Telur Goreng Belacan, Resepi Mengundang Boleh Buat Nasi Bertambah

Share

Kata Wan LuQman resepi telur goreng belacan ini lebih sedap daripada sambal telur lada kering yang pernah dimasaknya sebelum ini. Cuma, bila ada yang alergik tak makan belacan, tak dapatlah nak nikmati kesedapan lauk simple tapi mengundang ni.

Kisahnya, “Okay satu lagi resepi mengundang. Disebabkan stok telur kander banyak, asalnya stok untuk sandwich eggstatix dan chicken cajun, tapi sandwich dihentikan buat sementara waktu…Jadi hari-hari lah kite makan telur. Telur tu protein, tapi bukan telur kuning ye.

Harini resepi TELUR GORENG BELACAN

“Korang ikut je betul-betul ok. Rasa-rasa hat ni lagi sedap dari sambal telur lada kering haritu. Too bad sapa yang allergic belacan… belacan ni satu ciptaan teragung bangsa melayu tau.”

Ni je bahan-bahan dia.
2 biji telur
3 biji cili padi
Sedikit belacan
Daun sup
1 ulas bawang rose
Bawang putih

Baca sini : Api besar set 7 minit, baru telur rebus air asam cantik macam ni.

Masukkan kesemua bahan (kecuali telur of course), kemudian masukkan sesudu cuka macam ni. Sebenarnya sedap lagi perah limau, tapi rasa macam jauh pulak peti sejuk tu.

Tumbuk sampai jadi macam ni.

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing.

Masukkan sedikit serbuk perasa.

Sedikit gula. Lepas masuk bahan tadi rasa-rasa lah sikit. Kalau cili tu terlalu pedas, lebihkan gula ye. Pandai-pandai lah.

Kemudian, masukkan terus 2 biji telur.

Eh! lupa pulak garam. Masukkan secubuit garam… next video tutorial macam mana nak kacau bagi rata tanpa memecahkan kuning tu. Klik sini untuk tengok video

Sumber/Foto : Wan LuQman

IKLAN