Tengku Permaisuri Selangor – Tiada Pihak Boleh ‘Usik’ Kedudukan, Peranan Asal UiTM. Universiti Teknologi MARA (UiTM) perlu terus memainkan peranan sebagai institusi pendidikan tinggi yang menjadi benteng ilmu anak bangsa, tanpa digugat oleh mana-mana pihak, titah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Tengku Permaisuri Selangor – Tiada Pihak Boleh ‘Usik’ Kedudukan, Peranan Asal UiTM

Baginda bertitah, penubuhan UiTM mempunyai asas kukuh selaras dengan Akta 173 (1A) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak orang Melayu, Orang Asli serta anak negeri Sabah dan Sarawak. Oleh itu, kedudukan tersebut mesti dipertahankan dengan penuh iltizam.

Tengku Permaisuri Selangor – Tiada Pihak Boleh ‘Usik’ Kedudukan, Peranan Asal UiTM
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan bertitah sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada Rabu.

“UiTM terbukti mempunyai sejarah istimewa dalam membina kecemerlangan dan jati diri bangsa Melayu serta bumiputera melalui pendidikan tinggi.

“Justeru, saya berharap tiada pihak cuba mengganggu-gugat kedudukan dan peranan asal universiti ini,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam pada Rabu.

Pada sesi pertama istiadat berkenaan, seramai 237 graduan pascasiswazah diraikan daripada keseluruhan 24,643 graduan yang menamatkan pengajian pada kali ini.

Ads
Tengku Permaisuri Selangor – Tiada Pihak Boleh ‘Usik’ Kedudukan, Peranan Asal UiTM
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada Rabu.

Dalam titah baginda, graduan turut diingatkan supaya tidak berhenti menimba ilmu selepas bergelar alumni kerana ilmu merupakan cahaya kehidupan serta lambang maruah diri.

“Pendidikan harus terus menjadi agenda utama negara, bukan sekadar melahirkan tenaga kerja, tetapi membina insan berakhlak dan berjiwa merdeka,” titah baginda.

Ads

Selain itu, Tengku Permaisuri Norashikin turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Dr Ahmad Sazali Hamzah yang dikurniakan anugerah Profesor Emeritus sebagai pengiktirafan atas jasa besar beliau dalam memperkukuh pendidikan dan penyelidikan di UiTM.

Ads

Sumber: Sinar Harian dan Selangor Royal Office

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI