Bukan mudah untuk menerima kehilangan suami tersayang. Apatah lagi pemergian secara tiba-tiba. Seringkali berdua kemana-mana menemani suami Datuk Seri Salahuddin Ayub di majlis dan pelbagai program, Datin Seri Fatimah Taha bersyukur apabila berpeluang berada disamping suami disaat sukar ketika suami tersayang jatuh sakit.
Suami Jaga Kesihatan, Pemakanan
Isteri Salahuddin, Datin Seri Fatimah Taha, 60, ketika ditemui berkata, suaminya adalah seorang yang sangat menjaga kesihatan dan pemakanan.
“Tekanan darah dia okay, bacaan gula pun okay, cuma mungkin apa yang sebabkan burst (pendarahan otak) mungkin kerana dia penat sangat agaknya.
“Dia memang ada mengadu dia penat dan pening. Syukurlah saya berada bersama dia ketika dia jatuh sakit hari itu (Jumaat), saya tidak boleh bayangkan kalau dia keseorangan waktu itu hendak survive (bertahan) dengan sawan dan sebagainya,” katanya sebak.
Fatimah yang kebiasaannya akan bersama Salahuddin dalan kebanyakan program dihadiri Ahli Parlimen Pulai itu berkata, dia sedih apabila memikirkan selepas ini dia berseorangan.
“Sebelum ini, dia akan sentiasa balik, jika keluar tinggalkan saya untuk kerja, tetapi sekarang, dia ditinggalkan saya dan dia tidak akan balik lagi,” katanya.
Impian Meninggal Dunia Ketika Bekerja Untuk Rakyat
Sementara itu, anak sulung kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Iskandar Zulkarnain, 37, berkata ayahnya mengimpikan meninggal dunia dalam keadaan bekerja untuk rakyat.
“Ini impian dia, dia memang cakap kalau meninggal dunia, biarlah dalam keadaan dia sedang bekerja untuk rakyat,”
Bahkan sejak dari kecil, dia enam beradik sudah dididik supaya faham akan kerja bapanya itu dan meletakkan bapanya sebagai milik rakyat.
Ads
“Sebagai anak, kami dah lama letakkan ayah sebagai milik rakyat. Dia memang untuk rakyat. Kami dari kecil sudah dididik yang dia selalu tiada dengan kami dan selalu bersama rakyat.
“Terlalu banyak nasihat dia yang saya ingat antaranya dia pernah pesan jangan campur urusan kerjanya dan dia ajar kami untuk berdikari serta tidak bergantung padanya.
“Kami pun reda apabila dia sudah capai impiannya,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di sini, hari ini.
Terdahulu, Iskandar turut mengimamkan jenazah Salahuddin bagi menunaikan permintaan terakhir Allahyarham.
Ads
Iskandar yang mewakili keluarga memohon semua pihak mendoakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu pergi dengan nama yang baik dan jasa baiknya.
“Kalau ada yang buruk-buruk, andai dia silap dan terkasar kata, kami minta maaf,” katanya.
Abang Tak Pernah Lupa Tanggungjawab Keluarga
Pada masa sama, adik Salahuddin, Ghazaley, 56, menyifatkan abang sulungnya itu seorang yang workaholic dan kerja bermati-matian apabila diamanahkan, namun dia tidak pernah lupakan tanggungjawab terhadap keluarga.
Katanya, Salahuddin juga seorang yang periang dan penyayang sebagai seorang abang sulung terutama sekali apabila beliau berperanan sebagai pengganti bapa mereka yang meninggal dunia pada 2009.
Ads
“Saya memang sayang sangat pada dia, kami cuma tiga beradik lelaki. Kalau dengan emak, Aminah Abdullah (83 tahun), sebulan dua kali, beliau tetap akan singgah rumah dan ziarah emak walaupun sekejap untuk cium tangan emak,” katanya.
Salahuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Jeram meninggalkan seorang balu bersama empat anak lelaki dan dua perempuan serta 11 cucu.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat seisi keluarga allahyarham Datuk Seri Salahudin Ayub. Semoga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Hanya yang sedang atau pernah melalui kehidupan bermadu dapat merasai pahit manisnya berkongsi kasih daripada seorang lelaki bergelar suami.
Namun kalau diselongkar gambar di Instagram Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan suaminya Saiful Nizam bersama anak-anak dan madunya, kelihatan ukhuwah mereka terjalin cukup indah dalam kehidupan poligami. Malah makin berganda kebahagiaan yang dipamer.
Tidak dinafikan, menjadi isteri kedua sering dipandang serong dalam masyarakat jadi isteri kedua harus bersedia secara mental dan fizikal dalam menempuh fasa yang mungkin melukakan perasaan anda. Apa yang penting (bukan menggalakkan), cinta sejati tidak mudah goyah hanya kerana hinaan atau kejian orang. Jangan kisah apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.
Walaupun masa kaum isteri bermadu untuk bersama dengan suamiku terbatas, tetapi mereka dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan semakin rindu. Waktu bersama, mereka manfaatkan sebaiknya.
Luahan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid Bukti Bahagia Yang Dirasai
Selamat Hari Lahir Sayang! Okay here we go, sebab dia takda IG I just wanna share the best of him to my followers on his birthday.
Suami saya seorang yang sangat penyayang dan taat pada Pencipta, taat pada Ibunya. Allah menjodohkan saya dengan beliau yang berstatus suami orang adalah satu rahmat buat saya. Allah mempermudahkan urusan jodoh kami dan saya juga dikurniakan seorang sahabat dan kakak yang baik iaitu Madu saya.
Suamiku, semoga dirimu sentiasa dirahmati, dilindungi, dikurniakan berjuta keberkatan dunia dan akhirat. Dengan umur yang semakin meningkat, dipohon agar Allah memberikan suamiku kesihatan yang terbaik dari Mu ya Rahim, untuk terus beribadah sebagai hambaNya yang paling taat agar dapat memberikan kebaikan kepada hambaNya yg lain.
Ya Allah, sesungguhnya aku menyayangi insan yg bernama Saiful Nizam ini. Aku bukanlah isteri yang sempurna. Berikan aku kekuatan dan kesihatan untuk berbakti kepadanya ya Allah agar suamiku dapat merasai kasih sayangku didunia sebelum dia dikurniakan bidadari yang sempurna buatnya di Syurga kelak. Inshaa Allah..
Ya Rahman, Ya Rahim, lapangkan dada dan ilhamkan suamiku fikiran yg terbaik agar dia tenang dalam mencari rezeki yang halal buat keluarga besar kami. Tiada apa yang lebih penting selain kebahagiaan suami sementara dia Kau pinjamkan buat aku dan kakak.
Kabulkan doaku ya Allah kerana dia suami yang terbaik buatku.
Aamiinn Ya Rabb.. (..terima kasih buat yang sudi mengAaminkan doa ini..) ❤️
Soal Zuriat
Walaupun takda rezeki lagi nak beri zuriat pada suami, jika tiada rezeki pun, semoga anak-anak ini mampu membalas jasa suami suatu hari nanti dengan penuh kasih sayang. Terima kasih kerana sudi menyayangi anak2 ini umpama anak sendiri. Hanya Allah sahaja mampu membalasnya.. Terima kasih Cinta ❤️
Kejutan Sempena Hari Lahir
…and last but not least, I hope you had a blast on ur special day today Sayang! I am not a husband expert as this is my 1st time celebrating ur birthday as ur wife. Sayang, terima kasih atas kasih sayang ini untuk kita saling melengkapi kekurangan yang ada pada kita. I hadir bukan untuk bersaing dengan sesiapa tapi percayalah, kasih sayang I buat Sayang dan keluarga sampai ke akhir hayat. Inshaa Allah. Semoga Allah terus memberkati dan merahmati kasih sayang kita. Aaminn Yaa Rabb. I love you Baby Boy! ?
Haaa… sila kuatkan hati dengan matlamat bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya bahkan dia boleh menjadi kawan baik.
Bahagia tengok rumah tangga Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid walau statusnya sebagai isteri kedua, memang betullah tak semua ‘madu’ itu manis beracun. Moga rumah tangga wanita hebat ini terus bahagia diselitkan dengan Sakinah, Mawaddah, dan Warahmah.
Percayalah… apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bukan main meriah Roti Jala Puan سنتيرمايانا كاماروددن ini ya, siap ada versi tembikai dan lobak merah! Haaa… kalau mak-mak nak cuba buat resepi roti jala ini, paling penting cari pewarna dulu.
Sesuai sangat untuk dihidangkan majlis hari raya dan kalau nak bisnes pun boleh. Nah, jemput godek resepi ini dulu…
RESEPI ROTI JALA
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
* pastikan adunan tidak terlalu pekat n tdk terlalu cair.
1 biji telur
* garam secubit rasa
* pewarna merah, oren dan hijau.
* coklat masakan untuk titikkan pada roti jala bentuk tembikai.
CARA MEMBUATNYA:
Adun tepung bersama air yang dicampur garam.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian kemudian tapis agar tdk berketul-ketul atau bland je senang.
Kemudian masuk dalam botol yang ade muncung 3 tu kalau tidak ada guna lah apa-apa alat yang boleh buat corak kat kuali tu.
Lepastu masaklah atas kuali dan corak mengikut krativiti masing-masing.
Dah masak hidang bersama kari ayam atau kari daging.
Nota:
Untuk bintik-bintik roti jala tembikai, boleh guna coklat masakan atau susu yg diwarnakan coklat.
Terpulang nak hias macam mana kretiviti masing-masing.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Saya Tidak Akan Sesekali Pisahkan Adik-Beradik Ini,” begitulah kasih sayang dan pendirian seorang nenek berusia 73 tahun mengambil tanggungjawab besar menjaga empat cucu yatim piatu selagi mempunyai kudrat.
Ramlah Hasan dari Kampung Betong di sini tidak pernah mengeluh memikul tugas berat sebagai ‘ibu bapa’ buat cucu-cucunya iaitu Wan Rizqi Aidam Firdaus, 2, Wan Syaza Aliya, 8, Wan Syaza Qistina,12, dan Wan Asrul Afzan,15.
Hilang Tempat Bergantung
Menurut Ramlah, menantunya, Mazalina Mohd. Baru meninggal dunia akibat sakit jantung lebih dua tahun lalu, sebelum diikuti anaknya, Wan Saifulnizam Wan Satar pada awal bulan ini disebabkan lelah.
“Sebelum ini mereka sekeluarga tinggal berasingan di kampung ini, namun selepas menantu meninggal dunia, anak saya pulang tinggal bersama di rumah ini. Setelah kehilangan ibu, cucu-cucu saya kini hilang tempat bergantung apabila ayah mereka pula pergi buat selamanya.
“Walaupun saya sendiri sering sakit disebabkan faktor usia tetapi tidak akan sesekali serahkan semua cucu-cucu saya kepada sesiapa atau pisahkan adik-beradik ini. Empat cucu ini adalah amanat, tanggungjawab saya jaga serta curahkan kasih sayang untuk mereka.
“Syukur, anak-anak saya yang lain juga banyak membantu menguruskan cucu-cucu saya ini. Saya juga sudah melengkapkan proses bagi memohon bantuan Jabatan kebajikan Masyarakat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Betong di sini, semalam.
Janji Jaga Adik-Adik
Sementara itu, Wan Asrul Afzan berkata, sebagai anak sulung, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan dan menjaga adik-adiknya dengan baik.
Orang ramai yang ingin hulurkan sumbangan boleh hubungi Wan Asrul Afzan di talian 014-2843363 atau menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 1150029000179129 atas nama Ramlah Hasan.
Mingguan Wanita:Kasihnya nenek pada cucu tersayang. Semoga nenek ini berterusan diberikan kesihatan yang baik untuk terus membesarkan cucu-cucu yang kehilangan mak ayah ini.
Pemergian Roslina Yusof, isteri peniaga air balang yang tabah melawan diabetes, menyentuh hati ramai. Suami setia, Ah Yauddin Ahmad, reda isteri pergi selepas sempat mengucapkan kata cinta terakhir.