Kanak-kanak ditinggalkan keseorangan dalam kereta hampir sejam, ditemui orang awam menangis kepucatan. Nampaknya insiden kematian melibatkan kanak-kanak yang dibiarkan keseorangan dalam kenderaan yang dimatikan enjin akibat strok panas masih tidak menjadi pengajaran buat sesetengah ibu bapa.
Jelas undang-undang tertulis, kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. “Jika disabitkan kesalahan, mereka akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.”
Kanak-Kanak Ditinggalkan Keseorangan Dalam Kereta Hampir Sejam
Satu perkongsian dari orang awam Arif @arifjat di twitternya cukup mengejutkan apabila seorang kanak-kanak lelaki selingkungan usia di bawah 7 tahun ditemui sedang menangis di dalam kenderaan yang dimatikan enjin dan hanya tingkap dibuka sedikit untuk pengudaraan.
Tulisnya, “tengok aku jumpa tadi budak menangis dalam kereta berpeluh sampai pucat. Engine mati pastu tingkap depan je bukak sikit. Giler apa la tinggal anak dalam kereta camni tengah panas.
IKLAN
Tengok aku jumpa tadi budak menangis dalam kereta berpeluh sampai pucat. Engine mati pastu tingkap depan je bukak sikit. Giler apa la tinggal anak dalam kereta camni tengah panas pic.twitter.com/I3r64sSDzF
Lebih mengejutkan selepas menunggu hamper 40 minit, ibu bapa kepada kanak-kanak lagi belum muncul sehingga mereka mengambil keputusan untuk memecahkan cermin kenderaan sebelum membawa kanak-kanak ini ke klinik berkenaan.
Ditemui Orang Awam Menangis Kepucatan
” Dekat 40 min aku kat situ takde pon parents dia datang. So aku mintak tolong orang ramai. Latest update budak tu selamat. Kitorang pecahkan cermin and bawak budak tu stay dekat klinik.
Dekat 40 min aku kat situ takde pon parents dia datang. So aku mintak tolong orang ramai. Latest update budak tu selamat. Kitorang pecahkan cermin and bawak budak tu stay dekat klinik pic.twitter.com/vgv2vvN2Um
Moga ibu bapa tidak sewenangnya membiarkan anak keseorangan begini dengan alasan pemikiran keluar sekejap. Musibah tidak mengenal sesiapa dan jelas ia satu kecuaian. Ini kerana membiarkan anak bersendirian 15 minit di dalam kenderaan terperangkap mampu memberikan kecederaan otak atau buah pinggang.
Bak kata pepatah “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi..”. Power juga bila dengar Shila Amzah bercakap menggunakan loghat Sabah untuk sound penyondol dan lelaki tak tahan digoda. Tak caya tengok la video ni.
Kehilangan insan yang tersayang dalam sekelip mata pasti akan memberi kesan yang mendalam kepada seseorang. Bagi yang pernah melaluinya ia diibaratkan seperti kaca yang terhempas ke batu, berat dan menyakitkan. Ada pula mengandaikan dunia menjadi gelap-gelita lantaran tidak mampu menanggung kesedihan.
Walaupun pelbagai cara dilakukan bagi meredakan kesedihan ini, namun ia sesuatu yang sukar dan mengambil masa. Mungkin sebulan, tiga bulan, enam bulan atau bertahun-tahun lamanya. Hiburan terbaik kala sedih dan terluka akibat kehilangan mereka yang dicintai adalah dengan meningkatkan keimanan kepada Allah.
Arwah Muhammad Izzat bersama keluarga tercinta. (baju berwarna coklat gelap)
Sebagai seorang bapa Kamaruddin, reda dengan pemergian anak bongsu lelaki, Allahyarham Muhammad Izzat Faqih, 25 yang bertemu ajal ketika sedang bermain badminton di sebuah gelanggang dekat Salor, Kota Bharu pada 9 September lalu.
Arwah yang merupakan seorang jurugambar dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika sedang bermain badminton bersama rakan-rakannya.
Menurut abang arwah Muhammad Izzat Faqih, Nasir Nasir Kamaruddin, 28, sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu dia dan keluarga terus bergegas ke lokasi untuk melihat keadaan arwah.
“Sejurus sahaja kami sampai pihak perubatan mengesahkan adik sunggah meninggal dunia,” katanya seperti mana dipetik dari akhbar Sinar Harian.
Katanya lagi, semasa Muhammad Izzat Faqih rebah, rakan-rakan sepermainan sempat melakukan bantuan pernafasan atau cardiopulmonary resuscitation (CPR). Hasil bantuan itu arwah sedar seketika dan sempat mengucap sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Nasir berkata, arwah adiknya yang merupakan lulusan Syariah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) itu memang aktif dalam sukan futsal, badminton dan mendaki.
“Saya sempat berbual dengan arwah sebelum dia keluar bermain badminton tetapi langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan. Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah,” ungkapnya yang turut memberitahu jenazah Muhammad Izzat Faqih dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasar.
Muhammad Izzat merupakan seorang anak yang baik.
Anak Yang Baik – Cikgu Kamaruddin
Selepas lebih dua bulan pemergiaan arwah, penulis sempat menghubungi bapanya dan ternyata Kamaruddin atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Kamaruddin menerangkan mereka masih bersedih dengan pemergiaan arwah namun menerima segala suratan dengan reda.
“Arwah merupakan seorang yang baik dan tidak menunjukkan sebarang kelainan. Dia seorang yang aktif bersukan dan suka ambil gambar perkahwinan. Pada awalnya memang terkejut dengan pemergiannya namun itu semua kerja Allah dan setiap yang hidup pasti akan pergi.
“Memang sedih dan masih terasa ketiadaan arwah. Malah kadang-kadang tu terbayang-bayang kelibat arwah. Memandangkan ini pertama kali kami kehilangan anak sebaknya hanya Allah saja yang tahu.
“Arwah juga baru lepas konvo bulan januari lalu di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias). Malah setiap hari jumaat iaitu selepas solat Jumaat saya akan buat bacaan tahlil untuk arwah. Arwah seorang anak yang sangat manja dengan ibunya. Dia lain sikit setiap kali keluar rumah akan cium pipi ibu dan seorang anak yang sangat menghormati orang tua,” ungkap Cikgu Kamaruddin yang akui sifat manja arwah membuatkan kehilangannya amat dirasai.
Memandangkan arwah meninggal sewaktu sedang bersukan, ditanya adakah dia fobia untuk membenaran anak-anak yang lain bergiat aktif dalam aktiti kecergasan, Cikgu Kamaruddin sentiasa memberi ingatan kepada anak-anaknya.
“Memang anak-anak lelaki saya jenis yang minat bersukan. Setakat ini tak fobia. Cuma saya ingatkan anak-anak sebelum bersukan, pastikan badan sihat dan jangan terlalu paksa diri jika terlalu letih,” ungkap Cikgu Kamaruddin.
Sebagai seorang bapa, penulis juga bertanya apakah antara doa yang sering diungkapkan buat arwah.
“Saya sentiasa mendoakan agar roh arwah dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh,” bicara Cikgu Kamaruddin.
Kenangan arwah bersama rakan-rakan sepermainan badmintonnya.
“Tertunggu-Tunggu Muhammad Izzat Faqih Pulang Ke Rumah” Ibu
Sewaktu berbicara dengan Cikgu Kamaruddin, dia menasihati penulis agar menemubual isterinya. Ini kerana isterinya, Hasnah Mamat, merupakan insan yang sangat rapat dengan arwah Muhammad Izzat Faqih.
Sewaktu menemubual Hasnah suara ibu ini kedengaran serak dan jelas sekali dia begitu sebak apabila suaranya bergetar.
“Saya memang rapat dengan arwah. Sebelum melangkah keluar rumah dia akan salam tangan dan kucup pipi saya. Dia manja sangat maklumlah anak lelaki bongsu. Dia memang duduk rumah walaupun melanjutkan menyambung pelajaran sebabnya tempat dia belajar berdekatan dengan tempat tinggal kami.
“Pada awalnya memang tak boleh terima, maklumlah pagi tu dia keluar ke Kota Bharu kemudian tengahari berada di rumah dan sempat memetik rambutan bersama sepupu-sepupunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
“Kemudian dia keluar bermain badminton dan terus pergi untuk selama-lamanya. Arwah jenis yang selalu balik ke rumah dan saya sehingga sekarang masih tertunggu-tunggu kepulangannya. Tapi sekarang ini saya reda dengan pemergiannya,” jelas Hasnah.
Ditanya adakah arwah Muhammad Izzat Faqih menunjukkan sikap yang aneh sebelum pemergiannya, ibu kepada lapan orang anak ini menerangkan arwah sememangnya seorang yang suka berhias.
“Dia ada minta saya catkan biliknya warna putih. Dia jenis yang suka warna putih sehinggakan alas meja semuanya putih. Maklumlah dia jurugambar dan seorang yang suka pada seni. Dia juga jenis yang suka berhias.
“Saya tak sempat tunaikan kehendak dia. Tak sangka rupa-rupanya permintaan itu adalah petanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,” ujar Hasnah.
Penulis juga sempat bertanya apakah kenangan paling manis sepanjang hayat arwah. Hasnah menerangkan arwah seorang anak yang baik dan taat pada agama.
“Dia jenis yang suka berpuasa. Malah pada bulan Ramadan pula jika saya tidak ke masjid, dia akan imamkan solat tarawih dan kami solat bersama di rumah. Arwah jika anak yang bijak sewaktu darjah tiga dia sudah menjadi pengawas sekolah. Dan dia juga pernah menjadi editor sebuah majalah,” akhiri Hasnah yang akui arwah merupakan anak yang paling rapat dan dia bersyukur kerana Allah pernah pinjamkan arwah dalam hidupnya.
Tak mampu membayangkan perasaan seorang ibu setelah terpisah lima bulan dengan bayinya kerana Covid-19. Namun manisnya penantian lima bulan ini akhirnya terhenti apabila ibu ini dapat memangku bayinya yang sangat dirindui.
Ternyata bukan mudah ibu ini mengawal perasaannya sepanjang perpisahan ini berlaku. Tentu hanya doa sahaja mampu dititipkan buat bayinya yang jauh di mata.
Selepas 5 Bulan Terpisah, Akhirnya Mampu Memangku
Bayangkanlah perasaan seorang ibu yang baru melahirkan anaknya, namun dek Covid-19 terpaksa berpisah selama lima bulan lamanya.
“Irfan, ini adalah ibu.” Itu ungkapan pertama ibu berkenaan apabila dapat memangku semula anak bongsunya di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Songkhla, Pattani, semalam.
Mujurlah tempoh perpisahan tidak lebih dari itu lagi.
Ibu muda berkenaan, Nurhalisa Jehawee, 18, akhirnya dapat mendukung bayi lelakinya berusia lima bulan itu dengan linangan air mata.
Semuanya gara-gara terpaksa terpisah susulan penularan pandemik Covid-19 sekali gus menyebabkan penutupan sempadan Malaysia-Thailand.
“Saya sangat gembira. Akhirnya, dapat mendukung anak saya buat kali pertama selepas lima bulan. Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan menderma kepada kami.
“Terima kasih bantu kami melangsaikan bil hospital dan membawa pulang Irfan ke pangkuan kami,” katanya lagi.
Terpisah Kerana Penutupan Pintu Sempadan
Bertuah apabila ramai yang prihatin dengan nasibnya dan pasangan apabila hasil bantuan dan derma orang ramai, Nurhalisa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kajang, Selangor dan suaminya Muhammad Tifyoleah, 28, berjaya mengumpul wang untuk menyelesaikan bil hospital termasuk kos bersalin berjumlah hampir RM30,000.
Irfan dilahirkan ketika kandungan Nurhalisa berusia tujuh bulan di Hospital Kajang pada 27 Februari lepas.
Bagaimanapun, pasangan ini terpaksa meninggalkan Irfan yang ketika itu di bawah pemantauan doktor untuk memperbaharui visanya dan suami yang tamat tempoh pada 18 Mac lepas.
Disebabkan penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand susulan Covid-19 dan, pasangan itu tidak dapat kembali semula ke Malaysia untuk mengambil anak bongsu mereka di Hospital Kajang pada ketika itu.
Syukurlah akhirnya anak-beranak ini berjaya dipertemukan. -AG
MW: Alhamdulillah akhirnya bayi dan ibunya dapat disatukan setelah sekian lama terpisah. Tentu perpisahan ini menguatkan lagi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Bina rumah tangga tidak ada salahnya. Apa yang menjadi salah apabila kahwin dengan suami orang tanpa restu isteri pertama atau ibu bapa sendiri tidak merestui perkahwinan. Bila berlaku perkara ini, pasangan akan mengambil jalan singkat dengan kahwin di sempadan atau lebih tepat nikah ekspres.
Sebenarnya, kebanyakan yang kahwin ekspres lebih kepada isu mendapat tentangan dan lebih teruk lagi berkahwin kerana ingin poligami. Tak salah pun kalau nak poligami, cuma yang nak tekankan disini, tentang kesan buruk poligami dengan cara nikah sindiket.
Ini adalah kes dan pandangan daripada peguam syarie, Khairul Fahmi Bin Ramli:
Beberapa hari yang lalu, ada seorang hamba Allah datang berjumpa saya di pejabat dan bertanyakan tentang apa tindakan yang dia boleh buat untuk halang suami kakaknya daripada berkahwin dengan seorang wanita secara nikah sindiket?
Saya cakap, yang pastinya, ini bukan kerja peguam syarie. Ini adalah kuasa penguatkuasa ini apa-apa jenayah syariah yang berlaku. Masalahnya, nikah belum berlaku, jadi penguatkuasa pun tak boleh nak buat apa-apa.
Jadi, saya nak terang apa itu nikah sindiket.
Nikah sindiket ini adalah pernikahan yang dijalankan oleh Jurunikah yang tidak bertauliah
atau tauliahnya telah tamat tempoh. Nikah sindiket juga adalah nikah yang tidak mengikut
prosedur undang-undang serta tidak didaftarkan di Pejabat Agama.
Kenapa wujud Nikah Sindiket ini?
* Paling utama, sindiket ini nak kaut UNTUNG semata-mata pada orang yang jahil.
* Nak bagi jalan pintas untuk pasangan yang terlanjur atau terdesak.
* Wali enggan terima pasangan walaupun suka sama suka
* Malas nak masuk mahkamah bagi memohon Poligami.
Adakah sah nikah sindiket?
* Selalu yang menjadi isu nikah sindiket ini adalah tentang wali dalam pernikahan. Nikah
sindiket ini selalunya dilakukan di dalam negara. Cuma, pasangan yang dinikahkan itu katanya menggunakan wali hakim kerana berada melebihi dua marhalah.
Contohnya menikah di Kuala Lumpur, wali sebenar pula berada di Penang. Memang la melebihi dua marhalah, tetapi wali hakim adalah wali yang dilantik secara sah oleh Sultan. Jadi, memang tak dapat nak sah la nikah kalau bukan wali yang sah menjadi wali pernikahan.
* Ada juga nikah sindiket ini boleh sah cuma ia tidak bertepatan dengan prosedur undang-
undang. Contohnya, bapa sendiri yang jadi wali tapi jurunikah tu pula tak ada tauliah.
Apa kesan bagi wanita yang bernikah sindiket?
* Pernikahan tidak sah – Bila nikah tidak sah, maka persetubuhan yang berlaku selepas nikah
boleh dianggap zina kalau pihak-pihak tahu. Tapi kalau tidak tahu, persetubuhan itu akan
menjadi syubhah. Berhati-hati dalam hukum Allah yer.
* Anak tak sah taraf – Bila pernikahan tersebut tidak sah, persetubuhan berlaku, maka anak yang lahir tersebut dikira sebagai anak tidak sah taraf dan tidak boleh dinasabkan kepada lelaki tersebut.
* Tanggung sendiri nafkah anak – Bagi anak yang tidak sah taraf, bapa biologi adalah tidak
bertanggungan untuk memberi nafkah kepada anak tersebut. Sebaliknya, ditanggung sepenuhnya oleh wanita yang melahirkan anak tersebut dan keluarga sebelah wanita itu.
* Abai nafkah – Bila pernikahan tersebut tidak sah, maka wanita tersebut juga tidak layak
menerima nafkah dan lelaki tersebut juga tidak diwajibkan untuk menafkahi diri wanita
tersebut. Jika isteri nak mohon nafkah diri di Mahkamah juga akan ditolak disebabkan
pernikahan tersebut tidak sah.
* Zalim kepada isteri sedia ada – Bagi isteri yang sedia ada, kadang kala menjadi mangsa
kepada ketidakadilan haknya sebagai isteri yang sah. Ada yang diabaikan secara total oleh
suaminya bila sudah menikahi wanita lain secara nikah sindiket.
* Aniaya wanita yang jahil – Ada wanita yang tidak tahu bahawa lelaki yang bakal dikahwini tersebut adalah suami orang. Dan ada juga yang tidak tahu tentang sah atau tidak sesuatu pernikahan, tambah-tambah bagi wanita yang wali mujbir (bapa) sudah tiada. Jadi, ada lelaki yang ambil kesempatan ini hanya untuk mengambil nikmat seketika sahaja dengan wanita tersebut, lalu menghilangkan diri.
Apa nasihat atau langkah kepada wanita?
* Ambil peduli – Jangan pandang ringan tentang isu ini. Serius, isu ini sangat berat dan
boleh menzalimi seorang wanita. Jadi, banyakkan membaca dan bantu untuk sampaikan maklumat tentang kesan nikah sindiket ini pada rakan-rakan dan ahli keluarga.
* Semak dulu status – Kena kenal dahulu dengan siapa yang bakal dikahwini. Ada yang mungkin percaya sahaja dengan janji manis lelaki yang kononnya ‘single’, rupa-rupanya suami orang. Ikutlah cara yang telah ditetapkan oleh Islam dan adat Melayu. Bertunang dahulu dan berkenal antara dua keluarga.
* Ikut Undang-undang – Kalau nak berkahwin, yang pastinya, kena mohon di Pejabat Agama mengikut prosedur yang ditetapkan. Kalau anda tidak mohon di Pejabat Agama dan tahu-tahu semua dah siap, ‘confirm’ ada sesuatu yang tak betul. Sebabnya, lelaki dan wanita yang bernikah perlu serahkan borang sendiri di Pejabat Agama daerah masing-masing serta akan ada sedikit ‘interview’.
* Bagi wanita yang menerima poligami, pastikan anda dan bakal pasangan tersebut pernah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk dapat kebenaran bertulis daripada Hakim.
* Mohon sahkan di Mahkamah – Kalau anda sudah termasuk dalam golongan nikah sindiket ini, pastikan anda telah pergi ke Mahkamah Syariah untuk membuat pengesahan nikah. Jangan tunggu lama-lama kerana akan lebih menambah mudarat tambah-tambah bila ada kandungan dalam perut.
* Banyakkan membaca – Amalan yang akan mengkayakan ilmu pengetahuan adalah dengan membaca. Hanya dengan membaca membolehkan seseorang itu keluar daripada kejahilan. Kalau berat nak baca buku, baca jer artikel-artikel yang dikupas oleh saya.
Siapa Yang Untung?
* Hati-hati wanita khasnya. Dalam permainan ini, yang paling untung adalah jurunikah tu
sebab dia akan dapat duit.
* Yang kedua adalah lelaki yang mengahwini anda sebab dia mungkin akan mengambil nikmat seketika dan kemudian hilang begitu sahaja.
* Yang teraniaya kekal anda, wanita. Anda yang akan lahirkan anak dan anda juga yang akan tanggung nafkah anak kalau anak tersebut anak tak sah taraf.
Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Selalunya kita hanya beli gerai-gerai tepi jalan. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.