Esok umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri. Selepas sebulan berpuasa, sudah tiba masanya meraikan hari kemenangan. Mereka yang bekerja di perantauan juga tidak lepaskan peluang untuk bersama keluarga tercinta. Pada saat inilah masing-masing dapat berkumpul dan bertanya khabar.

Ketika menemubual penyanyi dan pelakon yang juga pemilik nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam, 29 dia dan isteri juga bakal pulang ke kampung halamannya yang terletak di Kelantan pada hari raya kedua.

Syawal Terbaik Untuk Pulang Ke Kampung Halaman – Izzue Islam Syawal Terbaik Untuk Pulang Ke Kampung Halaman – Izzue Islam

“Tahun ini saya akan sambut Aidilfitri dulu di kampung isteri di Klang dan pada hari raya kedua baru kami akan bertolak ke Kelantan.

“Raya tahun ini saya akan pulang ke Kelantan selama empat hari. Pada waktu inilah yang terbaik untuk bersama-sama keluarga. Setelah sibuk sepanjang tahun, hari raya adalah masa yang terbaik untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga, mak dan saudara mara di kampung.

IKLAN

“Sebelum ini sibuk bekerja sahaja, jadi tak sempat dan tak puas nak borak panjang dengan mereka, ” ujar Izzue yang ditemui pada majlis berbuka puasa Watie Collections di Hotel Concorde, Shah Alam baru-baru ini.

Gemar Bersederhana

Menyentuh tentang persiapan Syawal Izzue dan isteri, Awin lebih selesa mengamalkan kesederhanaan.

“Kami masih sama seperti tahun sudah mengambil konsep bersederhana sahaja. Macam saya sendiri hanya menggayakan koleksi baju Melayu dari Izzuexclusive. Isteri pula akan mencari baju yang bersesuaian dengan dirinya,”sambung Izzue.

IKLAN

Beralih kepada juadah hari raya, pada kebiasaanya rendang, ketupat, nasi impit dan kuah kacang antara hidangan yang wajib ada.

Lagu Raya ‘Pulangku Tak Sama Tanpamu’

Izzue juga menerangkan dia turut muncul dengan lagu raya baru bersama The Novic Gypsy yang berjudul, ‘Pulang Ku Tak Sama Tanpa Mu’ ciptaan Adam Armin dan Joseph Khan.

Syawal Terbaik Untuk Pulang Ke Kampung Halaman – Izzue Islam
Izzue bersama bersama The Novic Gypsy

Menurutnya lagi lagu raya perlu dipelbagaikan supaya banyak pilihan untuk pendengar nikmati sempena hari raya nanti.

IKLAN

“Lagu raya kena ada, kalau generasi sekarang macam saya tak buat untuk generasi masa datang, nanti mereka akan putar dan membesar dengan lagu-lagu lama sahaja.

“Nanti ada pula orang bertanya lagu raya tak ada yang baru ke? Setidaknya ada variasi untuk lagu raya,” ujarnya yang tidak menafikan lagu raya lama tetap menjadi kegemarannya.

Dalam perkembangan lain, lakonan Izzue menerusi telefilem raya bakal disiarkan pada hari raya ketiga ini yang berjudul, ‘Wakaf Dosa’ saluran TV3 terbitan Suhan Movies. Telefilem itu menampilkan pelakon Rosyam Noor, Sweet Qismina, dan Faradhiya.

Foto: Sumber Instagram @izzueislam & @izzueislamandthenovicgypsy

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI