Patutlah Maria Farida Ni Luar Biasa Cantiknya, Ada Mix Rupanya..

Walau dalam usia 50 tahun, wajah pelakon terkenal Datin Maria Farida seakan tak dimamah usia. Luar biasa cantiknya.

Buat ramai orang tertanya-tanya akan rahsia wajah cantik semulajadinya itu. Rupanya Maria ini ada darah campuran Filipina, Melayu. Patutlah cantik tak boleh bawa bincang.

 

Patutlah Maria Farida Ni Luar Biasa Cantiknya, Ada Mix Rupanya..

 

Tulisnya di instagram, “Orang selalu tanya, saya ini berdarah kacukan mana.. saya campuran Filipina, Melayu. Dan sejak saya kecil, saya selalu berfikiran yang saya sama seperti orang lain.

Menjadi anak kacukan ‘celup’ ada baik dan buruknya. Wajah pan Asian yang dimiliki membuka ruang untuk saya menceburi dunia peragaan dan industri filem.

IKLAN

 

Patutlah Maria Farida Ni Luar Biasa Cantiknya, Ada Mix Rupanya..
Dalam usia 50-an masih mantain body macam anak dara.

 

Tapi dalam masa yang sama, saya menjadi stereotype. Watak untuk saya lakonkan menjadi terhad. Yang mana saya tak boleh berlakon menjadi gadis kampung.”

Bukanlah bermakna saya merungut, tapi saya berharap kelak akan ada watak yang lebih versatile untuk pelakon ‘celup’ macam saya.”

IKLAN

Apa pun.. saya teramat bersyukur dengan setiap perkara yang telah saya jalani. Dan berharap ia akan menjadi lebih baik lagi pada masa hadapan.”

 

Patutlah Maria Farida Ni Luar Biasa Cantiknya, Ada Mix Rupanya..
Walau tanpa secalit mekap, Datin Maria Farida tetap terserlah cantik.

Datin Maria Farida Cantik Semulajadi

Untuk pengetahuan pembaca, Maria Farida ini tak amalkan pun petua jamu dan sebagainya. Dirinya cuma sentiasa rasa gembira dan jalani kehidupan yang sihat saja.

Rutin jagaan kulit pun cum adengan mencuci muka dengan pencuci mekap yang berpelembab. Sebabnya, kulit Maria Farida ini jenis sensitif, jadi tiada produk yang sesuai dengan kulitnya.

IKLAN

Akuinya, ianya adalah kecantikan semula jadi yang mana datangnya dari faktor genetik ibu dan nenek. Malah nenek beliau pun masih nampak muda walaupun usianya sudah lanjut.

 

Patutlah Maria Farida Ni Luar Biasa Cantiknya, Ada Mix Rupanya..
Macam tak ada beza je dulu dengan sekarang.

 

Haa.. tengok perbezaan gambar yang Maria Farida kongsikan ini. Yang berbaju merah itu diambil pada tahun 2006, manakala yang berbaju putih itulah wajah terkini beliau.

Tak ada bezakan. Bezanya adalah gaya terkini lebih relaks dan tenang. Itu yang diakui Maria Farida sendiri.

Sumber/Foto : Maria Farida