
Isi Kandungan
ToggleBulan puasa ini bukan main berbelanja sakan, lepas raya jatuh sengkek. Alasannya sambut raya setahun cuma sekali, maka yang sekali itulah mak mak kena raikan dengan sakan.
Persiapan raya kena paling tip top, belanja sakan asalkan kita jadi makhluk paling meriah Aidilfitri nanti. Tukarlah segalanya serba baru. Tak ada pun yang tertinggal. Baju baru, kasut baru, dekor rumah baru, segalanyalah serba baru.
Hujung-hujung.. kita melopong sebab duit makin susut. Jadilah kita makhluk paling sengkek walaupun gaji baru je masuk beberapa hari.
Sebabnya dah sakan sangat membeli. Atas alasan inilah pentingnya kawal perbelanjaan seisi rumah. Jadi taklah tak cukup duit lepas raya.
Cara Elak Jadi Sengkek Lepas Raya
Sediakan Sistem Sampul
Walaupun ini kaedah lama, tapi keberkesanannya masih tersangatlah relevan untuk mak-mak. Bahagikan kepada sampul bajet hari raya.
Dalam bajet hari raya bahagikan lagi kepada sampul duit raya, belanja dapur, balik kampung dan sebagainya. Sediakan untuk sambutan selama beberapa hari.
Asingkan juga sampul untuk perbelanjaan lepas raya. Yang itu tak boleh usik isinya melainkan telah habis anda beraya sakan.
Siap-siap Sediakan Barang Dapur
Bermakna anda sudah membeli untuk advance lepas raya. Misalnya beras, telur, sardin tin, bawang, ikan bilis dan sebagainya. Yang mana, ini untuk kegunaan lepas raya.
Jika terover belanja sekali pun anda sudah ada makanan kering yang boleh menampung keperluan harian selepas raya. Tak perlu lagi susah hati ketakcukupan bahan makan.

Tahan Hati, Nafsu Dan Emosi
Tiga benda ini kalau orang perempuan tak jaga ikutkan kehendaknya memang boleh ‘meletop’. Sebab itulah kena belajar tahan keinginan. Hish! Kalau ikutkan memang semualah nak dibeli.. Kesian anak tak pernah rasa.
Lagipun bukan selalu beli. Setahun sekali je. Haa.. fikiran macam inilah yang paling bahaya. Boleh jadi punca belanja sakan tak hengat nanti. Kena ingatkan diri, belanjalah seadanya. Tuhan sayang orang yang tak membazir.
Walaupun tip ini ringkas, namun jika mak-mak tak kawal belanja tu dari awal.. ia boleh jadi amat menyakitkan lepas raya nanti. Jangan pulak set kat kepala nak guna duit raya anak. Sebab ustaz kata, kalau dah terpakai mak ayah wajib ganti tau.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam Mana Nak Tahu Dalam Rumah Ada ‘Gangguan’, Ustaz Tunjuk Caranya

Isi Kandungan
ToggleUstaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam-Mujahidin mendapat pertanyaan daripada ramai orang. Tentang cara untuk mengetahui sama ada rumahnya ada ‘gangguan’ atau sebaliknya.
Dan ini yang ustaz terangkan dengan selengkapnya. Boleh hadamkan.
Pernah Pagar Rumah Dengan Garam Dan Lada Hitam
Ramai tanya saya balik,
Ustaz bagaimana nak tahu jika dalam rumah kita ada gangguan ya? Saya pernah buat pagar rumah dengan garam dan lada hitam ada cara lain lagi nak pagar rumah macam mana?
“Ok bab gangguan dalam rumah ini sebenarnya banyak orang yang mengalaminya. Cuma ramai yang tak perasan je di dalam rumah mereka mengalami gangguan. Di bawah saya share kan tanda-tanda di dalam rumah kita ada gangguan :
- Kerap ternampak seperti bayangan hitam berdiri, kerap ternampak bayangan hitam atau putih melintas laju, kerap ternampak seolah anak kecil berlari.
- Kerap terdengar seperti suara memanggil nama kita. Kebiasaannya suara yang kita kenali.
- Kerap terdengar bunyi guli di atas rumah, bunyi tarik kerusi meja atas rumah, bunyi lesung batu. Terutama rumah flat, kondo, apartment. Bunyi ketuk pintu, bunyi pasir atau batu dibaling atas bumbung rumah.
- Masuk rumah jadi sakit badan, sakit kepala, sakit belakang, sesak nafas bila keluar rumah jadi ok. Masuk rumah sakit balik.
- Kerap berbahang panas dalam rumah, pasang Air-cond malam rasa panas. Bila siang tengahari jadi rasa sejuk menggigil tak tahan pula dengan sejuk.
- Di dalam rumah kerap panas bergaduh perkara kecil jadi besar sekeluarga. Ada sahaja tak kena. Anak jadi tak dengar cakap melawan apa kita cakap. Suami isteri jadi serba tak kena, ada je masalah.
- Masak nasi dan lauk cepat basi. Baru masak pagi tengahari dah basi. Kadang-kadang tak sampai tengahari dah basi.
- Kerap terbau bau busuk dalam rumah seperti bau sampah sedangkan rumah dah bersih sapu, kerap ada ulat di dalam rumah seperti ulat sampah. Tak tahu keluar dari mana punca. Kadangkala bau kemenyan, colok, bau setanggi dan bau wangi.
Tiga Cara Pagar Rumah Dari Gangguan
Di atas adalah tanda-tanda gangguan di dalam rumah yang kerap dikongsi oleh pesakit pada saya. Sebelum ini saya ada ajar pagar rumah melalui garam dan lada hitam kali ini saya ajar ada tiga cara mudah untuk elakkan gangguan di dalam rumah kita oleh makhluk halus.
Cara pertama:
Masuk je ke dalam rumah atau ke mana sahaja yang kita pergi. Nak masuk jangan lupa memberi salam “Assalamualaikum” ada orang ke tak mesti kena bagi salam. Selesai bagi salam baca Surah Al-Ikhlas (3x) kemudian masuk dalam rumah di mulakan dengan kaki kanan.
InshaAllah jika buat dengan yakin, jika ada makhluk halus yang ada ikut kita dari luar tak akan dapat ikut kita masuk di dalam rumah sekali. Jika kita amalkan cara begitu. Paling mudah la tu.
Nabi SAW bersabda: “Jika seseorang memasuki rumahnya lantas ia menyebut nama Allah saat memasukinya (dengan memberi salam) Maka syaitan memberi tahu pada teman-temannya malam ini kalian semua tiada tempat untuk bermalam.
Ketika seseorang memasuki rumah tanpa menyebut nama Allah, syaitan pun mengatakan (pada teman-temannya), “Saat ini kalian mendapat kan tempat untuk bermalam”,
Cara kedua:
Jika kita nak tinggalkan rumah. Sebagai contoh kita nak keluar rumah. Bagus juga dibuat selalu sebenarnya. Caranya letakkan tapak tangan kita di pintu utama rumah kita seperti di dalam gambar kemudian baca :
Al Fatihah – 1x
Al ikhlas – 3x
Selawat – 3x dan sambung ayat di bawah
Baca Ayat 9 dari Surah Yasiin – 1x
وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون
Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa“
min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun
Maksud ayat:
“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”
Buatlah dengan penuh yakin. InshaAllah rumah kita akan terhindar dari segala bahaya manusia dan gangguan makhluk halus. Sebagai contoh dielakkan dari pencuri hendak memasuki rumah kediaman kita dan dielakkan dari gangguan makhluk halus.
Cara ketiga yang terakhir sekali:
Amalkan solat berjemaah di dalam rumah bersama sekeluarga. Kerapkan mengaji Al-Quran, solat tahajjud bersama-sama sekeluarga. Cara begini lagi bagus untuk elakkan dari sebarang gangguan makhluk halus. Sentiasa hidupkan suasana di dalam rumah dengan ayat suci Al-Quran. InshaaAllah jin, iblis tidak akan mudah memasuki rumah kita.
Bila makan di dalam rumah bersama-sama, jangan lupa baca doa makan. Jika terlupa baca sekali pun jangan lupa baca bismillah ketika hendak makan..
“Nabi SAW Bersabda:
Di saat ia makan (dengan membaca doa makan), maka syaitan pun berkata (pada teman-temannya): “Kalian semua tidak ada bahagian makan”
Jadi sebaiknya jangan lupa doa makan ketika hendak makan. Itu adalah rezeki kita semua. Rezeki datang dari Allah. Lepas makan pastikan tudung tutup makanan terutama sebelum tidur. Takut ada lalat hinggap pada makanan akan jadi kotor. Bila kotor, makanan yang terdedah makhluk halus amat suka.
Bersihkan sinki sebelum tidur
Sebelum tidur pastikan jangan lah berlonggok pinggan dalam sinki penuh dengan sisa makan lagi tak di buang akan nampak kotor dan bau yang busuk. Makhluk halus memang suka benda yang kotor dan busuk. Jika ada sampah ikat sebaiknya agar tidak berbau busuk dan ulat.

Masuk, keluar tandas baca doa
Bila masuk tandas jangan lupa baca doa
Masuk dan keluar tandas. Bila dah keluar tandas pastikan pintu tandas sentiasa tutup jangan di buka.
Doa Hendak Masuk Tandas dan Doa Hendak Keluar Tandas
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Doa Hendak Masuk Tandas
بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Allahumma inni a’udzu bika minal khubutshi wal khabaa’its.
Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.
Doa hendak keluar tandas
غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى
Ghufraanaka Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii.
“Aku memohon ampun daripada Engkau Ya Allah,Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkanku dan menyihatkanku”
Al-khubth (syaitan jantan) dan Al-khabaith (syaitan betina) adalah bakteria atau bibit penyakit yang banyak terdapat di tempat-tempat kotor seperti tandas. Di dalam tandas bila lepas di gunakan pastikan di cuci dengan bersih sebelum keluar meninggalkan tandas.Pastikan memakai selipar bila memasuki ke dalam tandas.
Jangan keluar senja
Anak-anak juga tidak di galakkan bermain di luar rumah terutama waktu senja maghrib. Ketika ini banyak makhluk halus yang berkeliaran di luar rumah terutama ketika masuk waktu azan berkumandang. Pastikan anak-anak tidak bermain di luar rumah ketika itu.
Angkat baju di ampaian sebelum malam
Jika sidai baju juga jangan sidai baju sampai di tengah maghrib dan malam baru nak angkat walaupun ada bumbung di luar rumah. Tak elok. Jika ada baju pastikan angkat baju di ampaian sebelum masuk senja.
Moga info ini bermanfaat pada mereka semua yang memerlukan. Saya hanya share sahaja mana yang saya tahu.
Semua sebagai Ikhtiar sahaja. Jika kita buat dengan yakin penuh dengan istiqomah InshaAllah pasti di permudahkan segalanya dari Allah.
Moga diri kita dan family kita di elakkan dari sebarang gangguan makhluk halus dan dielakkan dari sebarang musibah Aamiin3x Ya Rabbal Allamin.
Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Ayah Jangan Rimas Layan Anak, SUKA ATAU TIDAK Suatu Hari Dia Tinggalkan Kita

Isi Kandungan
ToggleMasa kecil, apa-apa anak mesti akan cari mak ayahnya. Nak itu dan ini sampai naik rimas layan anak. Kadang-kadang angin juga bila semua tak kena pada anak.
Janganlah rimas layan anak sebab masa kecil inilah kita ada dengannya. Bila dia dah membesar dan ada kehidupan sendiri, barulah rasa kesepian dan sunyi tanpa mereka di sisi. Masa tu mulalah ingat kenakalan, kedegilan dan tingkahlaku dia masa kecil.
Ingatlah, suatu hari anak-anak ini membesar dan tidak selamanya kecil. Jadi janganlah rimas layan anak dan layanlah anak sebaiknya seperti yang dikongsikan oleh Dr Fhais Mohd Salim ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Anak Bijak & Cergas, Mak Ayah JANGAN TENGKING Anak, Ada Bezanya Marah, Tegas
Anak MENANGIS Untuk Dapatkan Sesuatu, BIARKAN! Mak Ayah Jangan LAYAN, Ajar Dia Adab, Disiplin
Rimas Layan Anak, Suatu Hari Dia Tingalkan Kita
Dalam perkongsian video tiktok oleh Dr Fhais Mohd Salim mungkin cukup terkesan buat mak ayah, lebih-lebih lagi mengingatkan anak yang sedang nak membesar. Kita rasa malas nak layan dan geram dengan peel masing-masing.
Sedangkan kita kena tahu, suka atau tidak satu hari nanti anak kita akan tinggalkan kita jua.Tak kiralah tinggalkan kita hidup atau mati, mereka tetap akan pergi jauh.
Krna ingat, anak-anak membesar dengan sangat cepat. Pejam celik tengok dah besar. Sebab itulah, mak ayah kena rajin pangku sementara mereka masih mahu di pangku.
Dukunglah, jalan-jalan selagi mereka masih lagi mahu didukung, Biarlah badan dipanjat-panjat sementara mereka masih lagi mahu bermain dengan kita.
Jangan mengeluh susu mahal kerana saat anak masih menyusu lebih mahal. Peluklah anak masa sambut balik kerja dengan penuh riang sementara mereka teruja melihat muka kita.
Mak ayah jangan sesekali rimas anak tidur dalam pelukan kita kerana suatu hari nanti peluk pun dia dah malu.
Jangan Berkira Dengan Anak
Usah berkira bila anak meminta belikan sesuatu sementara dia masih bergantung pada kita. Mandikan dia selagi mereka masih suka bermain dengan air dan sabun.
Keluar jalan-jalan selagi anak masih belum rasa jemu dan malu keluar dengan kita. Sebabnya suatu hari nanti anak dah tak perlukan kita lagi.
Pasti masa ini kita pula akan rasa lebih perlukan anak berada bersama kita. Anak tak call sehari kita dah tertanya-tanya, “Apa yang anak aku buat sekarang ini ye”
Pasti satu persatu memori pangku, mandi, susu, dukung dan jalan-jalan akan keluar di minda.

Mingguan Wanita : Betul sangat, tak perlu anak besar tapi anak umur 5 tahun pun dah rimas bila kita cium dia….sedih.
Sumber: @fhaissalim (tiktok)
@fhaissalim Suka atau tidak, masa akan berlalu.. #parenting ♬ All of Me – John Legend
.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Tak Bayar Hutang, Belanja Berlebihan..’ Itulah Penyebab Hidup Berhutang Berpanjangan

Isi Kandungan
ToggleMahu jadi orang yang kaya dalam hidup, antara syaratnya adalah hidup kenalah bebas daripada hidup berhutang. Lelaki ini, Ahmad Isa berkongsi tentang buku ‘The Richest Man in Babylon’ yang dibacanya.
Menerusi pembacaan itu, lelaki ini memberi 5 kesimpulan penting kepada isterinya yang bertanya. Berapa banyak perlu simpan duit, selesaikan hutang piutang dan kenapa perlu beri duit pada isteri.
Jadi Kaya Walau Gaji Kecil, Hutang Keliling Pinggang
“Abang tengah baca buku apa tu?” tanya Adilah bila nampak aku khusyuk membaca.
“The richest man in babylon” Jawab aku pendek.
“Cerita pasal apa tu?” tanya Adilah lagi.
“Kisah orang kaya kat Babylon lah, hahaha” aku cuba bercanda.
“Ooo..” Adilah melopongkan mulutnya sambil matanya berkerut. Adilah masih tak dapat jawapan yang sebenar.
“Buku ni sangat sesuai untuk orang yang ada masalah duit” kata aku.
“Kenapa pulak?” tanya Adilah.
“Sebab dia ajar macam mana nak jadi kaya walaupun gaji kecil & hutang keliling pinggang” kata aku lagi.
“Wowowowowow!! Best tu! Cerita lah abang macam mana tu?” Mata Adilah bersinar-sinar menunggu suaminya bercerita.
“Banyak juga yang diceritakan, memang kena baca sendiri, baru faham, hahaha” kata aku.
“Alaa, abang simpulkan je lah…” pujuk Adilah.
“Ok,ok”
5 Perkara Ini Urus Gaji Dengan Betul
“Ada 5 Poin Penting yang abang dapat dalam buku ni..”
“Pertama, buku ni ajar setiap kali kita dapat duit/gaji walaupun kecil, 1/10 simpan untuk diri kita”
“Ramai yang bila dapat gaji, duit hasil titik peluh diri dia, dia bagi pada orang lain kecuali diri sendiri. Dia bagi pada penjual makanan, dia bagi pada penjual baju & sebagainya..”
“Dia lupa nak bagi pada diri sendiri. 1/10 dari gaji kalau disimpan, duit tu akan berganda dan kerja untuk kita.. Nanti abang cerita macam mana di akhir topik”
“Yang kedua, kurangkan belanja, naikkan pendapatan, naikkan saving.”
“Nak saving sampai bila bang?” Tanya Adilah.
“Mentor abang cakap, sampai saving cecah RM100,000, sebab nak disiplinkan diri sebelum duit tu bekerja untuk kita”
“Cuba tengok bulan lepas, apa perkara yang kita belanja & tak perlu pun sebenarnya? Masukkan budget tu dalam saving”
“Ooo..” jawab Adilah pendek.
Peluang Cuma Datang Sekali..
“Yang ketiga, orang yang bernasib baik adalah orang yang bertindak disaat yang tepat. Peluang hanya datang sekali, biasanya peluang akan disambut cepat oleh mereka yang bersedia (saving).”
“Ramai yang terlepas peluang yang menguntungkan sebab tiada persediaan berbentuk duit”
“Yang keempat, kekayaan tak semestinya dari gaji yang besar”
“Maksudnya?” Tanya Adilah penuh minat.
“Ada orang gaji besar, ada orang gaji kecil, tapi mereka tetap ada masalah yang sama, duit tak pernah cukup, betul?” tanya aku.
“Betul” Jawab Adilah pendek.
“Masalah sebenar adalah disiplin untuk saving 1/10. Gaji besar macam mana pun, kalau takda saving, melingkup juga!”
“Last sekali, yang kelima, jadikan duit sebagai hamba yang bekerja untuk kita 24 jam (pasif)”
“Maksudnya?” Tanya Adilah.
“Invest”
“Sebelum invest, kena belajar betul-betul tempat yang kita nak invest, cari mentor yang betul untuk guide kita supaya tak rugi duit & masa”
“Duit ni hamba yang bagus, tak pernah merungut, tak pernah rehat, tak pernah minta cuti, takde emosi down, kerja 24 jam untuk kita..fuhh, best kan?” Tanya aku pada Adilah.

“Best! Patutlah orang kaya beli ‘pasif income’ orang belum kaya beli iphone dengan aktif income..” Adilah dah mula faham.
Baca sini : Selesaikan hutang RM20k, dalam tempoh dua bulan, 3 tip ini betul-betul membantu
Disiplinkan Diri Agar Hidup Berhutang Tak Berpanjangan
“Kalau 1/10 untuk saving, 9/10 lagi buat apa?” tanya Adilah.
“2/10 bayar hutang, 7/10 bagi isteri..” aku menelan air liur.
“7/10 bagi isteri tu best!!!” Adilah excited. haha
“Hahaha, maksudnya 7/10 tu expenses untuk teruskan hidup seperti barang dapur, insuran, bil elektrik semua bagai tu, bukan buat belanja semuaaaa, haha” aku jelaskan supaya Adilah lebih faham.
“Ohhh, ingat buat belanja, heaven betul tu! haha, habistu duit belanja suami takde ke?” Tanya Adilah.
“Hmm, kena tanya isterilah, dari 7/10 tu, berapa portion untuk suami belanja, sebab isteri lebih tahu berapa banyak perbelanjaan rumah diperlukan sebelum berbelanja” menggigil aku cerita ni kat Adilah haha.
“Ingat, 2/10 untuk bayar hutang tu penting sangat. Ramai orang tak bayar hutang & berbelanja berlebihan menyebabkan hidupnya dalam hutang berpanjangan. Disiplinkan diri untuk bayar hutang walaupun RM1 sebulan, orang yang beri hutang pun tak marah selagi kita ada effort” kata aku lagi.
“Faham bang, terima kasih” kata Adilah sambil tersenyum puas.
#JiwaKembara
#HidupLuarBiasa
Mingguan Wanita : Sememangnya kita tak dapat lari dari hidup berhutang, tapi macam mana kita urus hutang itulah paling penting sekali.
Sumber/Foto : Ahmad Isa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI