Bertahan Hanya 9 Bulan, Bercerai Kali Keempat A Aida Lebih Tenang

Bak kata penerbit drama terkenal ini, Datuk A Aida, soal ajal dan jodoh adalah rahsia Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Dan itulah gambaran tentang rumah tangga yang dibina bersama Ariff Aziz, 30 retak selepas 9 bulan mereka bertahan.

Saya anggap jodoh tak panjang. Malah reda dengan ketentuan ini. Siapa yang mahu bercerai-berai, tetapi tertulis jodoh saya bersama Ariff sampai di situ saja.”

Akui A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, dirinya lebih tenang dan bahagia selepas kembali solo.

Pasangan ini sah bercerai pada 25 April lalu. Inilah yang dimaklumkan A Aida sendiri yang mana pada 4 April lalu dia memfailkan penceraian di bawah seksyen 47 dengan meminta kebenaran mahkamah untuk bercerai secara baik.

Ini merupakan penceraian kali keempat A Aida. Bagaimana pun, beliau enggan mengulas panjang tentang punca penceraiannya dengan Ariff yang juga seorang pelakon.

Rumah tangga kami memang ada masalah.”

Apabila keduanya sudah tidak mampu untuk hidup bersama, jadi jalan terbaik adalah melalui perpisahan. Beliau juga akui tak tinggal sebumbung dengan bekas suaminya itu sejak 21 Mac lalu.

IKLAN

 

Bertahan Hanya 9 Bulan, Bercerai Kali Keempat A Aida Lebih Tenang
Fokus Datuk A Aida selain untuk anak-anak, juga beri tumpuan pada perniagaan pakaian senaman.

Tiada Sebab Untuk Kembali Bersama.. – A Aida

Tegasnya, tiada sebab untuknya dan Ariff kembali bersama. Beliau juga sudah lama tak berhubung dengan bekas suaminya itu.

Saya tak nafikan berkahwin dalam keadaan yang agak tergesa-gesa.” Keadaan itu membuatkan dirinya tidak berkesempatan untuk mengenali Ariff secara mendalam.

Saya juga tak lihat jalan untuk kembali bersama dengannya lagi.”

IKLAN

Sejak tahun 2015 lagi pasangan ini sudah menjalinkan kerjasama dalam beberapa projek terbitan A Aida Productions. Hatinya terbuka untuk menerima lamaran pelakon muda itu, sebaik melihat baiknya budi, sikap bertanggungjawab malah sempurna pegangan agamanya.

Dan pada 4 Julai, Ariff memberikan kejutan lamaran pada A Aida di sebuah restoran Arah di ibu negara. Sebentuk cincin menjadi tanda lamaran untuk insan yang disayang ketika itu.

 

IKLAN

Bertahan Hanya 9 Bulan, Bercerai Kali Keempat A Aida Lebih Tenang

 

Lalu, pada 21 Julai tahun lalu, keduanya mendirikan rumah tangga. Yang mana tarikh pernikahan itu dipilih sempena ulang tahun kelahiran A Aida yang juga ibu kepada tiga cahaya mata.

Ketika ini, fokusnya adalah untuk membesarkan ketiga orang anak-anaknya dan perniagaannya yang terkini iaitu produk kecantikan dan pakaian senaman.

Hidup mesti diteruskan. Saya harap penjelasan ini dapat meleraikan segala spekulasi mengenai status kami.”

Sumber/Foto : Harian Metro, Berita Harian, A Aida Awang

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI