Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkongsi detik cemas bersama pasukan keselamatannya terpaksa membina perisai manusia bagi memastikan keselamatan keluarga serta pegawai beliau, susulan insiden tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon di Bangkok, Thailand, petang semalam.

Dalam serangan secara rambang tersebut, suspek berusia 14 tahun yang bersenjatakan pistol, melepaskan tembakan rambang sehingga meragut tiga nyawa dan mencederakan empat yang lain. Dalam insiden menakutkan ini, TMJ turut melalui kejadian ini dan berkogsi detik cemas ini di akaun media sosialnya.

Tembakan Rambang Di Thailand

Jelasnya, dalam keadaan tenang tiba-tiba kedengaran orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah tempatnya menginap apabila penembak mula melepaskan tembakan.

“Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu. Kami membawa kanak-kanak/keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.

“Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku.

Sepanjang berdepan situasi itu, Tunku Ismail memberitahu anak-anaknya bahawa keadaan akan kembali baik.

TMJ Kongsi Detik Cemas Bina Perisai Manusia Selamatkan Keluarga

“Saya masih terbayang waktu saya memberitahu anak-anak saya, “semuanya akan kembali okay. Babah dan Mama ada di sini” dan menyuruh mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba,”.

“Saya dan pasukan keselamatan kami berdiri di hadapan keluarga saya, membina perisai manusia untuk melindungi mereka walau apa pun berlaku. Apa yang difikiran saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu. Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis,”.

IKLAN

“Saya menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatan kami untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa kami ke lokasi yang selamat jauh dari tempat tersebut. Saya memberitahu mereka untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia, dan pemandu memberitahu kami Kedutaan Singapura lebih dekat dan ketika itu saya menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor,” katanya memaklumkan mereka sekeluarga selamat tiba di Kedutaan.

Tembakan Rambang Di Thailand, TMJ Kongsi Detik Cemas Bina Perisai Manusia Selamatkan Keluarga
TMJ berkongsi detik cemas bersama keluarga melalui insiden remaja melepaskan tembakan secara rambang di pusat beli belah Siam Paragon semalam.

Kini kami selamat berada di Kedutaan. Saya menghubungi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan kita untuk memaklumkan apa yang berlaku. Duta Besar Malaysia turut ada bersama kami.

Setelah semuanya selamat, kami akan ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat. Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh. 2 orang meninggal dunia. Semoga Allah merahmati roh mereka yang tidak berdosa.

Tembakan Rambang Di Thailand, TMJ Kongsi Detik Cemas Bina Perisai Manusia Selamatkan Keluarga
Remaja 14 tahun yang melepaskan tembakan rambang sudah ditangkap pihak berkuasa. Katanya dia mendengar bisikan agar melepaskan tembakan.

Alhamdulillah, kami selamat. Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan kami dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua.

IKLAN

Menerusi ciapan di X pada jam 3.22 pagi tadi, Tunku Ismail menyatakan mereka selamat mendarat di Johor.

“Landed in Johor. Home sweet home. Alhamdulillah,” katanya ringkas, dengan netizen turut memanjatkan kesyukuran mereka.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Ketika Tubuh Dihempap Mayat Jemaah, Nazril Cuma Fikir Bila Gilirannya Akan Mati

Insiden Tragis Bekas Polis Thailand Mengamuk, 34 Maut Termasuk Kanak-Kanak

IKLAN

Keajaiban Selepas Tragedi Solat Jumaat Di Christchurch, Ini Yang Dunia Patut Tahu

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Terima Kasih Terima Saya Seadanya…”
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI