Tragedi Dua Beradik Lemas, Suasana Bilik Mayat Lengang, Tiada Waris Datang. Proses bedah siasat dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi dilakukan di Hospital Port Dickson (HPD).
Tragedi Dua Beradik Lemas, Suasana Bilik Mayat Lengang, Tiada Waris Datang
Difahamkan proses tersebut bermula jam 3 petang, namun sehingga jam 4.15 petang tiada ahli keluarga atau waris mangsa di sekitar Unit Forensik HPD.
Malah suasana di lokasi berkenaan juga kelihatan lengang dan hanya beberapa pengamal media yang ada.
Suasana lengang di Unit Forensik dan bilik mayat HPD bagi proses bedah siasat dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi. Kredit foto: Sinar Harian
Tidak dapat dipastikan tempoh proses bedah siasat dilakukan dan siapa waris yang akan menuntut dua kanak-kanak itu.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan, polis sedang mengesan ibu kandung kepada dua kanak-kanak terbabit.
Ads
Suasana lengang di Unit Forensik dan bilik mayat HPD. Kredit foto: Sinar Harian
Ini kerana, wanita berusia 41 tahun yang turut berada dalam kenderaan bersama dua beradik terbabit ketika kejadian pada Khamis adalah teman wanita kepada bapa mangsa.
Sebelum ini Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, lelaki tempatan berusia 46 tahun dan wanita berusia 41 tahun ditahan selepas didapati memberi keterangan yang meragukan berhubung kejadian terbabit.
“Semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Kes hibah RM1 juta, adik dedah kakak terpaksa tanggung kos guaman ratus ribu untuk lawan kes. Masih ingatkan tentang kes seorang balu anak lima yang memperoleh hibah bersyarat (Hibah Nomination) bernilai RM1 juta dari arwah suami.
Kes ini menarik perhatian ramai selepas adik wanita berkenaan, Shahrul Sabri, mendedahkan di threadsnya bahawa hibah RM1 juta yang diterima kakaknya telah dicabar keluarga mentua di Mahkamah Tinggi Sivil.
Orang ramai rata-rata terkejut apabila mengetahui pemberian hibah takaful bersyarat boleh dicabar di Mahkamah Tinggi Sivil yang sebelum ini diiktiraf sah oleh Mahkamah Syariah.
Menyentuh perkembangan terkini hibah bersyarat RM1 juta ini, sekali lagi ia menjadi tumpuan kerana kes akan mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya pada 25 September 2025 jam 9 pagi.
Berkongsi berita terkini di threadsnya, Shahrul Sabri memaklumkan perjuangan kakaknya untuk mengekalkan hibah RM1 juta itu menempuh jalan penuh liku.
#Hibah1juta. Baru dihubungi peguam. Katanya kos untuk lawan kes ni mencecah ratusan ribu ringgit. Kesan kes ini kalau tak dilawan, keseluruhan industri takaful akan musnah. Tapi yang kena tanggung kos ini kakak saya,”katanya semalam.
Jelasnya lagi, perjuangan kakaknya membesarkan anak-anak seramai lima orang dengan berniaga kecilan di jalanan bukan mudah namun kini perlu melalui perjuangan sendirian.
“Sepatutnya industri yang berbilion ini melindungi pelanggan. Bukan seorang balu yang terpaksa pikul beban mempertahankan sistem mereka,” tambahnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Sempat melawat A. Aida, lihat wayar sudah berselirat di badannya” itulah antara yang dikongsi oleh Ameng Spring tentang bekas isterinya.
Malah Ameng juga berkongsi detik cemas apabila anaknya menghubungi dan memberitahu Datuk A. Aida dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu negara baru-baru ini.
Dirinya mengetahui hal tersebut apabila anak sulungnya Wan Az Aleesa menghubungi dirinya.
“Anak saya telefon sambil menangis teresak-esak. Saya ingatkan kucing dia mati sebab dia ada kongsi dalam sosial media tentang kucingnya yang sakit. Rupanya mama dia yang sakit.
“Lepas dapat panggilan, saya terus ke hospital bertemu anak saya. Dia beritahu tahu saya doktor suruh baca Yasin. Jantung ibunya sudah berhenti sebanyak lapan kali.
“Saya sempat melawat A.Aida. Saya lihat wayar sudah berselirat di badannya ketika tu. Waktu itu saya sedar ini bukan sakit biasa-biasa. Tetapi sakit kronik. Pada mulanya saya syak dia kena serangan jantung disebabkan faktor umur. Tetapi rupanya dia mengalami komplikasi,” terang Ameng seperti mana dipetik menerusi Kosmo! Online.
Alhamdulillah bekas isterinya sudah sedar daripada empat hari koma.
“Saya tengok seolah-olah dia sudah tiada harapan. Jadi kami telah lakukan bacaan Yassin dan solat hajat. Alhamdulillah pagi tadi (semalam) saya dapat panggilan daripada anak saya memaklumkan ibunya sudah sedar.
“Yang paling penting bila dia sedar, dia kenal anak dia. Maknanya otak dia masih berfungsi. Selalunya kalau orang sedar daripada koma mereka susah untuk ingat.
“Tetapi dia masih belum boleh bercakap kerana ada tiup di dalam mulut. Cuma bila anak saya tanya kenal tak dia, dia angguk. Insya-Allah dalam masa terdekat dia mungkin akan dipindahkan ke wad biasa,” jawabnya.
Untuk rekod sebelum ini A. Aida rebah selepas melakukan rawatan fisioterapi. Difahamkan A. Aida baru dua hari menjalani pembedahan di kedua-dua lututnya sebelum kejadian.
Ini 7 Petua Masak Nasi Sempurna. Ramai anggap masak nasi itu kerja mudah, asal masuk beras dan air, siap.
Namun, hakikatnya nasi yang lembik, berkerak atau hangus boleh merosakkan selera seisi keluarga. Untuk hasilkan nasi yang cantik, gebu dan wangi, ada beberapa rahsia dapur yang boleh diamalkan.
Bila hendak masak nasi, inilah kunci utama. Bagi beras tempatan, gunakan nisbah 1 cawan beras bersamaan 1¼ cawan air. Untuk beras basmati pula, cukup sekadar 1:1. Jangan terlalu banyak, nanti lembik; jangan terlalu kurang, nanti keras.
Bilas beras hingga air hampir jernih supaya lebihan kanji tidak menyebabkan nasi melekat. Jangan terus masak ketika beras masih basah kuyup, sebaiknya tos seketika sebelum dimasukkan ke periuk.
Mulakan dengan api sederhana sehingga air hampir kering, kemudian kecilkan api sehingga nasi benar-benar masak. Cara ini mengelakkan nasi di bahagian bawah periuk menjadi hangus.
Titiskan sedikit minyak masak atau masukkan sehelai daun pandan untuk aroma yang harum. Selain wangi, nasi juga akan kelihatan lebih berkilat dan menarik.
Letakkan sehelai kain nipis di bawah penutup periuk. Kaedah ini membantu menyerap wap berlebihan, menjadikan tekstur nasi lebih peroi dan tidak berair.
Selepas suis ditutup atau api dipadam, jangan terus membuka penutup. Biarkan nasi ‘berehat’ sekurang-kurangnya 10 minit. Wap yang terperangkap akan membantu menyempurnakan tekstur nasi.
Akhir sekali, gunakan garpu atau senduk kayu untuk menggemburkan nasi. Elakkan mengacau kasar kerana ia boleh memecahkan biji beras yang sudah kembang.
Hasilnya, nasi bukan sahaja masak sekata, malah kekal gebu, cantik dan tidak mudah basi. Petua lama ini jika diamalkan, menjadikan hidangan nasi putih terasa lebih istimewa walau hanya dimakan bersama lauk yang sederhana.
Tokoh usahawan terkenal tanah air, Datuk Sri Rozita Ramelan yang juga pengasas Rasa Rosz Sdn. Bhd. Berkongsi tentang tip masak nasi dari cepat basi. Dengan penggunaan periuk nasi yang betul juga membantu dalam penyediaan hidangannya di dapur, malah ia membantu mengelakkan nasi cepat basi.
“Kami juga mengenalpasti faktor utama kenapa nasi cepat basi iaitu pengewapan air di dalamnya dan menambahbaik dengan empat lapisan pelindungan.
“Periuk nasi Tefal Delirice Max Rice Cooker (RK7778) membantu mak-mak dengan memasak menggunakan periuk ini nasi boleh bertahan selama empat hari,” katanya pada sidang media dan pelancaran rasmi di Restoran Rasa Rosz bertempat di IOI City Mall, Putrajaya yan berlangsung baru-baru ini.
Pada masa sama, Rozita juga memberitahu periuk nasi ini sangat membantu dalam penyediaan hidangannya di dapur, malah ia membantu mengelakkan nasi cepat basi.
“Makanan yang baik datang daripada konsistensi dan kualiti. Tefal berjaya menghasilkan peralatan yang membantu tukang masak di rumah mencapai tahap kesegaran optimum. Kami bangga dapat bersama dalam pelancaran ini yang menghormati tradisi kulinari negara,” tambahnya.
Menurut Pengarah Pemasaran Tefal, Johann Ng pula, produk ini bukan sekadar periuk nasi, sebaliknya dicipta untuk memberi solusi menyeluruh kepada pengguna yang mahu masak nasi yang berkualiti, lebih praktikal dan bebas pembaziran makanan.
“Teknologi kami diakui boleh membuatkan anda menikmati nasi sepanjang hari tanpa basi. Ia memudahkan penyediaan hidangan harian serta menjamin kualiti masakan keluarga.
“Malah nasi yang dimasak dalam periuk nasi Tefal juga lebih gebu dengan teknologi pemanasan 3D Max di mana bahagian bawah periuk berbentuk bulat dan membantu proses memasak dengan lebih sempurna,” ujarnya.