Ikhtiar Minyak Bawang Putih-Lada Hitam, Buang ‘Gangguan’ Angin Dalam Badan

Sakitnya bila terkena angin ‘gangguan’ makhluk halus ini. Sesetengah orang kurang percaya perihal mistik sebegini. Karut katanya, tapi bila dah terkena dekat diri sendiri, tubuh kerdil itulah yang menanggungnya.

Andai rasa ada yang tak kena, boleh saja cuba petua minyak bawang putih dan lada hitam ini. Sebagai ikhtiar membuang angin akibat gangguan itu tadi. Seterusnya, kenalah mencari orang alim yang pandai merawat cara Islam.

Inilah yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ketika membantu pesakitnya yang banyak angin akibat gangguan.

 

 

Cara Buat Minyak Bawang Putih-Lada Hitam

Sejak akhir-akhir ini banyak pesakit datang mengalami masalah angin dalam badan (banyak angin dalam badan).

Jika badan banyak angin disebabkan gangguan makhluk halus boleh cuba cara di bawah.”

IKLAN

Cara ini cumalah ikhtiar saja. Semua atas izin Allah. Buat dengan yakin, ikhlas dan sabar. Insya-Allah pasti dipermudahkan Allah.”

 

Buat Cara Macam Ini :

  1. Ambil salah satu minyak masak sama ada minyak kelapa atau minyak gamat. Letakkan dalam piring kecil.

2. Kemudian letakkan sedikit lada hitam ke dalam piring.

3. Selepas letak lada hitam letakkan bawang putih sedikit ke dalam minyak.

IKLAN

4. Selesai letak semua itu lalu baca :

  • Al fatihah – 3 x
  • Al ikhlas – 3 x
  • Bismillah 5 – 3 x
  • Selawat – 3 x

5. Selesai baca sapukan di perut anda.

 

Ikhtiar Minyak Bawang Putih-Lada Hitam, Buang ‘Gangguan’ Angin Dalam Badan

IKLAN

Ini Yang Akan Berlaku, Jika Ada Gangguan

Jika ada gangguan dan banyak angin dalam badan, anda akan sendawa keluarkan angin. Sekiranya bayi anda kerap kembung perut buat seperti di atas sapukan pada perut baby dan tapak kaki baby.

InshaaAllah izin Allah perut baby anak kecil anda tidak akan kembung lagi.

Cara ini hanya sebagai iktiar sahaja, kesembuhan semua atas izin Allah.”

27 Tanda Gangguan Makhluk Halus, Saka, Santau Dan Sihir

Antara tanda-tanda tersebut adalah:

  1. Kerap sakit belakang, bahu tengkuk urat belikat kerap sakit
  2. Akan kerap sesak nafas sakit dada ulu hati
  3. Selalu rasa resah gelisah berdebar-debar tanpa sebab terutama waktu asar ke atas
  4. Seringkali sakit kepala, makan ubat tetap sakit
  5. Kerap kembung perut sedawa angin
  6. Asyik rasa berdenyut-denyut, di bawah ari-ari (wanita)
  7. Kitaran haid tak normal
  8. Lambat mendapat zuriat
  9. Menjadi rimas lemas cepat nak marah bila berdepan suami@isteri
  10. Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil
  11. Ketika marah kerap meminta cerai
  12. Tidak suka tidur bersama
  13. Nafsu tiada terhadap suami@Isteri
  14. Tercium bau badan busuk hanyir, nafas berbau pada tubuh suami@isteri
  15. Suka bersendiri di dalam bilik
  16. Tidak suka tempat-tempat yang bising
  17. Sukar tidur malam
  18. Mimpi bayi, menyusu dan bermain dengan bayi yang kerap
  19. Alami mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa yang kerap.
  20. Kerapkali mimpi pasangan kita curang
  21. Perasaan curiga cemburu buta yang kuat
  22. Kerap bermimpi tempat kotor busuk
  23. Kerap terbau kemenyan, colok malah setanggi
  24. Bila berjauhan dengan pasangan perasan rindu sayang amat-amat menebal
  25. Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali dan dikenali
  26. Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al Quran
  27. Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang lain

Di atas adalah serba sedikit Bagi orang yang terkena gangguan makhluk halus. Sekiranya anda banyak tanda di atas dapatkanlah rawatan Islam berhampiran dengan anda, jangan sampai terlambat ya.

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI