Sejak beberapa minggu ini, banyak sungguh laporan kehilangan wang di bank dilaporkan di media sosial. Wanita ini, Marlia Ramli juga pernah menerima transaksi 1 USD yang meragukan.
Biarpun nilainya kecil iaitu kira-kira RM4.55 saja. Namun, dari nilai yang kecil inilah pemilik akaun perlu lebih ‘alert’ dan ambil peduli. Segera ambil tindakan, hubungi pihak bank dan minta tukar kad bank segera.
Wanita ini berkongsi tip apa yang perlu dilakukan jika berdepan hal meragukan melibatkan wang di bank anda. Pesannya sentiasalah semak transaksi kewangan di bank setiap 2 ke 3 hari.
SENTIASA PANTAU
1) Masa orang heboh-heboh duit hilang di akaun bank, akak pun lalui jugak. Cuma cara akak, settle dulu baru bunyi.
2) Bukan hilang di akaun simpanan. Tapi ada kecurigaan transaksi kad kredit sebanyak 1 USD. Amaun kecik tetapi aneh.
3) Bila masa Kak Lopa buat belian 1 USD melalui kad kredit? Akak tertanya-tanya. Mai mana transaksi seciput 1 USD?
4) Jadinya akak bertenang. Call centre bank “tut”. Bank ni pun satu hal, lembab. Tiga kali call baru berjawab.
5) Kali ketiga of course akak dah mood tak baik. Akak komplen la nape susah sangat nak jawab call?
6) Tergagap-gagap officer minta maaf. Akak pun maafkan gitu je. Yelah, Nabi ampunkan umat apalagi kita kan?
7) Officer yang jawab terus bantu buat termination kad kredit. Jammed kejap! Akak ni orang business, bila tak de kad kredit ibarat tak de talian hayat. Jammed.
8 ) Akak terus cakap kalau replacement kad tak sampai dalam tempoh 10 hari akak terminate terus. Akak akan guna kad kredit bank lain.
9) Gelabah beliau. Dalam 5 hari kad kredit replacement dah sampai. Berserta notification di SMS dan email yang akak sekadar baca tapi tak reply sebagai langkah berjaga-jaga.
Ads
Jangan Pernah Anggap.. ‘Alah 1 USD Je Pun..’
10) Moralnya? 1 USD hanya RM4.55 je pun. Bagi orang bussiness anda mungkin tak perasan. Atau anda fikir “alah! 1 USD je pun!” Adapehal nak bising-bising kan? #apeni?
11) Tapi kalau fraud transaction dibiar, staff bank cakap ianya cuma trial. Scammer akan buat deduction lagi besar lepas tu. Dengan credit limit akak yang tinggi memang naya kalau kena.
12) Sebagai wanita yang cerewet soal duit ringgit akak memang sentiasa semak transaksi bank setiap 2-3 hari sekali. Setiap inci. Biar berhati-hati daripada makan hati.
13) Jangankan duit kat bank. Transaksi kad kredit pun berisiko tidak selamat. Jadinya SENTIASA PANTAU aliran keluar masuk wang anda.
Mingguan Wanita : Jangan pernah meremehkan apa-apa perubahan kecil sekalipun yang berlaku di bank. Sentiasalah ambil tahu dan ingat agar tidak terjebak untuk menekan mana-mana pautan link yang mencurigakan.
Setiap mak ayah mendambakan anak-anak yang bijak, pandai dan miliki IQ yang tinggi dalam pendidikan yang diterimanya. Semua ini boleh dikatakan kena bermula dari anak dalam kandungan lagi.
Anugerah Allah dan pastinya cukup menggagumkan bila anak miliki IQ tinggi dan boleh dikatakan anak genius yang mempunyai kepintaran luar biasa.
Inilah yang boleh diberikan pada kanak-kanak Malaysia yang baru mencecah umur 3 tahun tapi mempunyai kepintaran luar biasa dengan miliki IQ yang tinggi mengalahkan orang dewasa.
Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim, yang menetap di United Kingdom bersama kedua ibu bapanya diterima masuk ke Mensa UK setelah mendapat skor 142 dalam ujian Stanford Binet – penilaian keupayaan kognitif yang digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan IQ.
Menurut laporan Mɛtro UK, nilai tersebut meletakkannya dalam 0.3 peratus tertinggi penduduk. Ibunya, Nur Anira Asyikin Hashim yang berusia 30 tahun berkata bahawa rahsia kepintaran anaknya adalah pendedahan kepada buku seawal umur 2 tahun.
Tambah Anira, anaknya itu mula menyebut perkataan pertama ketika berusia 7 bulan dan apabila berumur 2 tahun, Haryz sudah boleh membaca sendiri buku ceritanya.
Anira dan suami, Mohd Hilmy Naim Mohd Yakin, kedua-duanya yang memiliki latarbelakang kejuruteraan sememangnya tidak pernah menyangka bahawa anak mereka memiliki kepintaran sedemikian.
“Kami tidak mempunyai banyak pengalaman, jadi kami fikir kanak-kanak memang begitu. Tapi sebaik sahaja dia mula dihantar ke pusat asuhan, kami diberitahu bahawa keupayaan dirinya melebihi budak lain. Ketika itu kami sedari bahawa dia agak istimewa,” jelas Anira.
Setelah mengetahui akan kepintaran dan kemahiran yang dimiliki anak mereka, pasangan itu kemudiannya telah mencipta satu saluran YouTube dinamakan ‘Little Haryz’ agar ianya dapat memberi galakan kepada kanak-kanak lain.
Meskipun memiliki IQ yang tinggi, namun Haryz masih lagi bersikap seperti kanak-kanak seusianya. “Dia suka lompat pada lopak air, melukis, menyanyi dan semua perkara yang budak seusianya lakukan”.
“Rancangan televisyen kegemarannya merupakan Story Bots dan Numberblocks namun dia lebih gemar berbual dengan orang yang lebih dɛwasa.”
Selain membaca, kanak-kanak pintar berkenaan juga gemar bertanya dan bercakap mengenai angkasa lepas dan juga nombor. Agak mengujakan dan kami akan membantunya dengan memberi keyakinan padanya agar dia dapat berbakti kepada masyarakat di masa akan datang”.
“Apa yang penting adalah Haryz gembira dengan apa yang dilakukannya dan kami akan sentiasa berbangga dengannya tidak kira apa sahaja pencapaiannya”, ujar ibu kepada kanak-kanak luar biasa itu.
Ditanya petua atau amalan surah tertentu sewaktu mengandungkan anak sulungnya, Nur Anira berkata sebagaimana ibu-ibu mengandung yang lain, dia juga mengamalkan membaca al-Quran selain membaca bahan berkaitan persediaan ke alam ibu bapa, serta bahan berkaitan pengajiannya.
“Tidak ada surah spesifik yang saya amalkan, saya membaca mana-mana sahaja surah dari al-Quran.”
“Saya kerap berdoa agar dikurniakan anak yang sempurna dan baik hati. Tidak terlintas langsung yang saya akan mempunyai seorang anak yang berkebolehan,” jelasnya.
Bercerita bagaimana Haryz mendapat pengiktirafan berkenaan, menurut Nur Anira, ia bermula apabila dia dan suaminya, Mohd Hilmy Naim diberitahu oleh guru di ‘nursery school’ bahawa perkembangan anaknya dalam pembacaan adalah lebih terkehadapan berbanding rakan seusianya di dalam kelas.
“Oleh itu, kami membawanya berjumpa seorang psikologis kanak-kanak pintar di Britain, dengan harapan dapat mengenalpasti di mana kelebihan dan kekurangannya.
“Haryz dinilai secara tidak formal dalam ujian Stanford Binet dan mendapat skor 142. Kami sekaligus diberi borang untuk dihantar ke Mensa,” ujarnya.
Sungguhpun empat tahun menetap di negara orang, Nur Anira berkata dia dan suami tetap mengajar Haryz bertutur dalam bahasa ibunda, iaitu bahasa Melayu.
“Haryz boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Kami menggunakan bahasa Inggeris dan Melayu ketika berada di rumah bersama Haryz. Namun, Haryz lebih gemar bercakap dalam bahasa Inggeris. Haryz juga belajar beberapa ayat Mandarin dari neneknya kerana neneknya seorang yang berbangsa Cina,” ujarnya.
.
Bergerak Seiring
Ditanya perancangan untuk Haryz, Nur Anira berkata dia dan suami enggan memaksa, sebaliknya lebih suka membiarkan anak sulung mereka menentukan minatnya sendiri dan bercampur dengan kanak-kanak seusia dengannya.
“Kami mahu kedua-dua IQ dan EQnya bergerak seiringan. Matlamat kami adalah memastikan Haryz boleh pergi lebih jauh dalam minatnya tak kira apa jua bidang yang diminatinya.
“Kami tiada halangan dan kami akan cuba sedaya upaya memberikan sepenuh sokongan, pengisian dan dorongan untuk dia kekal ceria dan seronok dalam apa jua yang dilakukannya.
Kami mahu dia terus ke hadapan dengan keinginan sendiri, jauh sekali untuk memaksa dirinya,” katanya.
Penting untuk setiap ibu bapa memainkan peranan sewaktu tumbesaran anak-anak, khususnya menjaga emosi mereka tanpa mengambil kira soal pencapaian.
.
“Pada pandangan saya, setiap anak dianugerahkan sisi keistimewaan masing-masing. Anak adalah anugerah yang tidak ternilai dan sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan terpenting dalam menjaga emosḭnya tidak kira apa sekalipun pencapaiannya.
“Cuba berikan sepenuh perhatian apabila anak bercakap dan cuba menjawab segala pertanyaannya dengan baik. Ibu bapa perlu sering memberikan pujian terhadap apa jua usaha anak supaya mereka terus terdorong untuk ke hadapan,” katanya.
Pesanan Ashraf buat kedua isteri “jika ayah pergi dulu jagalah anak-anak dengan baik”. Begitulah luahan dari pelakon kacak Ashraf Muslim yang baru saja menyambut hari lahir yang ke 41 tahun.
Seperti yang umum ketahui Ashraf Muslim kini menjalani kehidupan bahagia bersama dua isteri, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Aktor yang berasal dari Melaka ini dikurniakan empat cahaya mata. Perkongsian hidup Ashraf dengan Noor Dayana, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 7.
Manakala bersama Wan Sakinah pula, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 8, Adam Ashraf, 7, dan Safiyyah Ashraf, 3.
Walaupun berpoligami namun Ashraf berjaya memberikan kebahagiaan buat isteri-isterinya.
Malah keharmonian rumah tangga dengan dua pasangan seperti yang dikecapi bukanlah sesuatu yang mudah.
Sempena hari lahirnya, kedua isteri berusaha menyediakan majlis keraian, walaupun kecil-kecilan namun bagi Ashraf ianya cukup bermakna.
Malah menerusi ucapannya di akaun Instagramnya, Ashraf juga memohon maaf kepada kedua isteri atas segala kesalahannya selama ini. Malah dia turut berpesan jika dia pergi dulu jagalah zuriat yang ada dengan baik.
“Happy birthday to me!
“Cerita semalam plan pergi berkelah jer. Gigihlah pagi-pagi semua org bangun nak pergi berkelah.
“Ingatkan sebab nak bawak anak-anak pergi mandi manda yerlah kan cuti sekolah.
“Angkatlah barang-barang semua gigih naik tangga.
“Duk cakap dalam hati apa yang beriya sangat sampai macam-macam barang dibawaknya.
“Haa.. sampai je kat atas setup-setup tempat makan dan terkejut AM bila mama ibu setupkan semua ni untuk AM.
“Terima kasih mama ibu kerana meraikan birthday AM ke 41 ni.
“Dah tua dah. Huhuhu.
“AM doakan semoga mama ibu sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dunia dan akhirat.
“Maafkan ayah salah silap selama ini. Jika ayah pergi dulu jagalah anak-anak dengan baik. I love you all,” luah Ashraf.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pasti ada antara kita segar dengan berita-berita Puteri Diana, Putera Charles, Prince Harry, Prince William, Kate Middleton, Maghan Markle dan lain lagi kerana berita gosip keluarga di Raja Britain ini sentiasa menjadi tumpuan paparazzi. Dan pasti ia sentiasa laris kerana ramai mengikuti perkembangan mereka.
Tidak dilupakan ialah Queen Elizebeth 11 yang merupakan bonda kepada Putera Charles yang bakal dilantik memerintah Britain selepas Ratu mangkat semalam. Ia merupakan berita menyedihkan kerana Ratu merupakan paling lama menduduki monarki Britain iaitu selama 70 tahun.
Istana Buckingham, dalam satu kenyataan ringkas, memaklumkan kemangkatan baginda dan bermulanya tempoh berkabung selama 10 hari, ketika seluruh dunia mengucapkan takziah dan mengimbau kembali kegemilangan pemerintahan baginda.
"Ratu mangkat dalam keadaan tenang di Istana Balmoral (Scotland) tengah hari tadi selepas 70 tahun bertakhta.
Turut berada di sisinya ketika kemangkatan ialah semua anak baginda, Charles, Puteri Anne, 72, Putera Andrew, 62, dan Putera Edward, 58, berkumpul di Istana Balmoral di tanah tinggi Scotland. Menyertai mereka ialah anak Charles, Putera Prince William, dan adiknya Putera Harry.
Duduki Takhta Pada Usia 25 Tahun & Pernah Menjadi Makenik Kereta
Selain kemasyhuran keluarga Diraja, pasti tidak ramai tahu bahawa Queen Elizebeth 11 menduduki tahhta Diraja pada usia sangat muda iaitu 25 tahun.
Lebih menarik, Baginda Ratu ini merupakan satu-satunya keluarga diRaja yang menyertai angkatan tentera sedangkan tidak pernah terjadi lagi keluarga Diraja berbuat demikian pada Perang Dunia Kedua di Bawah Perkhidmatan Wilayah Sokongan Wanita. Hal ini sangat merisaukan ayahanda, Ratu George V1 kerana minat anaknya itu.
Ia berlaku pada 24 Februari 1945 di mana dirinya berusia 19 tahun dan selepas melalui episod perbincangan panjang, dirinya dilatih memasuki Perkhidmatan Wilayah Sokongan Wanita sekaligus menjadi satu-satunya kerabat diraja wanita yang menyertai Angkatan Tentera.
Unit sokongan ini amat penting kerana ia berkaitan dengan penembak anti pesawat, pengendali radio, makenik dan pemandu. Dan Queen Elizebeth memasuki unit makenik dan pemanduan dan menyertai latihan makenik selama 6 minggu di Surrey di mana dirinya belajar menukar tayar kenderaan, membaikinya dan lain lagi.
Bahkan dia turut belajar memandu kenderaan seperti jeep,ambulan dan lain lagi sebelum lulus dan memasuki Unit Subaltern Kedua Widsor.
Atas komitennya dirinya dinaikkan pangkat sebagai komander junior kehormat yang tarafnya sama seperti kapten dalam pasukan tentera.
Bahkan dirinya mendapat pujian dunia hingga menerima gelaran Princess Auto Mechanic dan dirinya berkhidmat dalam unit itu sehingga Jerman kalah dalam perang tersebut.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!