
Isi Kandungan
TogglePelakon yang juga berstatus ibu muda, Mawar Rashid telah mengumumkan penghijrahannya malam tadi.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mawar Rashid memohon agar semua mendoakannya untuk terus istiqamah dengan penghijrahannya.
Waktu Mengandung Inilah, Mawar Rashid ‘Dream Big’ Dalami Kelas Mengaji Al-Quran
Inilah Jodoh ‘Mr. Right’ Saya – Mawar Rashid
Doakan Mawar
Menerusi perkongsian tersebut, Isteri kepada Raf Yaakob ini juga memuat naik foto dirinya berhijab penuh. Luah Mawar di entri tersebut;
“Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula.
“Doakan Mawar sentiasa beristiqamah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Aamiin”
Malah perkongsian Mawar itu juga mendapat komen pujian dari rakan artis dan juga warganet.
“Allahu, Subhanallah semoga kak Mawar sentiasa beristiqomah ameen, kak mawar cantek sangattt berhijab” azirah_zubedy
Makin Cantik
“masyaAllah Alhamdulillah congrats dear makin cantik&berseri2 mawar” w4w4_zainal

“Alhamdulillah ” ramonazamzam
Malah meninjau Instagram ibu kepada Raden Muhammad Rafael ini juga sebenarnya sudah mula bertudung sejak beberapa bulan lalu.
Tahniah diucapkan buat Mawar MW ucapkan dan semoga Mawar terus istiqamah dengan penghijrahan ini.
Selain Raden Muhammad Rafael sebelum ini Raf pernah berkahwin dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan, 8 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4.
Sumber/Foto: Instagram Mawar Rashid
Untuk pautan yang lebih menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Zayn Rayyan Meluah Rasa, “Ini Kali Terakhir Mommy & Daddy Dapat Bawa Abang Jalan-Jalan…”

Isi Kandungan
ToggleIbu Zayn Rayyan meluah rasa, ini kali terakhir Mommy & Daddy dapat abwa abang jalan-jalan. Sehingga kini hari ini, pihak berkuasa sedang menyiasat kes kematian anak syurga Zayn Rayyan yang dibunuh enam hari lalu.
Pencarian ibu bapanya selepas kehilangan adik Rayn berakhir dengan tangisan selepas mayatnya dijumpai dalam keadaan mengiring menghala ke anak sungai berdekatan rumah mereka selepas hampir dua hari kehilangannya. Disangka kematian biasa tetapi ia membongkar rahsia, anak syurga ini dibunuh kerana ada kesan di lehernya.
Ibu Zayn Rayyan Meluah Rasa
Kehilangan anak satu ujian besar buat kedua ibu bapanya. Hari ini, menerusi akaun instagramnya, Ismanira Abdul Manaf, 28 telah memuat naik luahan rindu hatinya terhadap anak sulungnya yang ditemui meninggal 6 Disember lalu.
Perkongsian Ismanira yang memuat naik gambar terakhir mereka mendapat perhatian dan meruntun jiwa netizen kerana kali terakhir mereka anak beranak keluar bersama adalah pada 4 Disember, dua hari sebelum Zayn mati dibunuh.
“Ini Kali Terakhir Mommy & Daddy Dapat Bawa Abang Jalan-Jalan…”
“Waktu ni Isnin minggu lepas, 4 disember. Nie last Mommy dan Daddy dapat bawak abang jalan-jalan. abang dengna adik suka sangat jalan-jalan.
“Dapat pusing-pusing mall makan-makan tu memang happy sangat sangatlah dua beradik ni. Penat ke sibuk macam mana pun, Mommy Daddy akan cuba jugak bawak abang dengan adik jalan-jalan.
“Happy sangat abang waktu ni, Mommy Daddy dan adik pun happy waktu ni. Tak sangka ini moment happy terakhir kita 😔 Mommy abadikan kat sini ya,” katanya meluah rasa.

Semoga siasatan pihak berkuasa menemui kebenaran dan pasti seluruh rakyat Malaysia ingin tahu apa motif pembunuhan terhadap anak syurga ini. Al-Fatihah buat arwah Rayn Zayyan.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-“Dia tak pernah nak susahkan saya, susahkan sesiapa pun, termasuk mak dia”-Pengasuh Zayn Rayyan
“Langsung Tak Malu, Terima Seadanya..” Anak Istimewa Hadapi Masalah Sumbing & Diabetes Tahap 1
Anak Autisme Jenis ‘Picky Eater’, Guna Taktik Ni Banyak Benda Boleh Makan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas 2 Bulan Ceraikan Ain, PU Abu Dilanda Konflik Perpisahan Dengan Hana Azraa

Isi Kandungan
ToggleNampaknya rumah tangga PU Abu tak habis-habis dilanda kontroversi. Selepas dua bulan berpisah dengan bekas isteri, Ain ‘Afini Latif, kini dikatakan dalam proses bercerai pula dengan isteri barunya, Hana Azraa.
Berita mengejutkan ini didedahkan sendiri oleh Hana atau nama sebenarnya, Nurhannah Azra Mohd Zakir yang juga seorang pengasas kosmetik. Katanya lagi, mereka berdua dah membawa haluan masing-masing. Tak lagi tinggal sebumbung.
Hana Azraa Dedah Rumah Tangganya Bergolak
Ketika ini Hana menetap di Kedah, manakala PU Abu jauh darinya di Kuala Lumpur.
“Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya.”
Kedua pasangan ini juga tak lagi saling mengikuti di akaun instagram masing-masing. Bimbang dianggap salah anggap oleh netizen, Hana maklumkan yang dia perlu menjelaskan keadaan yang sebenar. “Hubungan saya dan Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah.” ujarnya.
“Walau bagaimana pun, saya tetap mendoakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri dari perkahwinan pertama PU Abu) serta anak mereka sampai ke syurga.”
Kami Masih Suami Isteri – PU Abu
Bagaimana pun dalam satu kenyataan yang dibuat PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi menjelaskan hubungannya dengan isteri, Hana Azraa tidak dilanda sebarang masalah.
“Kami masih suami isteri. Saya dan dia (isteri) okey-okey sahaja.” dedah PU Abu.
Sebelum ini, perkahwinan pertama PU Abu dengan Ain ‘Afini pernah mendapat perhatian umum apabila lelaki itu menceraikan isterinya dalam keadaan isterinya sarat hamilkan anak sulung mereka, Muhammad Adam Aysar. Sebaik Ain mendedahkan hubungan cinta suaminya yang mahu mengahwini Hana.

Anak sulungnya itu selamat dilahirkan pada 7 Jun lalu.
Selepas perpisahan yang berlaku, PU Abu mendirikan rumah tangga pula dengan Hana Azraa, yang juga ibu tunggal seorang anak sekitar Mei lalu.
MW : Apa pun kenyataan yang dikeluarkan, semoga kedua pasangan muda ini dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan baik.
Sumber/Foto : Mstar, Sinar Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Berkerjaya, Bincanglah Jika Suami Minta Berhenti Kerja. TOLONG YA, FIKIR JAUH!

Isi Kandungan
ToggleWanita berkerjaya, bincanglah jika suami minta berhenti kerja. Seperti mana yang dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh menerusi akaun Facebooknya, ada berkongsi tentang luahan seorang wanita.
Wanita tersebut yang juga ibu kepada empat orang anak memohon bantuan. Dan selepas berbual rupa-rupanya wanita yang juga bergelar ibu tunggal itu semasa bergelar isteri rupanya seorang bekerjaya.
Namun mengambil keputusan berhenti kerja kerana mengikut arahan suami.
Wanita Berkerjaya, Bincanglah Jika Suami Minta Berhenti Kerja.
Sememangnya kisah yang dikongsi oleh Cikgu Mohd Fadli ini menjadi dilema ramai wanita bekerjaya. Kadangkala ada yang serba salah mahu bekerja membantu keluarga dan dalam masa yang sama perlu mendengar arahan dari suami.
Namun sebenarnya banyak faktor yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan berhenti kerja namun rezeki itu semuanya dari Allah.
Paling membimbang jika perkahwinan yang dibina tidak berpanjangan dan terjadinya perpisahan. Sudah tentu wanita tersebut terpaksa memikirkan tentang sumber kewangan untuk menampung kehidupannya.
Ikuti perkongsian Cikgu Mohd Fadli tentang kisah pengorbanan seorang wanita yang berhenti kerja kemudian perkahwinan wanita itu tidak berpanjangan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada wanita di luar sana.
“Speechless… 😢
Baru-baru ni, ada ibu anak 4 datang mohon bantuan. Dan dia bercerita kenapa dia jatuh sampai tahap perlu mohon bantuan.
Cerita seperti ini beberapa kali aku sendiri dengar dari mereka yang perlu bantuan. Kisah asalnya mereka mampu, agak senang dan akhirnya terhimpit dalam kesusahan.
Wanita itu dulu ada kerjaya. Gaji dah sedap dah. Dalam RM3k sebulan. Duduk menyewa di kondo bersama suami dan anak-anak.
Sampai satu masa, suami dia minta dia berhenti kerja. Katanya dia mampu sediakan semuanya. Tak pasti kenapa suami dia berkeras mahu dia berhenti.
Mungkin cemburu, mungkin dia nak isterinya sentiasa ada di rumah mengasuh dan mendidik anak-anak, dan mahu layanan penuh dari seorang isteri.
Wanita ini tahu, suaminya bukan berduit sangat. Banyak perbelanjaan keluarga dia yang support hasil gajinya.
Namun bila suami arahkan demikian, maka patuh saja. Nanti derhaka pula.
Awalnya, semua berjalan lancar. Suami boleh bagi nafkah elok dan sara keluarga kecil mereka. Tidaklah boleh bermewah sakan, namun sentiasa cukup dan tak perlu sampai meminjam sana sini.
Namun beberapa tahun selepas itu, hubungan mereka mulai retak. Ada sahaja yang tak kena. Asyik bergaduh, bermasam muka. Dan puncak pergaduhan, perceraian berlaku.
Berpisahlah mereka, anak-anak semua nak duduk dengan si ibu.
Di sini bermula wanita itu merasa keperitan hidup bila tiada kerja dan gaji. Suami ada bagi nafkah kat anak-anak, tapi tak cukup. RM500 sebulan. Tu pun kadang-kadang ada bulan yang miss.
RM500 nak hidup macamana di tengah kotaraya ni? Sewa saja dah berapa. Makan minum lagi, bil lagi, perbelanjaan sekolah anak-anak lagi. Pampers susu semua tu.
Mujur Ada Wang Simpanan
Mujur wanita ni ada simpanan. Namun simpanan ni mampu bertahan lama mana sangat. Tak dan setahun simpanan dah hampir licin.
Dia cuba buat pelbagai kerja online. Jadi dropship dan sebagainya. Dapat la tampung sedikit sebanyak. Nak kerja tetap, anak-anak kecil. Nak hantar pengasuh perlu duit lagi. Dan bila mohon kerja, dia jadi junior semula dengan gaji permulaan pun tak besar. Macam tak berbaloi nak bayar pengasuh katanya.
Mujur permohonan zakat lulus. Ringan la sikit beban bila zakat bagi bantuan sewa rumah.
Dah beberapa kes yang aku jumpa seperti ini. Suami minta isteri berhenti kerja, kemudia akhirnya bercerai. Dan akhirnya yang terhimpit adalah isteri dan anak-anak.
Aku pun tak tahu nak kata apa. Arahan suami (masa jadi suami) kalau tak ikut, nanti derhaka. Dah ikut, kemudian akhirnya berpisah, isteri juga yang terseksa.
Kepada wanita yang berkerjaya, bincang elok-elok dengan suami jika suami minta berhenti kerja. Fikir jauh ke hadapan. Jika jodoh tidak panjang macamana pula?
Biar ada jaminan jika berhenti kerja. Jika berlaku seperti ini, sekurangnya ada persediaan dan jaminan.
Bila merancang jauh sampai fikirkan hal cerai ni, bukan kita minta nak berpisah, namun jodoh perceraian ini aturan Tuhan. Kena ada perancangan rapi takut-takut terjadi. Begitulah,” kongsi Cikgu Mohd Fadli.

“Alhamdulillah Rezeki Dari Allah” Warganet
Menerusi ruangan komen pelbagai pendapat diutarakan oleh waganet tentang isu ini. Malah ada yang berhenti kerja apabila diminta suami namun semuanya berjalan lancar. Ada pula wanita yang lebih selesa teruskan bekerja dan punya pendapatan sendiri.
Mingguan Wanita: Semoga wanita yang bergelar ibu tunggal kuat dan tabah harungi kehidupan!
Sumber : Facebook Cikgu Fadli Salleh
Sumber Foto : Gambar Hiasan Drama Jangan Menangis Cinta (Instagram Amyra Rosli)
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Betul ke wanita bekerja kerana bimbang bebankan suami?
Pulang berhari raya tapi tidur di hotel jangan sampai ada yang berkecil hati ya.
Ucapan hari raya istimewa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI