Bagi mak-mak peminat pokok bunga orkid, faham je lah macam mana rumitnya nak jaga pokoknya. Biasanya pokok orkid memang jenis payah dan makan masa nak berbunga. Malah ada juga pokok orkid jenis bermusim bunganya dan selalunya bila pokok dan tua, bertahun-tahun tanam barulah pokoknya berbunga. Bila berbunga memang sangat cantik dan tahan lama.
Jika dah cuba macam-macam cara namun pokok orkid tak berbunga, boleh cuba petua tabur dengan tulang Ikan Mayong pula. Tak rugi pun mencuba, daripada tulangnya dibuang begitu sahaja, baik tabur di pokok.
Dah puas saya bubuh baja orang Siam, bubuh baja orang asli tapi masih tak berbunga jugak Orkid Harimau ku ini. Orkid ini baru 2 tahun. Punya lah ingin sangat-sangat nak nengok bunganye terpaksa lah saya bagi bunga plastik buat sementara nunggu Orkid harimau ni berbunga.
Hari ni ada sorang kawan dari Indon dia kata, cuba wak tabur kan tulang ikan Mayong dekat pokok Orkid tu Insyaallah berbunga wak.
Letak sabut kelapa, Kayu arang, Batu bata dan tanah merah sikit.
Ads
Nak bagi subur pokoknya saya guna baja organik je dengan air basuhan beras.
MW: Jika ada pokok orkid yang lambat nak berbunga tu boleh cuba petua yang dikongsikan iaitu tabur tulang ikan mayong. Insya Allah berbunga dan tak salah mencuba.
Bagi mak-mak yang mempunyai hobi menanam ini, mereka akan gunakan setiap ruang tanah yang ada di halaman rumah untuk bercucuk tanam. Paling penting tanaman yang ditanam sudah tentu untuk keperluan masakan hari-hari.
Untungnya, tak perlulah nak membeli, hanya petik sahaja. Berapa banyak nak guna bergantung kepada masakan. Jika beli, mahunya ada yang berlebihan hingga membazir pula kalau tidak digunakan.
Begitulah kalau ada ruang tanah untuk bercucuk tanam. Tapi bagaimana mak-mak yang nak menanam tapi tak ada tanah, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar dan apartment. Memang susahlah untuk menanam.
Jangan risau, masih ada peluang untuk mak-mak yang tak ada ruang tanah, perkongsian daripada Umie Watie boleh membantu mak-mak untuk bercucuk tanam. Jimat saja dengna hanya menggunakan tong polisterin.
Kali ini, Kakchik nak kongsi cara bercucuk tanam ala jimat dan sesuai untuk orang yang nak bercucuk tanam tapi tak ada tanah.
Kawasan rumah Kakchik semua sudah bersimen. Kalau nak tanam atas tanah memang alamatnya mimpi sajalah.
Tong polisterin tu Kakchik kutip di pasar saja. Ada bekas sayur atau ikan. Setakat ini bekas ini berkhidmat dengan baik.
Jom kita mulakan.
1. Buat lubang gunakan pisau saja.
2. Lubang tadi Kakchik tutup dengan bekas telur.
3. Kakchik bubuh daun kering seperti daun buluh yang sudah kering dari rumah mak. Kalau tak ada kakchik gunakan cocopeat.
4. Kakchik bubuh tanah 6 dalam 1 yang boleh dibeli dari kedai nurseri.
5. Atas sekali Kakchik bubuh tanah sawit bakar.
6. Setiap bekas kakchik campur jenis sayur. Tapi yang baru tu Kakchik bubuh sejenis saja.
MW: Kalau yang tak ada tanah untuk bercucuk tanam, boleh guna cara ini. Jimat pun jimat. Macam-macam jenis sayuran boleh tanam. Paling penting kena jaga dengan betul, barulah hidup subur.
Puaslah selongkar segala sudut dalam rumah, dalam kereta rupanya lesen memandu itu dah tertakdir nak hilang. Suka atau tidak, kenalah buat lesen baru. Sebenarnya, nak dapatkan lesen baru ini mak ayah tak perlu pun nak buat report polis.
Malah caranya pun mudah saja. Tak sampai 10 minit, lesen memandu baru dah boleh diperoleh. Inilah yang dikongsikan Noor Erman Sungep ketika berdepan pengalaman lesen memandu hilang.
Siapa pernah hilang lesen atau lesen tertinggal kat mana-mana then lupa. Tak tau nak buat macam mana? Meh saya bantu.
Sebab saya hari tu langsung tak tahu.
Yang best siap dah report polis. Padahal tak perlu pun.
Jadi ingat ya, lesen hilang tak perlu report polis.
Pergi ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) terdekat.
Pastikan bawa kad pengenalan. Tapi kalau kad pengenalan pun hilang juga, yang tu kenalah buat report polis. Buat kad pengenalan dulu. Kalau tak pun bawa salinan lesen, kalau ada lah.
Beratur ambil nombor tunggu giliran dalam tu.
Kat situ tekan bahagian ‘lesen’.
Pergi ke kaunter setelah dipanggil dan siapkan duit RM20 untuk bayaran lesen baru. Lepas tu cakap kat pegawai jaga bahagian kaunter tu nak buat lesen baru, sebab lesen hilang.
Dia akan minta kad pengenalan kita atau salinan lesen. Kemudian, dia akan periksa dan dia akan bagitau nak tempoh berapa lama untuk jangka hayat lesen tu. Lepas tu, bayar. Pahtu tunggu tak sampai 10 minit.
Tak sampai 10 minit lesen baru tu siap.
Senang je rupanya. Nak tunggu siap tak lama. Yang lama tu, tunggu giliran. Nak nak waktu PKP ni kan.
Tak ramai yang tahu tentang air rendaman bendi ini sangat berkhasiat buat kita semua terutamanya dari segi kesihatan. Kalau sebelum ini, bendi menjadi salah satu pelengkap dan menyedapkan dalam aneka masakan kari.
Sesetengah orang tidak gemar dengan bendi kerana memikirkan lendir yang ada pada bendi, lebih-lebih lagi bila menghirisnya. Kalau tak tahu cara memang akan keluar lendir dan mungkin dengan inilah yang memberi kebaikan kepada kita.
Bercerita tentang air rendaman bendi ini, orang dulu-dulu sudah tahu khasiatnya yang tersendiri. Cuma tak ramai yang praktikkan. Bahkan bendi ini bukan sahaja untuk pelengkap masakan tapi ada khasiat lain yang kita tidak tahu.
Dalam perkongsian Mayee Nazrich yang diperolehi daripada sumber Dara Anggun ini turut memperkatakan tentang amalan minum air rendaman bendi. Kita tak tahu masalah kita alami tapi dengan amalkan minuman ini, ia boleh membantu kita semua dalam kesihatan badan.
“Balik kampung tempoh hari, ada bersembang dengan kawan atuk, umurnya sudah masuk 86 tahun tetapi masih kuat lagi. Bela lembu kambing, tanam nenas dan cili 5 ekar.
Tiada penyakit seperti adik beradik dia yang lain, tekanan darah ok, gula dalam darah ok, kencing manis tak ada dan kolesterol rendah.
Bila aku tanya apa rahsia dia…
Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia masuk umur 30 tahun
Aku pun dah masukj 4 series, cuba juga buat, kiranya ini dah hari ketiga. Mudah-mudahan aku istiqamah amalkan ini sampai bila-bila.
Caranya mudah dan murah: 1. Beli 1 ikat kacang bendi RM1 2. Potong halus (basuh dulu ya) 3. Rendamkan 8-12 jam di dalam air mineral supaya lendir bendi tadi keluar (tidak perlu rebus) 4. Minum macam biasa, air tak ada rasa apa-apa pun. 5. Bila air sudah habis, rendam sekali lagi (boleh buat sampai 2-3 kali, sampai likat lendirnya habis) 6. Bendi tadi tu bolehlah goreng kicap, rebus buat ulam atau letak dalam kari…tak adalah membazir.
Selamat mencuba!
Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu
1. Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
2. Dalam bidang perubatan tradidional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
3. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
4. Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
5. Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
6. Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
7. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
8. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
9. Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
10. Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
11. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
12. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
13. Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
14. Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan di samping itu juga boleh menstabilkan paras gula.
Sumber: dara anggun
MW: Boleh cuba nanti, moga memberi manfaat pada semua.