa masin tu, ada sodium. Tu sebab dia ada jual packaging yang “Low Sodium” ni.
53mg Sodium dalam per serving susu ni tau….
Point utamanya, nak jaga kesihatan:
Tu sebab dalam post awal utk hari ni, aku bagitau aku ban segala jus jus kesihatan.
Abis tu, semua makanan yg kita beli kat Giant, Tesco tu semua ada Sodium…camana? Tak kan tak leh makan roti, takleh makan biskut….takleh makan sos…?
Jawapannya, boleh.
Makan lah. Hidup kena di nikmati.
Cuma kena in moderation. Wasatiah.
Dan kena pandai pilih….maksudnya antara 2 brand sos contohnya, pilih yg paling sihat ( less sugar, less sodium, less saturated fat…contohnya)
Dan pastikan jangan lupa amal kan gaya hidup yg menyeluruh sihat.
Bersenam kerap, makan sikit( low carb) tapi kerap, elak makan produk entah apa apa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramai tak percaya wanita ini nenek yang sudah memiliki empat orang cucu. lagi-lagi dengan penampilan rudged dan lasaknya dalam sukan permotoran. Drift itu dunianya. Berlumba dengan sesiapa saja di litar sudah menjadi darah daging nenek vogue ini.
Dialah Zaidah Mohd Ishak yang mula jatuh cinta dengan sukan lumba kereta sejak setahun lalu. Nama galmornya di litar, Zaidah ZZMI YB.
“Memang ramai yang tak percaya saya sudah bergelar nenek. Saya mempunyai lima orang anak dan tiga daripadanya sudah berkahwin. Saya bangga bila orang tahu saya sudah ada cucu.
“Saya ingin buktikan umur juga bukan penghalang untuk kita melakukan sesuatu yang kita sukai walau pun ia mencabar.”
Bukan calang-calang orang mampu menceburi dunia permotoran, lebih-lebih lagi wanita kerana majoriti dipelopori oleh kaum Adam.
Wanita cantik bertubuh langsing ini mengakui, berlumba kereta di litar merupakan hobi keluarga. Penglibatannya di dalam bidang ini juga dorongan suami tersayang, Yohan
Suaminya telah membelikan sebuah kereta khas untuknya berlumba. Kenderaan itu dinamakan ‘The Red Campret’.
“Saya mula berjinak-jinak dengan aktiviti lumba kereta ini pada Disember 2016. Awal dulu suami yang aktif dalam sukan ini bersama anak lelaki, Rafiq. Tak lama kemudian, dia ajak pula saya ceburi.
“Bila suami pun sanggup belikan kereta untuk saya berlumba, saya pun beranikan diri mencuba. Ini satu pengalaman dan cabaran baru dalam hidup saya.”
Bagi Zaidah, berada di atas litar memberi satu kepuasan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.
“Kalah memang perkara kedua. Yang penting, seronok masa memandu dekat litar.”
Jangan beri keluarga ini mendengar apa-apa kejohanan berkaitan permotoran, pasti mereka takkan melepaskan peluang turut serta.
Antara yang pernah mereka tawan adalah Elite Speed Way, MIMC Melaka dan Litar Datuk Sagor, perak.
Memanglah tak dinafikan Zaidah cekap memandi di jalan raya. tapi situasinya tak sama dengan memandu di dalam litar. Ada aspek keselamatan yang perlu dijaga.
“Suami sarankan saya mengikuti kursus pemanduan selama dua hari di SSAD. Di SSAD. Di sana saya belajar teknik dan pemanduan yang betul dan selamat.
“Saya belajar memandu go kart, teori dan menjalani latihan simulator, di bawah jurulatih Rashid Ramlan.
“Paling penting persiapkan diri sepenuhnya sebelum berada di litar perlumbaan. Saya lalui juga ujian kesihatan untuk kesan saya sihat sepenuhnya dan bebas daripada penyakit.”
Nak jadi pelumba kereta lagi-lagi dalam usianya itu, paling penting perlu ada sifat berani dan jiwa kena kental.
Disebabkan minat yang mendalam, wanita ini memiliki 5 buah kereta khas untuk berlumba.
Biarpun masih baru, kehadirannya di litar tak boleh dipandang sebelah mata.
“Sebelum ini, semua ‘time attack game’ saya akan masuk, di bawah kategori wanita. Yang terkini, 20hb Ogos lalu, saya telah menyertai satu kejohanan.
“Iaitu Forca Generation X Time Attack Championship 2017 RD4, dalam kategori terbuka dan telah memenangi tempat ketiga daripada 26 pelumba.
Itu pencapaian hebatnya kerana daripada ramai-ramai peserta, Zaidah seorang peserta wanita.
“Saya mencatat masa 52.11 saat berbanding naib juara 52.03 saat dan juara 51.58 saat, dalam pusingan dua. Ketika itu saya memandu Evo 6.”
Kemenangan itu satu suntikan semangat dan motivasi untuknya terus berlumba.
Zaidah juga pernah terlibat di dalam penggambaran filem ‘Hantu Wangan’ arahan Ahmad Idham, lakonan Achey.
Kontraktor ini juga tak melupakan tanggungjawab terhadap keluarga. Zaidah tetap melakukan sendiri tugas di rumah walau pun ada pembantu rumah.
“Setiap hari saya akan masak untuk keluarga dan menguruskan persekolahan dua orang anak dan seorang cucu.
“Hujung minggu, saya, suami dan anak sulung, Rafiq akan menyertai mana-mana perlumbaan kereta.
“Kalau menantu lelaki saya, Mohd Razman ada kelapangan dia akan ikut. Seronok bila dapat melakukan hobi bersama keluarga. Inilah cara kami meluangkan masa bersama.
Ketika ini, Zaidah dan suami banyak menyertai kelab-kelab kereta seperti kelab GTR. Di situ mereka banyak berjumpa dengan rakan-rakan baru daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Ia juga salah satu cabang untuk mereka membina ‘networking’ di dalam dunia perniagaan.
Zaidah juga ahli Malaysian Women Motorsport (MWM Society). Dan berhajat untuk memasuki MSF dan S1K pada masa hadapan.
Wanita perlu libatkan diri dengan kegiatan yang mereka suka. Tak bermakna sudah bergelar ibu dan nenek, kena duduk rumah saja. Kita kena kekal aktif.
Tapi sebelum itu, kena belajar teknik pemanduan yang betul dahulu. Hebat di jalan raya tak bermakna kita juga hebat di litar.
Anda juga perlu bersedia untuk mengeluarkan bajet bagi mengendalikan kereta lumba yang saya akui bukan murah.
“Untuk kereta lumba, saya gunakan khidmat H3 Auto & Infinity Speedwork.” Akhiri Zaidah yang turut mengalu-alukan pihak tertentu yang ingin menjadi penaja.
Foto: Nurul Akmar Azimi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kebelakangan ini, banyak kereta baru dengan rekaan yang cantik lagi menarik berada dipasaran. Buat kita pun rasa teruja, mulalah pasang impian berangan nak tukar kereta baru juga.Memang seronok bila ada kereta baru ni, rasa lebih selesa dan nampak lebih bergaya, kan! Tapi sebelum nak teruskan impian dan hajat dihati tu, sebenarnya banyak aspek yang perlu diambil kira.
Buat yang masih keliru sama ada nak tukar kereta baru ke tak, sebelum nak beli tu, pertimbangkan dahulu formula yang dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad ini, yang juga merupakan penulis bagi tip-tip kewangan.
Berikut antara perkongian beliau;
1. Kebelakangan ini makin banyak kereta baru akan dan telah keluar dipasaran.
2. Ramai yang dah terliur dan mula pasang angan angan. nak beli MYVI, Iriz, Axia, atau Bezza.
3. Mari kita ulang kaji pelajaran, kereta yang layak kita beli adalah SETAHUN gaji kita.
4. Jika gaji baru RM2,000 kereta yang kita mampu beli beharga RM24,000 sahaja.Jika tiada kereta baru, belajar naik motor dulu atau beli yang terpakai saja.
5. Bayaran kereta kita sebaiknya BAWAH15% dari gaji. Jika gaji RM3,000. Ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 sahaja.Jika lebih, jurujual kereta akan kata “padan muka jerat sudah kena”
6. Boleh juga guna formula ini; 20 : 5 : 15
20% Deposit kereta
5 Tempoh Pembiayaan
15% Dari gaji bayar kereta
7. Jika masih lagi sukar dapat jawapan nak beli kereta atau tidak, guna pulak formula ini.
Harga Kereta / 12 bulan = Gaji Layak Beli
Jika harga Axia paling murah RM24,900 / 12 = RM 2075 gaji layak beli.
Jika harga MyVi baru paling murah RM44,300 / 12 = RM3691 gaji kita baru layak beli MyVi baru yang seksi itu.
8. Memang seronok naik kereta baru, kawan opis puji tinggi sebab nak naik kereta ‘free’.
9. Belajar simpan duit dulu baru belajar nak beli kereta. lebih hebat jika beli rumah dulu baru kereta. Gegadis sangat suka sebab ada dapur IKEA.
10. Kereta terpakai bukan dosa, tak guna kereta baru jika sampai opis lewat juga.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, kongsikan juga formula ini kepada kawan-kawan yang berhajat nak tukar kereta.