Walau On Aircond, Tingkap Kereta Dibuka, Risiko Keracunan Gas Monoksida Tetap Ada

Perlu diingat, kebocoran gas karbon monoksida bukan hanya boleh jadi pada kenderaan lama, kenderaan baru pun berisiko. Begitu juga dengan tip menurunkan sedikit cermin kenderaan, untuk mengelakkan keracunan gas karbon monoksida sama sekali tidak tepat.

Kehilangan nyawa tiga sahabat disebabkan terhidu gas karbon monoksida baru-baru ini, seharusnya membuka mata ramai pemandu malah penumpang kenderaan agar lebih berwaspada.

Dan ini kisah benar yang berlaku kepada tiga orang kanak-kanak bawah 5 tahun yang terhidu gas karbon monoksida ketika berada lama dalam kereta beraircond dan dibuka sedikit tingkapnya. Sebagaimana yang dikongsikan Assistant Medical Officer, Madi Ismile yang berdepan detik cemas menyelamatkan mangsa.

Anak Itu Lemah Longlai, Dibawa Masuk Bilik Rawatan

Ya Allah….
Kenapa ni??”
Aku teriak..
Seorang budak dibawa masuk ibunya ke dalam bilik rawatan dan kecemasan..
lemah… longlai…. pucat
tahap kesedaran juga semakin merosot.
perlahan-lahan matanya tertutup
kadang-kadang kelopak matanya terbuka bila bahunya aku tepuk.

Dik… Dik.. bukak mata.. jangan tido
Kenapa ni?”
Mulut ni tak berhenti memanggil..
Dalam hati ni Allah je yang tahu.
Perasaan takut, bimbang, berdebar, semua perasaan bercampur baur.

Tepuk bahu sebab nak memastikan dia tidak tidur dan respond dengan sedikit kesakitan yang diberi.

Baca sini : 4 sahabat ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta dipercayai lemas karbon monoksida.

Tergesa Dukung Budak Ke Katil Zon Merah

Terbuka matanya..
Kemudian tertutup kembali.
terpaksa tepuk sedikit kuat bagi memastikan dia tidak tidur dan sedar dengan keadaan sekeliling.
Rakan sekerja dah bantu beri rawatan.
Rasa tidak sedap hati..
terus aku dukung budak tu ke katil zon merah.
masih lagi beri tepukan bahu..
memanggil budak ni dengan nada kuat.
biar dia sedar.
Tanda vital di ambil..
berlari siapkan peralatan lain yang perlu.

Ketiga-tiga Anaknya Lemah.. Lembik

Tidak lama selepas itu,
si ayah pula dukung bawa masuk seorang lagi anaknya masuk ke bilik rawatan dan kecemasan.
disusuli ibunya dukung seorang lagi anak kecil ke dalam ruang kecemasan.
jumlah 3 orang kesemuanya.
semuanya bawah 5 tahun.

Keadaan bertukar cemas
ketiga-tiga anaknya mengalami simptom yang sama. lemah.. lembik… pucat… tahap kesedaran
semakin merosot.. terkadang tercungap cungap..

IKLAN

Pesakit yang seawal tadi aku tengok aku tinggalkan begitu sahaja.
berharap dia faham yang kes kecemasan ni perlu diberi rawatan segera.

Keadaan di bilik kecemasan yang tenang tadi sekelip mata menjadi cemas.
Aku berlari mendapatkan doktor di bilik yang terdekat.
Doktor.. ada 3 orang budak unconscious!”
Berlari lagi ke bilik doktor yang lain untuk dapatkan bantuan.

Bantuan Kecemasan Sesegera Mungkin

RED ALERT.
Semua doktor datang membantu.
Ibu dan ayah masih di situ.
yup.. ibu dan ayah perlu ada sekali
beberapa persoalan history taking perlu diambil.

Sesambil buat prosedur…
bermacam soalan aku tanya.
Tadi anak-anak kak buat apa?
ada jalan ke mana-mana ke?
pagi tadi makan apa?
ada muntah? ada cirit birit?
tadi anak-anak ni buat apa?
ada main benda pelik?
ada main bahan kimia apa-apa ke?
satu persatu soalan ni ibu jawab.
kalut…
blank sekejap..
tak tahu apa yang nak ditanya.
terkadang soalan yang sama aku tanya.
rileks sekejap.. tarik nafas.. hembus..

Anak Sulung Tak Beri Respons

Branula di cucuk.
Anak sulung ni masih tidak beri respond kepada jarum yang di cucuk pada tangan.
bahunya aku tepuk lagi.
sesekali matanya terbuka.
kemudian dia menangis..
syukur…

Anak kedua dan anak ketiganya juga dibantu doktor dan rakan PPP yang bertugas.

IKLAN

Tetiba aku tertanya soalan ni.
Tadi kak buat apa?
diberitahu tadi dia ada urusan dalam klinik
aku bertanya lagi.
anak-anak kak duduk kat mana tadi, dalam kereta?”
ya.. dia mengangguk..
bukak aircond ke tadi?”
ya.. buka aircond..
Tingkap ada bukak tak
kali ni si ayah menjawab..
yer.. tingkap buka sedikit tadii..

Okey..
thats point..
my 1st impression
mungkin Carbon monoxide poisoning.

Tiba-tiba.. Anak-anak Ini Berteriak Menangis

Setelah beberapa minit berlalu..
terdengar anak-anak ni teriak menangis..
mungkin baru tersedar, terkesan dengan rawatan yang diberi.
mungkin juga terkejut dengan apa yang berlaku..semuanya berumur bawah 5 tahun.

Allahuakbar..
Tahap kesedaran ketiga anak-anak ni beransur kembali..
rawatan dan pemerhatian tetap dibuat.

Segala apa yang boleh buat di Klinik telah kami buat. Doktor bersiap sedia dengan borang rujukan untuk dirujuk ke hospital.
ketiga-tiga anak ni perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.

Ayah Dan Anak-anak Duduk Lama Dalam Kereta

Semuanya kembali sedar,
mereka bercakap. ada juga yang menangis
mungkin takut dengan apa yang berlaku.
susu formula diberi..
anak-anak minum susu tersebut.

IKLAN

Selepas selesai
Aku bertanya lagi kepada si ayah
si ayah beritahu yang dia juga berada dalam kereta tersebut. Tetapi dia tidak mengalami apa-apa simptom.

Syukur…
semua anak-anak ni selamat dirujuk ke Hospital.

Kemungkinan Alami Keracunan Karbon Monoksida

Sejujurnya aku tidak pasti dengan apa yang berlaku siang tadi, cuma berdasarkan pemerhatian dan pengambilan sejarah yang diambil melalui ibu bapa, mungkin anak-anak ni mengalami keracunan karbon monoksida (Carbon monoxide) yang mungkin terhasil dari aircond tersebut.

Aku nak ingatkan diri aku dan PERINGATAN BERSAMA.
JANGAN SESEKALI tinggalkan anak atau duduk di dalam kereta dengan keadaan air cond dibuka dalam tempoh yang terlalu lama walaupun tingkap dibuka.

Membunuh secara perlahan
Nauzubillahiminzalik…
aku tidak pasti apa yang akan berlaku terhadap anak-anak tu jika masih dibiarkan di dalam kereta.
Aku puji tindakan pantas ibu ayah adik-adik ni untuk terus bawa masuk ke kecemasan bila dapat
kesan sesuatu yang pelik berlaku.
Jangan salahkan ibu ayah anak-anak ni.
Dia juga tidak minta perkara ni berlaku.

Sebelum dirujuk ke hospital tadi
aku mengingatkan si ayah dan mengingatkan diri aku sekali lagi supaya perkara ni tidak diulangi.
saling mengingatkan..
Psst.. gambar hiasan..
Abg Adam mengantuk sangat-sangat sebab seharian tak tidur umah tokma..
masuk je dalam kereta nak balik umah…
terus tido beralaskan bahu ayah.

4 Ogos 2020
PPP Mahadi
(Tidak diceritakan secara detail tentang management yang telah dibuat ABCDE
tulisan hanya untuk kefahaman awam)

MW : Semoga mak ayah semakin faham betapa bahayanya membiarkan diri mahupun orang yang tersayang berada lama dalam kenderaan yang dihidupkan enjin dan aircondnya.

Sumber/Foto : Madi Ismile

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI