Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam-Mujahidin mendapat pertanyaan daripada ramai orang. Tentang cara untuk mengetahui sama ada rumahnya ada ‘gangguan’ atau sebaliknya.
Dan ini yang ustaz terangkan dengan selengkapnya. Boleh hadamkan.
Pernah Pagar Rumah Dengan Garam Dan Lada Hitam
Ramai tanya saya balik,
Ustaz bagaimana nak tahu jika dalam rumah kita ada gangguan ya? Saya pernah buat pagar rumah dengan garam dan lada hitam ada cara lain lagi nak pagar rumah macam mana?
“Ok bab gangguan dalam rumah ini sebenarnya banyak orang yang mengalaminya. Cuma ramai yang tak perasan je di dalam rumah mereka mengalami gangguan. Di bawah saya share kan tanda-tanda di dalam rumah kita ada gangguan :
Kerap ternampak seperti bayangan hitam berdiri, kerap ternampak bayangan hitam atau putih melintas laju, kerap ternampak seolah anak kecil berlari.
Kerap terdengar seperti suara memanggil nama kita. Kebiasaannya suara yang kita kenali.
Kerap terdengar bunyi guli di atas rumah, bunyi tarik kerusi meja atas rumah, bunyi lesung batu. Terutama rumah flat, kondo, apartment. Bunyi ketuk pintu, bunyi pasir atau batu dibaling atas bumbung rumah.
Masuk rumah jadi sakit badan, sakit kepala, sakit belakang, sesak nafas bila keluar rumah jadi ok. Masuk rumah sakit balik.
Kerap berbahang panas dalam rumah, pasang Air-cond malam rasa panas. Bila siang tengahari jadi rasa sejuk menggigil tak tahan pula dengan sejuk.
Di dalam rumah kerap panas bergaduh perkara kecil jadi besar sekeluarga. Ada sahaja tak kena. Anak jadi tak dengar cakap melawan apa kita cakap. Suami isteri jadi serba tak kena, ada je masalah.
Masak nasi dan lauk cepat basi. Baru masak pagi tengahari dah basi. Kadang-kadang tak sampai tengahari dah basi.
Kerap terbau bau busuk dalam rumah seperti bau sampah sedangkan rumah dah bersih sapu, kerap ada ulat di dalam rumah seperti ulat sampah. Tak tahu keluar dari mana punca. Kadangkala bau kemenyan, colok, bau setanggi dan bau wangi.
Tiga Cara Pagar Rumah Dari Gangguan
Di atas adalah tanda-tanda gangguan di dalam rumah yang kerap dikongsi oleh pesakit pada saya. Sebelum ini saya ada ajar pagar rumah melalui garam dan lada hitam kali ini saya ajar ada tiga cara mudah untuk elakkan gangguan di dalam rumah kita oleh makhluk halus.
Cara pertama:
Masuk je ke dalam rumah atau ke mana sahaja yang kita pergi. Nak masuk jangan lupa memberi salam “Assalamualaikum” ada orang ke tak mesti kena bagi salam. Selesai bagi salam baca Surah Al-Ikhlas (3x) kemudian masuk dalam rumah di mulakan dengan kaki kanan.
InshaAllah jika buat dengan yakin, jika ada makhluk halus yang ada ikut kita dari luar tak akan dapat ikut kita masuk di dalam rumah sekali. Jika kita amalkan cara begitu. Paling mudah la tu.
Ads
Nabi SAW bersabda: “Jika seseorang memasuki rumahnya lantas ia menyebut nama Allah saat memasukinya (dengan memberi salam) Maka syaitan memberi tahu pada teman-temannya malam ini kalian semua tiada tempat untuk bermalam.
Ketika seseorang memasuki rumah tanpa menyebut nama Allah, syaitan pun mengatakan (pada teman-temannya), “Saat ini kalian mendapat kan tempat untuk bermalam”,
Cara kedua:
Jika kita nak tinggalkan rumah. Sebagai contoh kita nak keluar rumah. Bagus juga dibuat selalu sebenarnya. Caranya letakkan tapak tangan kita di pintu utama rumah kita seperti di dalam gambar kemudian baca : Al Fatihah – 1x Al ikhlas – 3x Selawat – 3x dan sambung ayat di bawah Baca Ayat 9 dari Surah Yasiin – 1x
وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون
Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa“
min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun
Maksud ayat:
“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”
Buatlah dengan penuh yakin. InshaAllah rumah kita akan terhindar dari segala bahaya manusia dan gangguan makhluk halus. Sebagai contoh dielakkan dari pencuri hendak memasuki rumah kediaman kita dan dielakkan dari gangguan makhluk halus.
Ads
Cara ketiga yang terakhir sekali:
Amalkan solat berjemaah di dalam rumah bersama sekeluarga. Kerapkan mengaji Al-Quran, solat tahajjud bersama-sama sekeluarga. Cara begini lagi bagus untuk elakkan dari sebarang gangguan makhluk halus. Sentiasa hidupkan suasana di dalam rumah dengan ayat suci Al-Quran. InshaaAllah jin, iblis tidak akan mudah memasuki rumah kita.
Bila makan di dalam rumah bersama-sama, jangan lupa baca doa makan. Jika terlupa baca sekali pun jangan lupa baca bismillah ketika hendak makan..
“Nabi SAW Bersabda:
Di saat ia makan (dengan membaca doa makan), maka syaitan pun berkata (pada teman-temannya): “Kalian semua tidak ada bahagian makan”
Jadi sebaiknya jangan lupa doa makan ketika hendak makan. Itu adalah rezeki kita semua. Rezeki datang dari Allah. Lepas makan pastikan tudung tutup makanan terutama sebelum tidur. Takut ada lalat hinggap pada makanan akan jadi kotor. Bila kotor, makanan yang terdedah makhluk halus amat suka.
Bersihkan sinki sebelum tidur
Sebelum tidur pastikan jangan lah berlonggok pinggan dalam sinki penuh dengan sisa makan lagi tak di buang akan nampak kotor dan bau yang busuk. Makhluk halus memang suka benda yang kotor dan busuk. Jika ada sampah ikat sebaiknya agar tidak berbau busuk dan ulat.
Ads
Masuk, keluar tandas baca doa
Bila masuk tandas jangan lupa baca doa
Masuk dan keluar tandas. Bila dah keluar tandas pastikan pintu tandas sentiasa tutup jangan di buka.
Doa Hendak Masuk Tandas dan Doa Hendak Keluar Tandas
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ Doa Hendak Masuk Tandas
بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Allahumma inni a’udzu bika minal khubutshi wal khabaa’its.
Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.
Doa hendak keluar tandas
غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى
Ghufraanaka Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii.
“Aku memohon ampun daripada Engkau Ya Allah,Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkanku dan menyihatkanku”
Al-khubth (syaitan jantan) dan Al-khabaith (syaitan betina) adalah bakteria atau bibit penyakit yang banyak terdapat di tempat-tempat kotor seperti tandas. Di dalam tandas bila lepas di gunakan pastikan di cuci dengan bersih sebelum keluar meninggalkan tandas.Pastikan memakai selipar bila memasuki ke dalam tandas.
Jangan keluar senja
Anak-anak juga tidak di galakkan bermain di luar rumah terutama waktu senja maghrib. Ketika ini banyak makhluk halus yang berkeliaran di luar rumah terutama ketika masuk waktu azan berkumandang. Pastikan anak-anak tidak bermain di luar rumah ketika itu.
Angkat baju di ampaian sebelum malam
Jika sidai baju juga jangan sidai baju sampai di tengah maghrib dan malam baru nak angkat walaupun ada bumbung di luar rumah. Tak elok. Jika ada baju pastikan angkat baju di ampaian sebelum masuk senja.
Moga info ini bermanfaat pada mereka semua yang memerlukan. Saya hanya share sahaja mana yang saya tahu.
Semua sebagai Ikhtiar sahaja. Jika kita buat dengan yakin penuh dengan istiqomah InshaAllah pasti di permudahkan segalanya dari Allah.
Moga diri kita dan family kita di elakkan dari sebarang gangguan makhluk halus dan dielakkan dari sebarang musibah Aamiin3x Ya Rabbal Allamin.
Percaya kan zaman viral ini proses keibu bapaan makin mencabar. Paling terkesan sekali emosi diri yang kadangkala sukarnya nak dikawal. Nak bagi emosi mak-mak lebih bertenang, dan lebih fokus dengan anak-anak salah satunya adalah lupakan saja gosip alam maya.
Sebab otak yang tak dikelilingi dengan gosip pelik-pelik akan lebih mudah fokus untuk mendidik anak-anak jadi lebih cemerlang dan berjaya. Dalam masa yang sama, tenaga ibu jadi lebih besar dan tak dibazirkan untuk perkara yang tak penting.
Menarik sekali perkongsian Puan Nadiatul Ashikin Binti Abu Bakar (Nadia Bakar), 32 yang mendapat intipati ilmu keibubapaan menerusi talk yang disampaikan oleh Dr Siti Rohana.
“Dah 6 tahun jadi ibu sekarang saya tahu. Aduhai.”
Ingatlah.. Mak Ayah Orang Pertama Anak Kenal Dalam Dunia
Ibu mesti bertenang supaya kita tak menyinga sepanjang masa. Supaya otak kita sempat berfikir dengan baik sebelum bertindak.
Bila anak pecahkan cawan, ibu berhenti sekejap. Rasa nak marah?
Tarik nafas dalam-dalam sampai kita rasa tenang dan otak boleh proses apa yang sedang berlaku dengan rasional.
Bila dah bertenang, baru otak boleh berfungsi sebagai manusia yang waras.
“Oh anak aku tak sengaja.”
“Oh anak aku nak tolong angkatkan.”
“Oh anak aku nak bagi aku cawan cepat-cepat.”
“Oh anak aku tangannya belum cukup kuat angkat cawan kaca yang berat.”
Bagi anak kecil, tiada siapa lagi yang paling dia cintai melainkan ibu. Orang pertama yang dia kenal di dunia ini. Bayangkanlah kalau anak kecil asyik dimarah, diherdik dan dipukul? Pada siapa lagi dia nak percaya dan bina kepercayaan diri sendiri kalau bukan pada ibu?
Di hati anak, ibulah segala-galanya.
Kalau ibu bunuh kepercayaan pada diri mereka dengan tempik, herdik dan pukul, kita ingat anak akan jadi orang yang percaya diri (high self esteem) bila perlu keluar hadap dunia luar nanti?
Ini Cara Ibu Belajar Bertenang
Ibu nak bertenang kena elakkan stress.
Lebih-lebih lagi stress yang tak perlu.
Yang tak penting pun. Yang langsung tiada kaitan dengan kita.
Salah satunya, stalk cerita gosip di alam maya ni. Perasan kan macam mana punya sakit hati bila kita baca kisah rumahtangga yang pelik-pelik, tak masuk dek akal? Padahal tu kisah orang lain. Tapi dah curi baaaaanyak tenaga kita.
Tanpa sedar kita stress. Lepas tu senang nak marah-marah. Hal kecil-kecil pun tak boleh nak toleransi.
Sebab? Kita tak bertenang. Otak kacau-bilau. Cloudy.
Teringat tuan Bukhari Ramli cakap.
“Otak ni tempat yang suci. Jangan masukkan sampah!”
Dulu saya tak faham juga apa yang tuan Bukhari cakap.
Lama-lama baru nampak, boleh kaitkan otak dengan mindset dan akhlak kita sebagai manusia.
Apa yang kita lihat dan dengar masuk ke otak. Tambah pula dengan emosi, memang dahsyat penangannya. Lalu tercipta belief system kita sendiri.
Nak Tak Nak.. Ibu Mesti Bertenang
Ibu, tak kita yang berubah, siapa lagi?
Anak tak ada orang lain untuk diharapkan, melainkan pada ibunya sendiri. Tak mungkin ibu orang lain tiba-tiba datang nak offer diri.
“Meh sini meh. Acik boleh jadi ibu yang bertenang untuk awak, nakkkk.”
Ibu, mesti bertenang. Anak kecil tak lama mana. Sampai masa dia dah pandai buat keputusan sendiri. Dah keluar pergi belajar, tak lama tu akan bina rumahtangga dengan orang lain. Tinggallah kita sendiri.
Sekarang ni masa untuk kita cipta sebanyak mungkin memori yang indah dan baik dalam hidup mereka.
Kita cuba, ya.
Tak jadi sekali, buat sampai sejuta kali.
Tak dosa pun. Asalkan kita tak putus asa. Tuhan nampak usaha kita.
Nadia Bakar : Paksa diri cuba tenang setiap masa walau banyak lagi cacat celanya.
Sebelum wanita tidur, eloklah melakukan adab-adab tidur dan jangan lupa selitkan amalan yang diajarkan Rasulullah untuk kaut ganjaran pahala dan kelebihan yang sangat besar jika buat.
Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah Ummul Mukminin (ra), isteri tercintanya:
“Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan EMPAT perkara ini, iaitu:
1.Sebelum mengkhatamkan Al-Qur’an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di Hari Akhirat.
3.Sebelum para Muslim meredhaimu.
4.Sebelum kau laksanakan Ibadah Haji dan Umrah.
Aisyah pun, bertanya kepada Rasullah SAW:
“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini, seketika?”
Rasullah SAW tersenyum dan bersabda: “Sebelum engkau tidur (lakukan ini):
1. “Jika engkau akan tidur , membacalah Surah al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.
2. “Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
“Subhanallaahi Walhamdulillaahi Walaailaaha Illallaahu Allaahu Akbar ( 3x ).
Semoga kita bersama-sama dapat mengamalkan 4 perkara ini dan memperolehi ganjaran pahala yang dijanjikan.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pernikahan adalah komitmen seumur hidup, oleh itu berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup. Jika dikurniakan pasangan yang baik, bahagialah kehidupan rumahtangga seperti berada di syurga. Begitulah sebaliknya.
Bukan mudah memilih pasangan sebenarnya kerana kadang kala hubungan cinta yang terjalin bertahun lamanya sekali pun tidak mampu menjamin rumahtangga bahagia selamanya. Berserahlah pada Allah adalah sebaik-baiknya.
Assalamualaikum sahabat followers yang bonda sayangi..semoga hari ini membawa kegembiraan yang berpanjangan..
.
Poster bonda pada pagi ini..
Pernikahan itu merupakan komitmen seumur hidup..!
Dan percayalah bahawa sebuah pernikahan itu sebenarnya tidak seindah video dan gambar-gambar yang kita lihat… Pasti ada turun, naiknya..
.
Kita tidak tahu sebenarnya sudah berapa banyak bahagian videonya yang telah diedit dan kita juga tidak tahu berapa kali bahagian yang dibuang dan akhirnya dipotong. Tahu-tahu video dan gambarnya gah dan cantik dijadikan sebagai moment indah..
.
Kita tidak tahu proses jatuh bangun dan kemelut di sebaliknya..
.
Dan akhirnya… Bila gambar dan video siap diedit yang kita lihat cantik dan mewah itu adalah satu penipuan di sebalik ingin menutup celanya. Dan itulah yang membuatkn ada perasaan pada sesetengah orang yang hendak cepat-cepat bernikah.
Pernikahan Bukan Sekadar Majlis Gilang Gemilang
Ingat ya! Pernikahan bukan hanya dengan sebuah majlis yang meriah… Selepas daripada itulah bermulanya sebuah kehidupan yang sebenar…
.
Jangan hanya melihat pada majlis itu cantik, lancar, bajunya cantik, gambar dan videonya romantik tidak ada kemelutnya..
.
Pastikan kita kenal betul-betul siapa manusia yang akan teman kita sepanjang hayat… Carilah yang betul-betul… Sebab pasangan kitalah yang akan tahu baik, buruk kelakuan kita..
Dapat pasangan hidup yang baik… buat dunia kita seperti di syurga… Tetapi bila sudah tersalah memilih pasangan membuatkan kita seperti di neraka dunia..!
MW: Kebahagiaan rumahtangga bukan hanya diukur kepada betapa gahnya majlis, betapa besarnya rumah atau berapa banyak hartanya. Sebaliknya rumahtangga yang bahagia adalah pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...