Sebelum tidur, nak bagi mudah lelap kononnya, mata dan tangan mesti kena lihat telefon, bangun daripada tidur pun mesti telefon yang akan dicari dahulu. Betul tak? Nak kena lihat apa cerita menarik dan isu semasa. Belum lagi baca whatapps yang diterima sebelum ini.

Dunia sekarang makin moden dan canggih. Segala maklumat kini hanya di hujung jari saja. Sebab kita, segala berita dan cerita memang cepat kita dapat tahu. Rasanya, kalau tak ada telefon sehari mahu merana hidup masing-masing.

Bukan ingin bercerita tentang telefon tetapi tentang tabiat diri kita yang memang tak lekang dengan telefon, sampaikan sebelum tidur dan bangun daripada tidur, inilah yang dicarinya dahulu. Kesannya, boleh membuatkan kita sukar untuk tidur lena.

Bukan setakat telefon yang menjadi penyebab sukar untuk kita tidur. Ada banyak lagi yang menyebabkan kita sukar untuk mudah lelap dan tidak mampu tidur dengan lena. Telefon sudah tentulah salah satu penyebabnya.

Dr. Erna Nadia turut berkongsi tentang tip untuk kita mudah tidur atau lebih tepat lagi tidur lena. Bukan tengok telefon sebelum tidur dulu ye. Sebab ini boleh buat kita jadi ‘ralit’ sampaikan tidak sedar masa terus berlalu sampai ke pagi.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kajian: Suka TIDUR Peluk Bantal Tanda Penyayang & Romantik!

Suami ‘Sedekahkan Masa’ Untuk Isteri Tidur 20 Minit, Bagi ‘Recharge’ Tenaga Dan Emosinya

Info Lebih Meenarik DI SINI

IKLAN

 

Mudah Lelap, Cuba Amalkan Perkara Ini

TIP BAGI MUDAH TIDUR

Ada sesetengah orang, bila letak sahaja kepala pada bantal, terus lelap.
Malah, ada pelbagai cara buat orang tidur tanpa sedar. Kita tak tahu.

Ada orang yang duduk atau berdiri kalau dah mengantuk pun boleh lena. Mungkin ada juga orang kena baring dalam bilik gelap, baru boleh lena atau kena ada cahaya terang baru boleh lena.

IKLAN

Tapi ada juga orang yang ada masalah susah nak lena sebabnya ada yang berfikiran serabut, faktor usia atau disebabkan penyakit.

Bagi yang ada masalah tidur sebab banyak fikir atau kepala berserabut atau tidak tahu sebab apa, bolehlah cuba amalkan perkara ini:

1. Elakkan mengambil apa-apa makanan atau minuman yang mengandungi kafein di dalamnya. Contohnya kopi, teh, coklat, minuman bergas. Boleh saja ambil tapi masa terkahir adalah sebelum waktu Asar atau 8 jam sebelum waktu tidur (elok set untuk tidur pukul 10 malam).

2. Sibukkan hari anda dengan aktiviti-aktiviti yang aktif. Banyakkan berjalan dan bergerak semasa di tempat kerja atau semasa belajar.

3. Cuba cari masa untuk bersenam pada petang itu. Dapat 30 minit pun dah ok. Senaman yang melibatkan moderate intensity seperti berjoging, berenang, lompat bintang, erobik, yoga, zumba.

4. Pastikan makan malam awal, iaitu sebelum Maghrib atau 4 jam sebelum tidur. Jangan makan yang terlampau berat atau terlampau ringan. Jangan pula tak makan, nanti tengah malam dah lapar.

5. Cuba set up tempat tidur supaya tenang untuk rehat dan tidur. Bersikan tempat tidur. Tukar cadar, letak wangi wangi sikit. Kalau rajin nak ubah posisi katil pun okay sebab setengah orang mood berubah bila posisi berubah.

6. Bila sampai masa tidur, tutup semua lampu atau jika tak biasa, buka lampu tidur sahaja.

7. Setengah orang suka ada muzik. Boleh pasang muzik ada bunyi laut atau hujan atau bunyi
alam.

8. Ada orang yang suka kalau diam-diam. Jadi tutup semua muzik yang ada.

9. Silentkan telefon bimbit anda. Jauhkan semua gajet anda dari katil. Pastikan anda tidak tengok gajet 30 minit sebelum tidur.

10. 30 minit nak tidur, gajet dah letak jauh, cuba baca buku atau terus baring. Jika sudah baring, terus tutup lampu. Boleh juga pakai mask (bukan surgical mask tau)

11. Boleh cuba minum secawan susu panas atau segelas susu sebelum tidur. Insya Allah ia membantu. Perut akan rasa selesa untuk tidur.

12. Solat sunat 2 rakaat atau solat Isyak dulu. Cuba buat dalam suasana lampu kelam kelam gitu.

13. Maafkan semua orang lepas baca doa tidur. Dan cubalah untuk tidur.
Kalau tak boleh juga, bacalah buku jurnal perubatan. Confirm mengantuk

Ramai kan yang ada masalah tidur ni?

Cubalah ya.

IKLAN

Insya Allah boleh.

Kena cuba untuk ajar diri yang kerja boleh diselesaikan esoknya. Malam adalah hari untuk rehat.

Apa apa pun, sabar.

Jika ada banyak kerja pun, sabar. Buat satu per satu.

MW: Mungkin setiap daripada kita ada cara tersendiri untuk mudah tidur. Paling penting, jangan sesekali tengok telefon, kononnya nak bagi ‘mata lali’ dan cepat tidur. Bukan itu caranya.

Sumber: Dr. Erna Nadia

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI