Tanggal tudung, Mawar Rashid mohon maaf gagal untuk terus istiqamah. Benarlah, bukanlah satu perkara mudah untuk terus istiqamah dan tidak ramai yang mampu lakukannya.
Terbaru digemparkan pula pelakon dan juga usahawan wanita berjaya, Mawar Rashid yang mengumumkan dirinya tidak lagi berhijab.
Pelakon tersebut memohon maafkerana gagal untuk terus istiqamah selepas mengambil keputusan berhijab pada tiga tahun lalu.
Tanggal Tudung, Mawar Rashid Mohon Maaf
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Mawar yang menerangkan telah mencuba sebaik mungkin untuk terus menutup aurat.
“Saya Sudah Cuba Tapi Saya Gagal..Minta Maaf,” luah ibu kepada tiga cahaya mata ini.
Mohon Diberikan Ruang
Menerusi perkongsian di Instagram Story pula, Mawar memohon diberikan ruang dan bakal kembali aktif setelah bersedia.
Ads
“Selama tinggal dunia. Saya akan kembali apabila keadaan mental saya mengizinkan.
Raungan ibu cetus kesedihan, anak meninggal rempuh lori buat pusingan Tidak cepat sesaat atau lewat seminit, soal kematian adalah takdir yang tak mampu diubah.
Perjalanan menuntut ilmu seorang pelajar tingkatan 5, adik Sharunizam Mohd Shamsul ke sekolah iaitu SMK Sri Gading, Batu Pahat berakhir pagi tadi apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang didakwa membuat pusingan U bukan di tempat sepatutnya.
Dalam perkongsian video dari dash cam seorang individu kelihatan adik Sharunizam yang dalam perjalanan ke sekolah tidak sempat menekan brek kerana lori membuat pusingan U secara tiba-tiba. Menyayat hati, motosikalnya melanggar bahagian tangki minyak lori berkenaan sebelum meletup. Arwah dikatakan meninggal di tempat kejadian.
Dalam pada itu, berita anaknya kemalangan membuatkan ibunya meraung kesedihan dan cuba ditenangkan oleh orang ramai.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pelajar itu maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori yang sedang membuat pusingan ‘U’.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dari arah Batu Pahat menghala ke SMK Sri Gading dan sebuah lori dari arah bertentangan telah membuat pusingan ‘U’.
“Pelajar tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tangki minyak diesel bahagian kiri lori berkenaan menyebabkan berlaku satu letupan kecil,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Menurut Ismail, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Ppemandu lori yang berusia 33 tahun dan kelindannya berusia 24 tahun tidak mengalami apa-apa kecederaan.
“Pemandu lori telah ditahan dan perintah tahanan reman akan dipohon.
Siapa yang tidak terhibur dengan watak Lucy dalam sitkom popular era 90-an Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang bersahaja mencuit hati. Nama pelakon Angeline Tan Yoke Yeah yang memegang watak Lucy tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Hari ini, pelakon yang telah memeluk agama Islam dan dikenali sebagai Ardini itu sah menjadi suri hati pelakon dan pengarah senior, Sabri Yunus. Sabri telah dinikahkan dengan hanya sekali lafaz oleh jurunikah yang juga merupakan Mufti Perlis, Datuk Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau dikenali Dr Maza.
Majlis pernikahan pasangan tersebut turut dikongsikan menerusi sesi siaran langsung di akaun Facebook, Dr Maza. Angeline atau lebih dikenali sebagai Lucy menerima mas kahwin berupa seutas rantai emas.
Bintang Pokya Cong Codei itu kelihatan segak mengenakan baju Melayu putih di samping suri hatinya yang anggun menggayakan baju kurung moden warna senada.
Difahamkan majlis akad nikah itu hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pengantin. Akui Sabri, mereka sudah tiga tahun merancang untuk mendirikan rumah tangga namun menunggu kesediaan Angeline untuk memeluk Islam.
Pelakon dan pengacara Issey Fazlisham turut memuat naik sekeping gambar bersama pengantin baru usai majlis pernikahan berlangsung.
Menyingkap perkenalan dengan Sabri, mereka bergandingan dalam drama Pak Din KK sebaik Angeline menyertai sebuah syarikat produksi cina pada 1992.
Suaminya yang memegang watak bos, manakala dirinya menggalas peranan sebagai kerani dianggap sebagai guru pertama dalam arena lakonan memandangkan dirinya ketika itu baru berjinak-jinak sebagai pelakon.
Setahun kemudian mereka bersatu dalam sitkom arahan Othman Hafsham, Pi Mai Pi Mai Tang Tu sehingga drama pentas itu berakhir pada tahun 2000.
Namun, keakraban antara Angeline yang hingga kini kekal dipanggil Lucy, sementara Sabri selaku penggalas watak Wan Ismail Golok terus berkekalan hingga bergelar suami isteri.
Sumber: Facebook Dr Maza & Media Hiburan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sabri Yunus kesal ustaz tuduh pernikahan tak sah, “ia umpama saya & Ardini berzina…”. Gara-gara menyebut “aku terima” tanpa menyebut “nikahnya” seperti kebiasaan bagi pasangan akad nikah, pelakon Sabri Yunus yang baru menikahi Ardini Angeline terpalit dalam kontroversi perselisihan pendapat beberapa Ustaz di media sosial.
Kontroversi bermula apabila kritikan datang dari Sheikh Nuruddin Marbu al Banjari berasal dari Indonesia yang menuduh pernikahan pasangan ini tidak sah kerana tidak menyebut “aku terima nikahnya” dan meminta pasangan ini dinikahkan kembali secepatnya.
Pasti ia menimbulkan pertikaian dan ternyata agamawan di negara kita mengatakan akad nikah pasangan ini adalah sah biar pun tidak menyebut “aku terima nikahnya”.
Masa yang sama, Sabri Yunus menerusi fbnya malam tadi berkongsi luahan hatinya selepas terpalit isu ini.
Catatan pada isu pernikahan kami.
Alhamdulllah pernikahan kami telah selesai. Kami bersyukur kerana semua keluarga, sahabat dan orang ramai rakyat Malaysia dari semua bangsa dan golongan menerima penyatuan kami dengan baik. Ucapan tahniah dan doa agar berkekalan datang dari semua dan dimana mana. Kami sangat menghargainya.
Namun ada juga satu kelompok yang sangat kecil nisbahnya memberi pandangan yang sangat negatif. Satu dua video yang melintas di media sosial.
Saya secara peribadi sedar apa akan berlaku pada sesetengah pihak bila kami buat keputusan untuk bernikah di Perlis dan memohon untuk diakadkan oleh Yg Berbahgia Datuk Mufti sendiri.
Saya ada sebab tersendiri memilih Perlis. Akan tetapi saya tidak menyangka isu lain, isu yang saya tak terbayang pun oleh akal fikir saya.
Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah. Dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Berat tuduhan itu, juga dalam video yang sama dikatanya qabul yang mengelirukan. Siapa yang keliru?
Dalam majlis tu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tak keliru dan 25 hadirin juga tak keliru. Orang di luar/ jauh dan tidak bersama dalam majlis tidak ada isu dalam penyaksian majlis itu. Dia dengar atau tidak, faham atau tidak bukan isu pengesahan.
Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya, saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju. Tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain dari setuju hal nikah.
Tak mungkin ada yang fikir dia setuju pasal kereta, pasal rumah. Jelas wali sebut, aku nikah.. bila qabul sebut setuju tentu saja menyambut pada kata nikah itu. Yang kata dia keliru itu adalah orang yang sangat lemah pemikirannya atau yang sengaja melemahkan fikirannya.. pada yg sengaja melemahkan fikiran dia adalah selemah lemah manusia.
Lagi satu, pernikahan kami di dalam negeri dalam negara kita yang hal ehwal agama di bawah kuasa kerajaan negeri. Sama juga dengan negeri lain. Dan tentunya tidak melanggari apa-apa akta berkaitan urusan pernikahan itu.
Saya tahu bahawa ustaz ini selama ini banyak tidak sependapat dan sealiran dengan Dr Maza jurunikah kami. Dan ada bau permusuhan antara mereka.
Dalam video tersebut saya dapat rasakan permusuhan itu apabila ustaz ini mengheret beberapa isu lain yang tiada kena mengena dengan isu kami. Ini menunjukkan beliau cuba mengukuhkan pandangan beliau terhadap jurunikah kami.
Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan.
Hari ini saya baca banyak lagi pandangan ulamak lain akan isu ini. Ternyata berbeza dengan pandangan ustaz ini. Jangan letak hukum atas dasar rasa kebencian semata mata.
Agamawan tidak harus bersikap begitu. Tidak terselit keikhlasannya. Jujurlah.. antara tidak sah dengan tidak sempurna dua perkara berbeza. Sedangkan yang kita rasa tak sempurna itu sempurna pula pada yang lain. Khilaf dan salah dua perkara berbeza. Kalau sama kenapa ada dua sebutan.
Saya tidaklah orang agamawan yang mendalami akan hukum hakam tetapi tidaklah terlalu jahil sehingga tidak tahu apa apa. Saya juga tahu memilih. Memilih bermakna tidak borong semua dari satu bakul.