Surirumah Nampak Macam Boleh Curi REHAT Tapi Tidak, Sebab Itu Perlukan Me Time

Kata pelakon dan penyanyi, Nor Azzarima Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza (Azza Elite), dia begitu menghormati wanita yang bekerjaya, surirumah malah ibu-ibu yang menyusu anak kecilnya.

Betapa sibuknya para isteri ini membantu suami menambah pendapatan, mereka tak lupa uruskan rumah tangga; suami dan anak-anak.

Sebab itu, suami kenalah faham. Biar pun ada ketikanya pekerjaan mereka nampak mudah, tapi tak mudah untuk seorang isteri itu mendapat rehat yang sebenar-benarnya. Sebab itulah mereka perlukan ME TIME.

 

Surirumah Nampak Macam Boleh Curi REHAT Tapi Tidak, Sebab Itu Perlukan Me Time

 

Menarik perkongsian Azza lewat instagram miliknya ini.

Semenjak my husband bekerja saya juga part time go shop host, team parodi meletop ada meniaga sendiri jual bedak sejuk, jual makeupbase, jual #eudrasirehbyazzaelite , jual blause azza elite.

IKLAN

Seminggu yang lalu saya take over sepenuh masa suri rumah. Sebab kerja belum start. Tanpa bantuan sesiapa, saya jaga sendiri didam #ustazadam hehe mencabar sangat. Huru hara 1st day. Nak memerut pun tak da dah masa me time dalam tandas. Klako i’m proudly saying i’m a housewives.. agh gitchiuu.. Tapi apa yang saya belajar.”

“Kerja rumah ialah ibadah.”

“Mudahnya mengutip pahala di rumah.”

“Membasuh dan menyidai kain baju suami supaya ianya bersih dan boleh digunakan untuk solat dan bekerja.”

“Ibadah yang mulia tak terkira.”

lstimewa bergelar Muslim bilamana segalanya dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim, dapat pahala dengan senang dengan cara menyenangkan orang.”

Indah!

Masakkan makanan untuk family.. pahala besaq.”

IKLAN

Salam hormat saya buat semua ibu menyusu, wanita bekerjaya, surirumah yang saya kagumi.

Mereka juga perlu me time.. trust me..

Tahniah Surirumah!

 

IKLAN

Surirumah Nampak Macam Boleh Curi REHAT Tapi Tidak, Sebab Itu Perlukan Me Time

Nampak Macam Boleh Curi Rehat, Tidak Ya..

Sebab tu jugak saya buat bisnes review. Dapat lah bantu pendapatan dari rumah.. insyaAllah Allah akan hantar rezeki dengan tidak kita sangka sangka.”

Jangan perlekeh suri rumah.. sayangku! nampak macam boleh curi rehat. Tidak ya.. masa anak ko tidur, masa tu la ko nak cuci baju, cuci kain dan masak. Bila baby bangun masa tu ko kena main dengan mereka pulak.

Yang paling tak ley bla masa nak membuang takda lagi ketenangan kecuali mereka tidur.. hik hik tapi I do enjoy every second of my life rite now.. gile doe!!

“Tapi happy bila tengok ur baby dah kenal orang dan nak ikut ko je sebab dia tau mak dia yang huru hara ni duk suap susu, suap makan, basuh berak, main dengan dia calm down kan dia bila dia teghiakkkk.”

Keterangan gambar (tepi pool) : Gambo didam nak jalan-jalan kat seming pool 2 minit ja lepas tu ngantuk. U know la bila baby u ngantuk mengamuk la chuols.. hik hik hik

MW : Nampakkan.. siapa pun anda, selagi namanya seorang mak-mak memang inilah antara pengalaman manis mencabar yang perlu kita hadap.

Sumber/Foto : Azzaelite

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI