Menjelang 8.8, platform e-dagang Shopee menawarkan jualan bagi kategori fesyen dan kecantikan yang tiada tandingan dengan pelbagai pilihan fesyen dan produk kecantikan untuk golongan wanita! Tawaran eksklusif yang akan berlangsung mulai 26 Julai sehingga 11 Ogos 2024ย yang pastinya akan menjanjikan pengalaman yang lancar kepada pengguna kerana segalanya hanya di hujung jari.
Lebih menarik, Shopee akan memberikan baucar Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari agar pengguna boleh mendapatkan trend Fesyen terbaharu tanpa perlu risau tentang kos penghantaran tambahan.
Tidak cukup dengan itu, kempen ini juga menawarkan baucar setiap hari pada jam 12 tengahari untuk pelbagai pilihan fesyen yang terkini, anggun dan moden. Selain itu pelbagai produk kecantikan yang pasti akan menyerlahkan kejelitaan wanita turut boleh didapati.
Pastikan anda jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran hebat ini setiap hari pada jam 12 tengah hari!
Jangan Lepaskan Peluang!
Golongan wanita yang gemar kepada fesyen dan produk kecantikan anda boleh menjimatkan wang bila membeli belah barangan kesayangan dan pastikan anda tidak terlepas untuk mendapatkan keuntungan padu kempen 8.8 ini!
Paling istimewa anda boleh menikmati penghantaran percuma untuk semua produk fesyen dan kecantikan kegemaran, jangan lupa untuk menuntut dan menggunakan baucar anda pada pukul 12 tengah hari setiap hari!
Ads
Tanpa Perbelanjaan Minimum!
Paling seronok Shopee mengadakan penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum untuk barangan fesyen dan kecantikan. Baucar ini akan dikeluarkan pada pukul 12 tengah hari setiap hari. Nantikan tawaran masa terhad dan baucar tambahan diskaun 50% untuk direbut!
Ads
Tawaran Masa Terhad
Bagi anda yang mementing gaya dan penampilan yang menarik, jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Malah bagi meningkatkan lonjakan kategori fesyen dan produk kecantikan Baucar Penghantaran Percuma (FSV) akan diperbaharui pada pukul 12 tengah hari setiap hari, berakhir pada pukul 11:59 pagi keesokan harinya.
Paling menggembirakan pelanggan Shopee akan mendapat diskaun sehingga 70% daripada jenama fesyen dan kecantikan terkemuka serta baucar tambahan diskaun 50% untuk produk jualan terbaik.
Ads
Menampilkan pelbagai pilihan fesyen trendy pada tawaran yang tidak dapat ditandingi, Shopee adalah destinasi utama rakyat Malaysia untuk pembelian barangan fesyen berbaloi tanpa risau.
Bukan itu sahaja, sempena musim sukan ini, Shopee kini memperkenalkan Shopee Games 8 malam! Pastikan anda bermain “Putar & Menang Jongkong Emas 999 10g” (bernilai RM 4,000 seketul) setiap 8 malam dari 8 Ogos hingga 11 Ogos! Selama 4 hari, setiap hari akan ada seorang pemenang; jadi setiap 8pm spin, mungkin orang yang bertuah itu adalah anda!
Jangan lepaskan peluang beli-belah tanpa risau sempena 8.8 di Shopee! Untuk maklumat lanjut layari 8.8 Festival Shopee Live dan nikmati pelbagai tawaran hebat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
โAzal Bukan Gila, Jaga Ibu & Abang Azilโ Zarina Sedih Tertulis Di Wikipedia Anak Istimewanya Kurang Waras. Allahu ada saja tindak tanduk yang kurang cerdik dari insan yang tidak berhati perut.
Sanggup menulis di Wikipedia dan menuduh anak kepada pelakon Zarina Zainuddin kurang waras.
Sebagai ibu yang melahirkan sememangnya berasa sedih dan kecewa. ย 9 bulan ibu kandungkan anak-anak, susah senang hanya ibu yang tahu, sampai hati orang nak berkata begitu.
Baru saja memuat naik sebuah video yang ditulis di Wikipedia tentang salah seorang anak kembarnya yang bernama Azal yang ditulis gila oleh individu yang tidak berperikemanusiaan.
Ibu mana yang tidak sedih apabila anak sendiri menjadi mangsa tohmahan.
โAzal hantar pada saya ibu ada orang tulis di wikipedia kata azal gila ibu tengok ni .
โSaya yang baca jadi terkedu sejejap saya peluk dia saya kata azal tak gila azil tak gila.
โazal dan abang azil anak istimewa. Anak ibu.
โAllah ada. Biar orang kata apa Allah ada.
โkalau azal sayang ibu jangan sedih tau,โ luah Zarina.
Menerusi sebuah lagi video Zarina turut mencoret tentang anak kembarnya dan berharap mereka terus kuat!
โMy Azal. Stay Strong my anakโ #azalazil #autism #autismawareness
โKak Ina & Azal Sayang, Sabar Tau!โ
Menerusi ruangan komen rakan artis serta pengikut setia Zarina di Instagram memberikan kata-kata semangat buat Azal.
โAnak syurga Allah. Be strong sister we love uโ Fashasandha
โThis is horrible! Kak ina repost and cari orang yang buat ni sampai dapat!โ Catrionabrianross
โSegala info wikipedia or google kebykan salah! X sangka ni yg paling jahat! Kak ina n azal syg.. sabar tau.. semoga kita dpt pelaku sbnrโ jozlynnhanania
โBukan azal.. azal x gila. Azal anak baik. Azal bijak berdikari hebatโ ffatysui_
Bulan Ramadhan adalah masa terbaik untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan mendekati golongan yang kurang bernasib baik. Mengambil inisiatif ini, redONE Foundation mewujudkan satu program yang diberi nama Colours of Ramadhan untuk membantu anak-anak yatim dan asnaf yang kurang berkemampuan.
Menariknya tahun ini, redONE Foundation berkolaborasi bersama Mingguan Wanita untuk menganjurkan Program Colours of Ramadhan menyantuni anak-anak yatim dan asnaf di negeri Johor.
Dua buah rumah kebajikan dipilih dalam program yang berlangsung selama dua hari, iaitu Rumah Anak Yatim Shafar, Johor Bahru dan Rumah Amal Qasih Cahaya Sumayyah, Pontian. Antara aktiviti Colours of Ramadhan yang dilakukan adalah membersihkan dan menghias surau serta mengadakan kelas mengaji Al-Quran.
Lan Solo dan Amira Othman antara artis yang turut serta menceriakan program Colours of Ramadhan redONE bersama Mingguan Wanita ke rumah anak-anak yatim di Johor.
Tentunya, kehadiran dua artis jemputan iaitu Lan Solo dan Amira Othman menyerikan lagi suasana dan memberi kegembiraan kepada anak-anak ini. Seharian mereka melayan anak-anak ini dengan ceria.
Anak-Anak Yatim Ini Rapat Bagaikan Adik-Beradik
Ketua Hal Ehwal Korporat redONE, Megat Ishak yang turut serta dalam program ke rumah-rumah anak yatim dan asnaf ini berkata, โObjektif program Colours of Ramadhan kali ini adalah untuk sama-sama menghayati bulan Ramadhan bersama mereka yang kurang bernasib baik, iaitu anak-anak yatim piatu,โ
โJadi kita berbuka puasa dan mengadakan aktiviti dengan mereka, supaya mereka tak rasa tersisih dari masyarakat.โ Malah sepanjang bersama anak-anak di Rumah Anak Yatim Shafar, beliau turut kagum dengan anak-anak yatim tersebut.
โSaya senang melihatkan keakraban anak-anak yatim ini yang rapat seperti adik-beradik. Mereka juga menyambut kehadiran orang ramai ke rumah mereka dengan tangan terbuka malah boleh bergelak tawa serta melakukan aktiviti bersama-sama,โ katanya.
Sementara itu, pengasas Rumah Anak Yatim Shafar, Fauziah Shaik menjelaskan pihaknya tidak berdepan dengan masalah bekalan, namun ada perkara lain yang memerlukan bantuan ramai.
โAlhamdulillah, cukup makan. Namun, kami alami kekurangan dari segi bantuan pembelajaran. Terutamanya sukarelawan, guru-guru yang untuk mengajar anak-anak.
โMereka (anak-anak yatim) datang ke sini kebanyakannya sehelai sepinggang. Baju sekolah, yuran PIBG atau pun aktiviti di sekolah, semua kita yang menanggungnya.
โSekiranya ada di luar sana yang ingin bersedekah kepada anak-anak yang kurang bernasib baik, amatlah dialu-alukan.Terutama dari segi sukarelawan untuk mengajar atau membuat aktiviti bermanfaat untuk anak-anak ini mahupun keagamaan,โ katanya
Aktiviti Colours of Ramadhan di Rumah Anak Yatim Shafar berakhir untuk hari pertama. Keesokan harinya, krew program Colours of Ramadhan ini akan mengunjungi rumah amal yang lainnya.
Anak-anak Yatim, Asnaf Ini Berhak Tinggal Bersama Keluarga
Program Colours of Ramadhan redONE bersama Mingguan Wanita memasuki hari kedua. Pada hari kedua ini, krew program meneruskan lawatan ke Rumah Amal Qaseh Cahaya Sumayyah. Di sini, mereka akan menjalankan misi Colours of Ramadhan dengan anak-anak di bawah naungan rumah amal ini.
Rumah kedua ini lebih unik kerana anak-anak yatim dan asnaf yang ada dikumpulkan di sekitar Pontian. Yang mana, senarai nama mereka diperoleh daripada sekolah, ibu-ibu tunggal dan kemudian dikumpulkan di dalam satu aktiviti.
Menurut pengasasnya, Sarimah Mohamad Lasim, โniat asal saya memang nak ada panti asuhan, rumah kebajikan saya sendiri. Tapi belum ada kemampuan. Saya kalau boleh, tak nak tengok rumah-rumah kebajikan yang mengumpulkan anak-anak yatim atau fakir miskin.
โMasyarakat Malaysia ini sebenarnya prihatin, ramai lagi golongan dermawan dan hartawan yang kita boleh ajak bersama-sama untuk membantu mereka, agar dapat membiarkan anak-anak ini tinggal bersama keluarganya.
โKenapa kita tak nak ubah pemikiran mereka bahawa anak-anak ini mesti ada satu keluarga. Mereka berhak untuk mendapat kasih sayang keluarga bukan diasingkan,โ jelasnya.
Melihat kepada objektif rumah ini, Megat begitu tertarik malah terharu dengan apa yang diusahakan pengasasnya. โRumah ini lain daripada yang lain dan objektif mereka ini menunjukkan mereka ini perlu dibantu. Dan ini buat saya terharu. Mereka bukan saja golongan anak-anak yatim tapi ada keluarga yang asnaf,โ katanya.
Sejajar dengan program yang berlangsung, pihak redONE Foundation ini juga mengharapkan agar lebih ramai lagi membuka mata untuk memahami akan kesukaran yang dialami anak-anak ini. Malah, sama-sama ringan tulang untuk menghulurkan bantuan kepada mereka. Terutama Ramadhan, kerana inilah masa terbaik untuk memanjangkan amalan bersedekah.
Jika anda ingin menghulurkan bantuan berbentuk wang ringgit kepada kedua-dua buah rumah ini boleh menderma di nombor akaun tertera :
Rumah Anak Yatim Shafar : 551593517469 (MAYBANK)
Atas nama : Pertubuhan Kebajikan Shafar
Rumah Amal Qaseh Cahaya Sumayyah : 01108010029295 (BANK ISLAM)
Atas nama : Cahaya Sumayyah Resources
Kekal Berhubung Dengan Yang Tersayang, Lebih Bermakna Dengan Pelan Postpaid Hybrid50U!
Dengan musim pandemik yang melanda membuatkan ramai orang terputus hubungan dengan yang tersayang. Mana taknya, bukan sahaja mereka kena duduk di rumah, malah nak merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman pun tak boleh. Kini, hanya panggilan telefon dan Whatsapp sahaja sebagai pengubat rindu.
Namun begitu, tidak semua orang mampu untuk berbuat demikian. Kebanyakannya terikat dengan data dan panggilan yang mempunyai had membuatkan mereka sukar untuk berhubung.
Dengan pelan tanpa had, redONE Hybrid50U anda tidak perlu risau kerana biarpun jauh dari yang tersayang, anda akan tetap berasa dekat. Boleh hubungi mereka bila-bila masa yang anda inginkan.
Pelan ini menyediakan data dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Selain itu, pelan ini turut menawarkan 10GB data berkelajuan tinggi kepada penggunanya. Jangan risau, anda hanya perlu membayar RM50 sahaja sebulan dan menariknya, anda tidak akan terikat dengan kontrak apabila melanggan ke pelan ini.
Jika anda pernah disenarai hitamkan, jangan bimbang. Gunakan pelan ini dengan tenang. Apalagi dengan rangkaian 4G LTE terluas yang ditawarkan. Di kawasan pedalaman pun boleh dapat line!
Dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR), redONE sentiasa memberikan kemudahan terbaik kepada para pelanggannya. Dengan itu, mereka boleh terus berhubung di media sosial dengan mereka yang jauh di mata, tapi dekat di hati.
Jika berminat untuk melanggan pelan Postpaid Hybrid50U, boleh lawati Kedai Rakan Niaga redONE yang terdekat atau layari redONE.com.my.
Penafian : Program ini dirakamkan pada tahun 2020 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Berkuat Kuasa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kasih sayang untuk Allahyarham Siti Sarah Raisuddin terus mengalir. Jauh hingga ke bumi Makkah. Terbaru kiriman video dari Shuib berkongsi solat ghaib yang dilakukan di Makkah untuk arwah isterinya.
Rezeki Allahyarham Siti Sarah yang tidak siapa pun boleh nafikan. Kebaikan dan amal jariah yang dilakukan dalam diam, membuatkan kasih sayang orang ramai untuknya tidak tertahan-tahan.
Kredit : instagram Shuib Sepahtu
Rezeki Solat Ghaib Di Makkah
โDapat kiriman video solat ghaib jenazah dalam Masjidil Haram. Allah terlalu sayang U ibu. Bergembiralah di syurga bidadariku Siti Sarah.โ doa Shuib untuk arwah isterinya.
Daripada live video ini, dimaklumkan Ustaz Haji Suhaimi telah meminta saudaranya di Makkah untuk melakukan solat ghaib. Saudaranya telah meminta imam masjid di daerahnya di Makkah untuk melakukan solat ghaib yang diadakan selepas Zuhur waktu Makkah.
Kira-kira 300 orang turut serta dalam solat ghaib berkenaan.
Kredit : instagram Diana Rafar
Nak Tahu Bercahaya Atau Tak, Tunggu Lepas Bersalin
Terkesan dengan video Shuib bergurau dengan Allahyarham, yang mengusik wajah isterinya โada sinarโ. Lalu dibalas Allahyarham, โtunggu I bersalin nanti bersinar ke bercahaya macam mana.โ
โOrang kata kalau mengandung muka comot, anaknya nanti muka comel.โ
Siapa pun yang melihat video berkenaan merasakan apa yang diluahkan Allahyarham itu telah Allah makbulkan.
Rakan artisnya, Diana Rafar juga mengungkapkannya, โMashaAllah memang bersinar lah wahai bidadari syurga @sitisarahraisuddin Pasti @shuibsepahtu kuat dan tenang redha dengan pemergian mu sahabat.โ
Kredit : Shuib Sepahtu
Kerinduan Anak-anak
Perjuangan Allahyarham melawan virus Covid-19, dari bilik ICU sehingga bayi pramatangnya dikeluarkan secara pembedahan menjentik hati ramai orang. Membuka mata semua betapa berisikonya ibu hamil dan jangkitan Covid-19 ini.
Bayi pramatang yang selamat dilahirkan, Ayash Affan tidak dapat merasai belaian kasih ibu. Malah, tiga lagi anak kecilnya, biarpun mereka kelihatan kuat. Perasaan rindu pada ibu yang telah tiada tetap sarat tak terbendung.
Semoga Shuib dan anak-anaknya diberikan ketenangan hati untuk melalui ujian hebat ini.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...