Inilah Jodoh 'Mr. Right' Saya - Mawar Rashid

Mawar Rashid, 22 dan Raf, 32 selamat dah bergelar suami isteri. Dari cerita kek kristal Swarovski sampailah busana pengantin bergemerlapan, memukau pandangan netizen. Cerita cinta mereka seolah-olah kemas  terakam dalam perjalanan majlis pernikahan dan resepsi yang cukup indah dan memukau.

Inilah jodoh dan Mr. Right saya,” akui Mawar yang juga bekas finalis Dewi Remaja.

Tak pernah terlintas dalam fikiran, Mawar atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid untuk menamatkan kehidupan bujangnya dalam usia yang sebegitu muda.

Fokus saya ketika ini cuma pada kerjaya dan nak bantu keluarga. Bila mengenali Raf, hati saya terbuka. Mahu ke fasa seterusnya.

Raf banyak mematangkan saya. Jadikan saya lebih berani ke depan. Macam bunga mawar, kami berkembang dan makin nampak berseri-seri.”

Dari situlah, Mawar akhirnya memilih untuk membuatkan hubungan mereka jadi lebih serius bersama suaminya kini, Raden Ahmad Faizal Yaakob. 9 November menjadikan ikatan cinta, dengan sekali lafaz akad nikah sahlah Mawar menjadi suri hati Raf.

Pengalaman Ibu Dan Mentua Sentiasa Jadi Sempadan

Disebabkan usia yang masih muda, Mawar perlu banyak belajar. Terutama dengan ibu mahupun ibu mentua. Nasihat dan tunjuk ajar itu yang amat diperlukan.

Bila sebut pasal kahwin, nampak saja semuanya mudah. Tapi tak sebenarnya. Saya masih perlukan nasihat, pandangan dan tunjuk ajar mereka yang berpengalaman.

IKLAN

Ibu dan ibu mentua saya tentunya. Dua individu inilah yang banyak memberi kata-kata semangat.

Alhamdulillah, keluarga kami cukup menyokong. Saya sendiri menanam azam mahu jadi isteri terbaik dan solehah buat suami, insya-Allah,” sambung Mawar sambil ditemani suami di sisi.

Ketika ditemui, sempat Mawar mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang memeriahkan majlis pernikahan dan resepsinya. “Doa kami agar kalian dapat mendoakan dan memberkati hubungan ini.”

Sementara itu, Raf mengakui tidak akan menghalang isterinya untuk terus membina karier memandangkan mereka berkenalan ketika masing-masing sedang cuba mencari tapak kukuh di dalam cabang seni masing-masing.

IKLAN

Saya Tak Halang, Itu Sumber Rezeki Isteri – Raf

Raf yang juga adik selebriti dan ahli perniagaan terkenal, Datuk Fazley Yaakob sama sekali tak menghalang kerjaya lakonan isterinya.

Sejak dulu, Mawar pandai berdikari. Dari remaja lagi dia dah tahu cari duit sendiri untuk bantu keluarga.

Itulah keberkatan untuknya sebab gemar bantu keluarga. Sebab itulah saya tak boleh halang jika dia nak teruskan kerjaya lakonan.

Itu sumber rezekinya dulu. Saya berinya ‘lampu hijau’. Kalau dia tiba-tiba nak teroka bidang lain pun, saya tetap sokong.”

IKLAN

Biarpun sokongan Raf tak berbelah bagi, dia tetap mahu isterinya fahamkan situasinya sebagai seorang isteri.

Ada perkara yang perlu dipatuhi. Perlu lebih teliti. Dari segi pemilihan skrip dan sebagainya. Rasanya Mawar tak ada masalah untuk itu.”

Bulan Madu Di Rusia Dan Manchester

Sebaik selesai majlis, pasangan suami isteri ini akan ‘terbang’ ke Rusia. ada komitmen mengacarakan sebuah program berbentuk sukan untuk siaran RTM.

Mereka juga bakal ke Manchester bagi memenuhi undangan jemputan di sana. “Alang-alang kami anggap sebagai bulan madu jugalah.”

Seloroh Raf yang turut terpikat dengan Mawar kerana hubungan akrab isterinya itu bersama dua anak hasil perkahwinannya sebelum ini.

Sumber: Rafiq Mazlan, Sinar Harian Hiburan
Foto : CST Productions & Project Two-pi , Instagram Mawar Rashid

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI